Friday, May 29, 2009

Sekolah dah start cuti. Hari ini kat rumah dah kembali meriah, bila anak-anak dah balik ke sarang. Baru sehari cuti, rumah dah tunggang-langgang.... pinggan mangkuk bersepah-sepah.... semuanya duk mengketedarah je kejenya. Diorang ni macam tak cukup makan je, masa kat asrama.

Cuti sekolah... bermakna musim orang bersanding juga bermula. Masing-masing dah bersiap sedia untuk majlis bersatu. Aku dah terima kad kahwin start dari 30hb lagi.... hari-hari ada jemputan.

Kat kampung pun dah 2-3 jemputan.... dan cuti kali ini kami akan pulang bercuti bermula 3hb hingga 9hb. Selain dari balik untuk menziarahi keluarga.... yang lagi penting juga kerana jemputan kenduri kawin saudara-mara, sepupu-sepapat yang dah berbaris panjang ni.

14 Comments:

  1. soca said...
    Selamat brcuti shifu... hati2 blk kg.
    sakurasa 2 said...
    cuti sekolah hujung minggu xyah masak....
    ONE ZABA said...
    ya la...balik la selagi boleh balik.
    sonata anak kancil said...
    selamat bercoti le....ha apa kabar! dah ok brodben tu? sini pun kekdg sengal !
    mama moden said...
    salam cikgu,
    selamat balik kg.
    hati2 dlm pjalanan, biar lambat asal selamat ok.

    bestnya dpt balik kg...
    baliklah slagi bkesempatan...
    Mak Su said...
    slamat bercuti :)
    arsaili said...
    salam..teringat masa dulu2 even sekarang...mak akan masak semua masakan kegemaran semua adik beradik dan my dad yg tukang beli..ketam, udang, ikan segala yg sedapppppppppppp.....tapi ni dah besar, kenala beli sendiri dan suh mak masak ahahah
    Makan nasi kat asrama sungguh tak sedap....mak masak gak best
    Shifu67 said...
    soca-
    jom balik kampung... kalau ada kampung laaa.... hahaha

    sakurasa-
    mem besar masak tomyam kaukau hari ni

    OneZ-
    cikgu kat sekolah je cuti balik kampung... ko cikgu tak duk sekolah, kerja2... hehehe

    sonata-
    berokban duk cam tu gak... jenuh nak update blog

    mama moden
    tak balik kg ke cuti sekolah ni.... kalau ada kampung leee.... ahakk

    mak su-
    time kasihh...

    arsaili-
    aku dulu.. masa kat asrama makan lauk ikan jaket dgn kicap je...
    soca said...
    aiks, aku ekot betol2 kang... mahu jeling manje mem besar ko nnt... haha
    Yunus Badawi said...
    Rumah aku pun dah meriah mcm rumah ko.
    Selamat balik kampung. Lepas ni ko buatlah n3 sikit ttg kpg ko tu. Dpt jugak aku tahu sikit.
    Cikgooden (Selumbar Emas). said...
    balik kampong lajak la ke batu kurau..batu kurau na...bukan kuala kurau, ...batu kurau...saja la nak bagi tahu.
    Shifu67 said...
    soca-
    alaaa... kalau nak ikut... meh laaa... hehehe

    YB-
    emmm... kena buat entry sepanjang perjalanan la ni... boleh buat dokumentari curi-cuti malaysia la ni

    COden-
    Batu Kurau eii.... hehehe. Mem besar nak gi makan mee banjir udang... dia kata, balik ni mesti jadi....hehehe
    Anonymous said...
    broadband slow ke kat sana? Mehla balik kg, kat umah dah wireless, 3x extended range lagi. Kira internet free la utk sekitar kg pauh ni he he. Nonie tak letak password pun. Ni pun nonie online pakai hp je dr dlm bilik. Maleh nak bukak laptop. Nanti balik jgn lupa bwk laptop bleh la update blog bila2 he he.. Nak masuk gambar masak2 kat kg pulak ka..
    Anonymous said...
    kata nak balik kg 3 hb? Tak jadi ke?

Post a Comment