Monday, January 14, 2013

Menghalusi Alam
ada yang panggil... Pepatung | Sibur-Sibur | Tuyup | Cakcibur | Puting-beliung | Sasiyur |  tapi ore kampung kawe panggil Dragonfly hihihi!

Pepatung atau sibur-sibur merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera.


Ia dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang.


Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.


Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu.


Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik. Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit. Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru.  Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik. Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa. Kebanyakan kehidupan pepatung diluangkan di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa), di bawah permukaan air, menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau vertebrata lain seperti berudu, ikan dan lain-lain.  Mereka bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rectum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari anus secara tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.



Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun. Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung. Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan. Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama 4 bulan.


*waaahhh... rasa macam dah jadi ahli entomology.. hahaha!
 pssttt! promo sikit... singgah le kat group kawe ni :) KMC - Kelantan Macro Club

Sunday, January 13, 2013

Kriiuuuuk...

13 Januari 2013.....
fuhh!..... fuhh!.... 
banyaknya sawang... 
jenuh aaaa nak mengemas ni