Friday, May 29, 2009

Sekolah dah start cuti. Hari ini kat rumah dah kembali meriah, bila anak-anak dah balik ke sarang. Baru sehari cuti, rumah dah tunggang-langgang.... pinggan mangkuk bersepah-sepah.... semuanya duk mengketedarah je kejenya. Diorang ni macam tak cukup makan je, masa kat asrama.

Cuti sekolah... bermakna musim orang bersanding juga bermula. Masing-masing dah bersiap sedia untuk majlis bersatu. Aku dah terima kad kahwin start dari 30hb lagi.... hari-hari ada jemputan.

Kat kampung pun dah 2-3 jemputan.... dan cuti kali ini kami akan pulang bercuti bermula 3hb hingga 9hb. Selain dari balik untuk menziarahi keluarga.... yang lagi penting juga kerana jemputan kenduri kawin saudara-mara, sepupu-sepapat yang dah berbaris panjang ni.

Tuesday, May 26, 2009

Sempena kesebalan akibat kelembapan servis berokban Celcom.... memang tawar hati nak update cerita dalam blog. Semoga rakan-rakan tidak melupakan aku. Tidak mustahil juga ramai yang merindui aku... hehehe. Asalkan jangan buat kenduri arwah dah laa...

Sepanjang sebulan ni.... aku penuhi waktu petang dan sesekali waktu malam dengan meratakan tanah di halaman rumah. Sekarang ni kerja-kerja pelebaran jalan di hadapan rumah sudah hampir selesai. Kontraktor sudah melakukan kerja-kerja peringkat akhirnya dengan membina longkang dan mengemaskan kaki lima sepanjang jalan. Selepas ini, mereka akan mengetar untuk lapisan yang terakhir.

Hadapan rumah dah 'clear'..... jadi aku pun ambil kesempatan untuk mengemaskan halaman rumah. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menimbus dan meratakan halaman supaya sama 'level' dengan longkang di tepi jalan. Maka terpaksalah beli tanah..... untuk seluruh halaman rumah, 7 lori diperlukan.

Bila dah bertambun-tambun tanah di hadapan rumah.... apa lagi... terpaksalah aku meratakannya dengan kudrat tulang empat kerat. Mulanya nak sewa 'case' / jengkaut untuk meratakan tanah tu.... tetapi kemudian terfikir, lebih baik aku ratakan sendiri. Sekurang-kurangnya ada peluang untuk aku 'buat peluh' waktu petang.

Sedikit demi sedikit.... tanah sebanyak 7 lori tu berjaya aku kerjakan. Sekarang ni tinggal setimbun tanah bagi lori yang terakhir...... malam ni nak 'buat peluh' sejam dua..... Mem Besar pun dah bersiap untuk temankan aku menyangkul tanah ('temankan' je laa.... hehehe)

Saturday, May 9, 2009

Semenjak dua menjak ni.... aku dah jarang update.... dah nak masuk kategori bersawang la kot. Kekawan pun mungkin dah semakin lupa nak singgah ke laman aku...... tambahan pula aku kelihatan semakin tidak muncul di laman mereka.

Alasan sibuk dengan kerja, mungkin yang paling senang digunakan.... tetapi sebenarnya kerja kita ni bukannya sibuk sangat pun.... bukannya berat sangat pun.... dalam seminggu, ada la kot sehari dua yang betul-betul sibuk, itupun sebenarnya masih banyak masa yang dihabiskan dengan aktiviti tidur. PM yang menguruskan negara pun masih sempat berblog.... inikan pula aku, cikgu kampung yang menjadi guru kelas bagi 29 orang murid..... ataupun mengetuai Jawatankuasa Disiplin bagi 654 orang murid..... apalah sangat kann!

Yang sebenarnya... bukan sibuk kerja atau sibuk hal rumahtangga yang menyebabkan aku semakin malas nak memblog ni.... semenjak line streamyx aku pincang tugas sejak tahun lepas.... aku pun melanggan pula line berokban macam ramai orang..... malangnya, line berokban ni sekarang ni sudah semakin sengal kerana servisnya tak pernah berubah sedangkan penggunanya semakin ramai.Status berokban di atas merupakan situasi aku sekarang ni.... bayangkanlah dengan receive rate 19.34kbps.... betapa sengalnya aku nak online sekarang ni. Dengan kelajuan yang begitu..... aku terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka blog kekawan dan memerlukan 10 minit lagi untuk menghantar komen. Kalau blog kekawan yang ada segala macam eksesori tu, lagi la jenuh aku nak masuk.

Kepada semua kekawan di alam maya ini...... mahapkanlah aku kerana kelihatan semakin tidak mesra dengan kalian. Aku tahu kalian rindukan kehadiran jejaka ensom ini di laman kalian.... dan sesungguhnya aku juga rindukan kalian..... huhuhu.

....................................................................................

Untuk publish post entry ini..... aku dah 5 kali keluar masuk.... dah habis 1 jam baru berjaya..... alahai celcom.... memang berok ban sungguh la korang ni!

Saturday, May 2, 2009

Jawab tag dulu

Kebetulan sekarang ni macam tak de idea menulis, jadi baik la jawab tag kekawan. Dah lama tak kena tag ni, entah macam mana tersenarai pula untuk jawab tag dari awek..... ekhem... ekhem..... sakurasa2.blogspot.com. Ok jom tengok apa tagnya.....

1) Anda perlu printscreen wallpaper anda.
# ok.... ini wallpaper saya



2) Bagitau naper anda suka wallpaper anda?"

#sebab...ini gambar mem besar dan rakyat jelata aku... tiada yang lebih bermakna di dunia ini selain daripada mereka.

3) Sape yang kena tag seterusnya?
#ooooo..... nak kena tag orang lain la pulak ni....... ok, aku nak tag sesiapa sahaja yang masuk blog aku ni..... korang jangan nak ngelat pulak!

"Cara untuk membuat printscreen wallpaper .... tekan button yg ada tulis Print Scrn / SysRq... biasa nye kedudukan button tu kat sebelah atas kanan buka Photoshop or Paint dalam Accesories.. paste kat situ..pastu save...then upload le ke blog" atau korang buat la cam mana pun asal dapat capture wallpaper korang.... hehehe