Sebelum Kelantan akan
tersumbat lebih
parok lagi beberapa minggu akan datang.... maka baiklah buat persediaan awal.
Kereta perlu diservis supaya dalam kondisi yang terbaik untuk menghadapi kekalutan jalanraya semasa cuti hari raya nanti.
Hari sabtu.. memang sudah lazimnya sentiasa
tersumbat.. pusat servis pun begitu juga. Tambahan pula tempat aku servis kereta ni.. juga company yang sama menjual kereta Ford dan Cheery.
Hari ni penuh dengan kereta kecik Ford ni... siapa laaa yang minat sangat beli kereta ni... :)
Selesai membayar bill servis yang tak pernah kurang daripada
100 henget... ada satu perkara lagi yang perlu diservis.
Oleh kerana tuan kereta ni hanya tau start - jalan - isi minyak saja... sampaikan kereta jalan menyenggeng sebelah, tak leh nak lepas streng, tayar kempis... dia
gomo semacee!
Separuh hari sudah berlalu... selesai sudah urusan
duniawi hari ni.