Nor Izmi Firdaus Abdul Rahman.
Hari ini baru ada kesempatan pergi melawat adik yang sedang mengikuti PLKN di Kem Taman Agrotani Gua Musang. Pagi-pagi bertolak ke sana kerana agak jauh juga perjalanannya. Bachok ke Gua Musang hampir 200 KM. Pagi ni cuaca mendung saja. Aku bimbang juga, kerana kereta aku ni econnya tak berapa sihat. Kalau kena hujan gerenti ada masalah
Sampai di Machang berhenti isi minyak dulu. Tengok langit makin gelap. Hala ke sebelah hulu Kelantan, nampaknya langit makin gelap. Tak lama selepas meninggalkan Machang, hujan mula turun dan begitulah sepanjang jalan, hujan tak henti-henti. Sekejap lebat, sekejap slow.
Sampai di Gua Musang terus saja ke Kem PLKN. Sudah ada ramai keluarga yang datang melawat peserta-peserta PLKN. Tak lama kemudian Imi datang sambil senyum-senyum. Segak dengan uniform biru mudanya. Ok.. untuk semua keluarga di Perak inilah gambar Pemuda Harapan Negara.
Latar belakang tempat aktiviti mendaki.
Wah!..... gua pun ada. Memang sesuailah dengan Gua Musang.