Saturday, December 6, 2008


Pagi-pagi hari ni bawa Shahibah ke SMK (A) Tok Bachok. Hari ni ada ujian pemilihan untuk masuk SMK (A) seluruh Kelantan. Aku amat berharap agar dia dapat masuk ke sini..... senang, dekat rumah dan ramai kekawan yang mengajar kat situ.

Harapan aku lagi dia dapat mengulangi atau mungkin lebih baik pencapaian kakaknya yang dapat 12A SPM kat situ. Tapi sekarang ni, saingan untuk masuk SMK (A) semakin sengit. Tambahan pulak budak-budak yang dapat 5A UPSR bersepah-sepah. Tambah mengurangkan lagi peluangnya ialah bilangan budak pompuan yang dapat 5A dah terlebih ramai berbanding lelaki.

Hari ini, arahkan anak-anak supaya menyiapkan barang + pakaian masing-masing kerana esok kami aka balik kampung.

Hari ini hujan kembali turun sejak malam tadi.... harap-harap tak akan menjejaskan perjalanan esok!

Malam ni... Silmi dalam perjalanan balik dari KL. Esok pagi insyaAllah sampai di KB. Plan esok dalam pukul 9 pagi akan bertolak balik ke kampung. Pergi ke Penang sebenarnya dulu.... ambil mem besor kemudian baru balik ke Kg. Pauh kat Kuala Kangsar. Betul ke? Tak kisahlah. Sebenarnya Kuala Kangsar pun dak.... Taiping pun dak, pasal kat tengah-tengah perjalanan. Kat Bukit Gantang yang lebih tepat kot!

Hari tu bukan main lagi rancang percutian balik kampung.... last2 semuanya tak menjadi. Duk kerja je memanjang... emmm padahal aku bukan kerja opis, tapi kerja opis tak habis-habis. Ada masa untuk balik kampung hanya minggu ni je.

Plannya.... balik kampung (bercuti) dari 7 - 12 hb je. Mak aiiii.... sepanjang-panjang cuti sekolah ni tu je yang aku sempat balik kampung.

Esok, 7hb tunggu Silmi sampai dari KL.... call dia sat tadi, katanya belum naik bas lagi.... bas tak sampai. Emmm... jawabnya lewat la sampai KB esok kalau masa ni (pukul 11:00 mlm) belum bertolak lagi. Dan esok mungkin akan melewatkan kami bertolak ke penang. Dari Penang (USM) kami akan ke Kg. Pauh..... berhari raya kat situ.

8hb, Selamat Hari Raya Aidil Adha

9hb, hantar mem balik ke USM semula kerana petang tu dia ada exam, dan kami akan balik ke Balun Bidai, Kg. Gajah. Berada di sana sampai 12hb.

12hb, Ke USM ambil mem besar dan balik ke Kelantan. Dari Penang petang tu... malam la baru sampai kat rumah.

13hb, Ke Kuala Terengganu..... programnya untuk pemurnian laman web ppd. Selepas tu nanti baru la nak upload. Demikian la adanya.... Selamat Hari Raya...... 'ibadah korban mensucikan jiwa'

_______________________
banner tu untuk laman web ppd bachok, tapi tak pe la aku pakai dulu pasal website tu belum online lagi!

6 Comments:

  1. arsaili said...
    salam eid ul adha..hidup ini penuh pengorbanan..semoga di permudahkan oleh Nya
    Ungku Nor said...
    kalo saya la drive jejauh camtu, rasa nak patah pinggang dah..;p
    Mak Su said...
    wahai bapa glokal, semoga anak2 kamu terus berjaya dan terus berjaya

    :)

    salam eid adha
    ckLah @xiiinam said...
    Bagilah ckLah petua macam mana nak bagi anak cemerlang! Tahniah untuk Shifu dan isteri dapat mendididk anak-anak dengan murni....
    Unknown said...
    arsaili- aminnn

    Ungku Nor- memang la rasa nak patah pinggang... tapi kawe raso demo serupo mem kawe je... tidur je kat sebelah

    Mak Su- Terima kasih

    Cik Lah- Tak de petua apa2 pun... kita mengajar anak org disekolah, dan berharap cikgu2 dia buat begitu gak
    Cikgooden said...
    wei..gila lama hang balik kampung. Jauh betui kampung hang!..

    ha ha ha....mana n3 baghu?..

Post a Comment