Friday, May 30, 2008

Dah seminggu cuti berlalu!

Sedar tak sedar..... dah seminggu cuti sekolah habis. Apa yang berlaku selama seminggu ini? Walaupun tidak ada banyak yang penting dan 'bermakna' dapat di lakukan, tetapi mungkin tetap ada juga yang sedar tak sedar tetap berlaku. ( apa benda aku cakap ni....!)

Sudah dua bulan aku tidak pernah menulis apa-apa... (sejak habis pilihanraya dan BN Kelate kalah lagi... hehehe!)

Blog khas yang aku buat untuk kerja-kerja kempen pilihanraya pun dah lama tak update. Bukan kerana BN Kelate kalah lagi.... tapi mood pilihanraya kan dah habis. Lagi pun aku bukan cari makan dengan menulis blog untuk kempen parti ni.... itu hanyalah sekadar sumbangan kecil aku sebagai ahli parti.

So.... apa yang sudah berlaku dalam tempoh itu? Yang pastinya..... mood cerita politik dan parti ni, aku lupakan dulu sementara waktu. Kira lebih kurang bercuti la kot!

Bila cuti sekolah... pertanyaan yang sering di dengar tentulah... "balik kampung ke?" .... maklumlah aku kan 'orghe luar'. Tahun ini.... jawapan aku untuk soalan-soalan versi itu hanyalah..... "takkkk....."

Sejak dua bulan ini.... kami memang tak dapat hendak ke mana-mana, kerana 'mak woo' yang tinggal bersama kami semakin uzur. Kalau sebelum ini dia masih boleh bangun sendiri dan makan sendiri.... tapi sekarang semua tu sudah tidak dapat dilakukannya lagi.

'Mak Woo' hanya terbaring sahaja. Dan sekarang ni kena pakai pampers kerana dia sudah tidak mampu lagi menguruskan dirinya sendiri.

Maka tugas 'mem' aku bertambah berat sekarang ni..... Tapi aku memang 'tabik' la dengan dia kerana masih cekal menguruskan 'mak woo' dia tu. Tambahan pula sebenarnya 'mak woo' kami tu bukanlah menyusahkan sangat pun. Dia tidak buat perangai yang pelik-pelik.

Umurnya mungkin sudah 100 tahun lebih.... kerana umur mengikut kad pengenalannya saja sudah hampir 90 tahun. Sewaktu dia membuat kad pengenalan dulu.... tarikh lahir yang di tulis pakai agak-agak saja, hanya berpandukan lahir sebelum atau selepas atau berapa tahun selepas 'air merah' (banjir besar yang melanda Kelantan... tahun berapa aku pun tak tau)

Emmmm.... itu yang berlaku di rumah. Dalam duk sibuk dengan hal melayan 'mak woo' ( mem aku la sebenarnya yang sibuk) apa pula yang aku lakukan.....?

Aku seperti biasa tentunya mengadap laptop ini...... hampir 24 jam on. Lagi pun memang itulah yang selalunya berlaku.... kerana meja kerja aku ni terletak di tengah-tengah rumah. Meja kerja aku ni lebih kurang macam pusat kawalan la.... kerana, walau pun aku hanya duduk di sini... aku tetap bersama dengan 'apa yang berlaku' di rumah. Sekurang-kurangnya aku tolong perati apa yang anak-anak buat depan kat ruang tamu... hehehe.

Okkk.... minggu ini mungkin yang agak penting... (bagi aku la!) ialah aku habiskan dua hari untuk mengedit blog peribadi aku ni. Kira buat penjenamaan baru la. Selepas tukar masshead dan layout sikit... kerja seterusnya ialah memindahkan semua yang pernah aku tulis di dalam blog-blog yang lama ke sini. Semuanya aku labelkan atau kategorikan semula.

Kalau dulu aku tulis dalam blog yang berasingan, tetapi sekarang ni aku fikir aku hanya hendak buat di blog ini sahaja dan menulisnya mengikut kategori 'versi' yang sesuai.

Mengapa aku menulis dengan kategori 'Aku Versi.......' Kenyataannya hidup kita ini sebenarnya memang ada berbagai versi dan setiap versi ada cerita yang tersendiri. Ceritanya penting atau tidak bagi orang lain... itu tidak jadi soal.

Emmm... sebelum apa yang aku tulis ini menjadi tidak ber'versi'...... baik aku stop dulu di sini. Apa pula yang hendak dibuat dengan baki seminggu lagi cuti ini... tungguuuuu!


0 Comments:

Post a Comment