Semalam, tetiba je laptop aku tak leh nak shutdown.... apa puncanya aku pun tak tau. Seingat aku semua tu berlaku selepas aku install update itunes. Selepas tu... laptop aku dah tak boleh off. Setiap kali aku klik turn off, laptop aku akan restart semula.
"Huh tak kan la 24 jam nak kena on je laptop aku ni"
Selepas beberapa kali cuba nak shutdown..... akhirnya system pun dah error. Bila aku hantar report ke Microsoft..... aku dapat message kat atas tu!
"Aikk!.... ni semua kes Nero"
Mungkin jugak la kot, pasal sebelum ni aku ada masalah bila nak burn CD. Tapi kerana bukan selalu nak burn CD, aku buat tak kisah je la. Kemudian aku uninstall Nero.... tapi masalah tak selesai jugak. Sehinggalah keluar message.....
Windows could not start because the following file is missing or corrupt.....
\WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SYSTEM
- you can attempt to repair this file by starting windowss setup using the original Setup CR-ROM Select 'r' at the first screen to start repeair
Emmm.... bukan selalu kan kita dapat message seperti di atas. Bak kata Nujum Pak Belalang.... jaraghang.... jaraghang! Masalah system yang corrupt seperti ini tentunya akan membuat ramai orang gelabah. Aku sendiri pun sebenarnya paling menyampah bila dapat masalah seperti ini.
Ok.... apa yang perlu dilakukan bila masalah seperti ini berlaku? Tentu bukan semua orang akan dapat 'memulihkan' semula komputer masing-masing, maklumlah kita ni kan 'end-user' sahaja. Bukan semua orang bersedia dan hendak fikir tentang masalah system.
Tanyalah kepada sesiapa pun tentu jawapan yang akan anda dengar ialah.... "alaaa.... format dan install la semula Windows" Senang saja kan bunyinya. Betul ke semudah itu? Tanya diri anda, berapa kali anda buat kerja format memformat ni? Huh... aku sendiri pun sebenarnya tak pernah buat sendiri, walaupun aku sering gunakan ayat tadi bila orang tanya.... hehehe!
Betul.... aku memang tak pernah buat kerja format memformat ni, kerana bila ada masalah aku akan cari otai-otai yang pakar dalam bab ni. Mujur la ramai kekawan jurulatih ICT yang ada kepakaran masing-masing dan rela disumbat dengan hal-hal seperti ini. Dikalangan kekawan tu, bila ada masalah system macam ni, kami call & jumpa Cikgu Zul Kolam (Zull, aku bagi promo free ni) Selalunya aku serahkan saja kat dia.... pengerasnya hanya sekadar 'milo beng'... hehehe!
Tapi bukan semua orang boleh buat macam tu, kerana bukan semua orang ada networking puok-puok 'gilo' ICT ni.
Nak format sendiri pun tak boleh, nak minta tolong kawan pun tak ada.... maka jalan paling mudah tentunya anda akan hantar kedai..... dan sah anda akan dapat bill paling sikit pun RM50. Begitulah senarionya.
Ok... jom kita cakap-cakap pasal format memformat! Seperti yang aku cakap tadi, bunyinya macam mudah sahaja..... tapi sebenarnya bukan semudah itu!
Kita selalu dengar kenyataan.... 'mencegah lebih baik daripada mengubati' Bacalah panduan atau tips langkah-langkah keselamatan komputer, semuanya akan menyenaraikan hal-hal pencegahan. Tetapi maklum sajalah.... kita kan insan yang lemah dan selalu lalai. Samalah dengan kempen berhenti merokok.... ramai yang baca risalah 'bahaya rokok' sambil hisap rokok... hahaha!
Kita juga akan selalu diberitahu.... buatlah beckup fail. Soalnya, berapa ramai yang ikut panduan tu.... sekali lagi, hehehe faham-faham je la!
Kita juga akan diberitahu.... pindahkan dulu fail-fail penting sebelum nak format. Soalnya, masalah system selalunya berlaku tanpa diduga dan dalam kebanyakkan kes, memang tak sempat nak pindahkan fail pun.... tetiba je pc jadi hitam/biru, nak pindahkan fail cam mana?
Aku selalu nasihatkan...... pastikan fail-fail kerja anda diletakkan di partition D, jangan simpan apa-apa pun di partition C. Dalam erti kata lain.... partition C hanya untuk program file sahaja. Sekurang-kurangnya bila anda buat kerja format.... yang hilang hanyalah program file sahaja dan boleh diinstall semula. Kalau fail kerja yang hilang.... alamat melaung tak berair mata la.
Mungkin ada yang kata.... "kita boleh selamatkan fail-fail walaupun yang dah di delete"... sekali lagi memang senang didengar dan sekali lagi aku nak kata realitinya bukan semudah itu. Dan aku fikir bukan semua orang yang sanggup terbelek-belek nak selamatkan fail-fail tu (pengalaman aku la... hehehe). Ini semua ada kena mengena dengan 'amalan baik' pengurusan folder!.... nasihat aku..... "tolonggg la uruskan folder anda dengan baik" Kalau anda jenis pakai letak je fail-fail anda... memang sah la anda akan meraung tak berlagu!
Sekarang.... jom kita format hardisk. "opppsss.... tungguuuuuu!" jangan ghairah sangat. Sebelum nak format, pastikan semua cd driver komputer anda ada. Haaa.... yang ini selalunya jarang orang bagi tau. Selalunya orang bagi tau macam mana nak format saja. Kalau cd driver tak ada, sah lepas format nanti ada la device anda yang tak akan berfungsi. Maka pastikan driver sound card, video, wiyerles dan sebagainya ada.
Mungkin ada yang kata.... tak pe... driver tu boleh download nanti. Sekali lagi senang je kan bunyinya, tetapi betul ke macam tu!. Dan sekali lagi aku rasa..... bukan semua orang yang ambil berat nak simpan semua driver-driver ni, kerana maklum sajalah, bukannya hari-hari nak pakai, dan akhirnya tak ingat letak kat mana. Contoh paling mudah ialah cd driver printer.... selalu bila aku tanya, mesti ramai yang jawab.... "tak tau la... hari tu ada, simpan kat sini la" ( 'hari tu'.... maksudnya 2 tahun dulu... hehehe)
Haaa... sekarang anda tentu faham, mengapa anda dicas RM50.... hehehe!
Ok... malam tadi laptop aku siap di format dan diinstall semula Windows XP, lepas tu install semula Ms Office ( Semuanya ori tau! ) Hari ni hanya perlu install semula software-software yang aku perlukan.
Sebagai akhirnya.... aku selalu kata kata kat sesiapa pun..... kalau pakai Windows harga RM5 emmm tak payah la nak bising-bising kalau komputer anda kena format setahun dua tiga kali.