Friday, January 19, 2007

Malam ini aku melayari banyak laman blog. Pemilik laman blog ni memang macam-macam kategorinya. Terpulang kepada kita untuk menilainya. Penilaian adalah hak masing-masing..... mungkin itulah satu-satunya hak kita yang tidak mungkin dapat diduga oleh sesiapa pun, selagi bernama manusia. Sejak dulu pegangan hidup aku mudah saja... 'tiada apa pun yang mutlak di dunia ini"

Atas kepercayaan kebebasan untuk menulis... maka aku juga akan turut memaparkan logo ini. Walaupun hampir semua pemilik blog yang memaparkan logo ini adalah penulis yang sentiasa merasakan dirinya 'berjuang' untuk Agama Bangsa & Negara dengan 'cara' mereka. Tapi aku suka membaca apa yang mereka tulis kerana aku fikir aku juga 'berjuang' dengan 'cara' ku. Sejak dulu lagi, artikel yang seronok dibaca tentunya hal-hal yang 'tidak baik' tentang manusia (kerana aku tak pernah jumpa sesiapa yang menulis tentang beruk atau lembu) Cakap mudahnya, penulis-penulis itu akan menulis tentang kerajaan yang tidak 'adil' sebagaimana yang mereka tuntut. Cakap paling tepatnya ialah, mereka adalah penulis-penulis pembangkang. Dah namanya pembangkang... tentulah bangkang saja kerjanya. Teringat masa sekolah dulu... selalu masuk pertandingan bahas. Pertandingan bahas ada 2 kumpulan... kumpulan pencadang dan kumpulan pembangkang. Dalam pertandingan bahas... ada kalanya kumpulan pencadang yang menang dan ada kalanya kumpulan pembangkang yang menang. Dalam apa-apa hal begitulah rupanya realiti kehidupan. Rupa-rupanya pertandingan itu tidak pernah tamat.

Berbeza dengan pertandingan bahas..... walaupun konsepnya masih sama, tetapi kini kita sendiri yang menentukan kita hendak berada dalam kumpulan yang mana. Semasa kita masuk pertandingan bahas dulu-dulu, kekadang kita akan menerima sampul yang mengatakan kita dari kumpulan pencadang dan kekadang kita dari kumpulan pembangkang. Maka kita akan bertanding dalam keadaan yang berbeza, cuma matlamatnya saja yang sama. Begitulah yang kita lalui apabila kita bertanding bahas dulu-dulu sampailah sekarang ini. Dalam erti kata lain, kita sebenarnya sudah belajar dan tahu bagaimana menjadi pencadang dan bagaimana pula jika menjadi pembangkang.

Mengapa aku nak tumpang sekaki memaparkan logo di atas?..... kerana seperti yang tersurat daripada logo tersebut yang katanya memperjuangkan kebebasan untuk menulis. Logo ini adalah hak sesiapa juga, seperti yang di katakan oleh pembuatnya http://kickdefella.wordpress.com (Please feel free to save the logo or email me at kickdefella@yahoo.com and I will email you the file. Logo ini adalah milik anda semua.)

Aku bukanlah penulis tersohor dan tak ada apa-apa pengalaman pun untuk menulis, tetapi bagi aku itu tak penting kerana sebenarnya asas kehidupan kita ini sama saja. Apa yang ditulis oleh sesiapa pun berkisar atas asas kehidupan yang sama itulah juga. Cuma yang berbeza hanya paparan cerita kehidupan itu saja.

Berbalik kepada bahan tulisan oleh pemilik-pemilik laman blog tadi, memanglah semuanya merupakan penulis-penulis yang dari kumpulan pembangkang. Itu adalah pilihan mereka, kerana sekarang ini tidak ada sesiapa yang boleh menentukan untuk kita menyertai 'kumpulan bahas' yang mana satu. Sekarang kembali berfikir.... adakah aku salah tempat?...... pertanyaan aku ini tak ada sesiapa pun yang berhak untuk menjawapnya, kerana hanya aku saja yang ada jawapannya.

0 Comments:

Post a Comment