Thursday, June 7, 2007

Pembenihan Ikan Keli

PROSES PENAMBAHAN ILMU.......

Projek ternakan ikan keli kanvas aku masih belum bermula. InsyaAllah minggu hadapan aku akan memulakan kerja-kerja menyediakan tapak. Bajet dah ada!

Dato Hamzah pun sudah menghantar message tentang projek Skim Multi-Purpose Agro. Semuanya dalam proses penilaian dan kemas kini.

Dalam pada itu aku berkesempatan menghadiri satu lagi kursus akuakultur yang di kendalikan oleh Prof. Madya Dr. Anuar Hassan, Pengarah Pusat Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terangganu.

Kursus kali ini, nampak lebih ilmiah sedikit..... rasa macam student. Peserta yang tua-tua, dok jenero je la!

Semua nota kuliah aku dah copy.

Perkara yang paling menarik dalam kursus kali ini ialah berpeluang melihat demo 'pembenihan aruhan' untuk menghasilkan anak ikan keli.

Inilah pertama kali aku dapat melihat secara live prosesnya. Ini merupakan perkongsian ilmu yang paling berharga dalam kursus kali ini.

Berikut adalah gambar-gambar proses pembenihan anak ikan. Kalau hendak tau lebih lanjut boleh hubungi aku, kerana aku rakamkan klip videonya.

Alat-alat yang digunakan dalam proses pembenihan.
1. hormon
2. mangkuk
3. bulu ayam
4. tuala
5. penyutik
6. kain net






Sebelum itu kenali dahulu jantina induk!




Proses untuk mengambil sperma jantan. Kena la jadi doktor bedah sikit.... maka kalau jadi ikan keli, jangan jadi ikan jantan... hehehe!








Beginilah rupanya testis sperma jantan. Sama je, ada dua!












Proses mengeluarkan telur daripada induk betina. Kena urut perlahan-lahan. Boleh dapat separuh mangkuk, bergantung saiz ikan.








Selepas semua proses ini...... proses pensenyawaan pun dilakukan. Dalam tempoh 24 jam, insyaAllah anak ikan akan menetas.

Demo tentang pembenihan aruhan untuk menghasilkan ikan keli ini sebenarnya mencetuskan sesuatu yang lebih positif.... mungkinkah projek menghasilkan anak ikan lebih menguntungkan?

Hehehe..... kita tengok saja nanti macam mana. Kerana aku belum buat pun projek ini.

Yang mana satu lebih menguntungkan.... buat dua-dua la tentu lebih untung!

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    sy amat berminat dgn artikel saudara.
    sy berharap saudara dapat berkongsi video yang saudara ambil semasa proses membenih ikan keli. ni alamat email sy: nikamar78@hotmail.com. terima kasih..
    Khairol Affendy said...
    blh fwrd video saudara tntg aruhan anak benih keli tersebut.

    nie email address sy

    putra_aja84@yahoo.com
    Unknown said...
    Sorry saudara2 berdua... saya masih tak leh nak online, nnt bila semuanya dah ok, saya letak dlm youtube.

    Emmmm... kat mana aku letak video keli hari tu. Tak de mood nak buat kerja, sejak streamyx aku off ni. Hoiiii TM bila la korang nak siapkan pasang kabel kat area rumah aku niiiiii! (raungan seorang pengguna streamyx yg sedang terseksa... hehehe)
    Izhizm said...
    Asalamualaikum wbrkt

    Saya amat berminat dengan artikel Saudara dan berharap saudara dapat berkongsi video mengenai cara2 pembenihan ikan keli. Ini merupakan email2 saya

    W1ndswept@Yahoo.com
    atau
    Izhizm@gmail.com

    Selamat menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa.

    Terima Kasih
    KELI OH KELI said...
    jom tgk blog khas untuk ikan keli..macam2 ada...... :)
    Unknown said...
    Ikan keli matang telur berapa berat?

Post a Comment