PROSES PENAMBAHAN ILMU.......
Projek ternakan ikan keli kanvas aku masih belum bermula. InsyaAllah minggu hadapan aku akan memulakan kerja-kerja menyediakan tapak. Bajet dah ada!
Dato Hamzah pun sudah menghantar message tentang projek Skim Multi-Purpose Agro. Semuanya dalam proses penilaian dan kemas kini.
Dalam pada itu aku berkesempatan menghadiri satu lagi kursus akuakultur yang di kendalikan oleh Prof. Madya Dr. Anuar Hassan, Pengarah Pusat Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terangganu
.
Kursus kali ini, nampak lebih ilmiah sedikit..... rasa macam student. Peserta yang tua-tua, dok jenero je la!
Semua nota kuliah aku dah copy.
Perkara yang paling menarik dalam kursus kali ini ialah berpeluang melihat demo 'pembenihan aruhan' untuk menghasilkan anak ikan keli.
Inilah pertama kali aku dapat melihat secara live prosesnya. Ini merupakan perkongsian ilmu yang paling berharga dalam kursus kali ini.
Berikut adalah gambar-gambar proses pembenihan anak ikan. Kalau hendak tau lebih lanjut boleh hubungi aku, kerana aku rakamkan klip videonya.
Alat-alat yang digunakan dalam proses pembenihan.1. hormon2. mangkuk3. bulu ayam4. tuala5. penyutik6. kain netSebelum itu kenali dahulu jantina induk!Proses untuk mengambil sperma jantan. Kena la jadi doktor bedah sikit.... maka kalau jadi ikan keli, jangan jadi ikan jantan... hehehe!Beginilah rupanya testis sperma jantan. Sama je, ada dua!Proses mengeluarkan telur daripada induk betina. Kena urut perlahan-lahan. Boleh dapat separuh mangkuk, bergantung saiz ikan.Selepas semua proses ini...... proses pensenyawaan pun dilakukan. Dalam tempoh 24 jam, insyaAllah anak ikan akan menetas.
Demo tentang pembenihan aruhan untuk menghasilkan ikan keli ini sebenarnya mencetuskan sesuatu yang lebih positif.... mungkinkah projek menghasilkan anak ikan lebih menguntungkan?
Hehehe..... kita tengok saja nanti macam mana. Kerana aku belum buat pun projek ini.
Yang mana satu lebih menguntungkan.... buat dua-dua la tentu lebih untung!