Friday, December 5, 2008
Ini cerita pasal rumah aku yang diceroboh pada 30 Nov baru ni.
Malam tu aku tidur awal sikit dari biasa... lebih kurang pukul 12:30 malam kerana esok aku nak drive ke Kuantan. Bangun pagi tu inilah pemandangan di ruang tamu.
Bakul pekakas aku yang terletak atas meja bertabur atas sofa. Jendela pula terbuka..... sah malam tadi rumah aku buat pertama kali telah dicerobohi pencuri.
Pencuri ni bukan calang-calang kerana selepas itu aku sedar ada barang-barang lain yang hilang. Dia dah masuk dalam bilik aku dan ambil barang kemas mem besar. Dia memperlihatkan tahap profesionalnya kerana bekas barang kemas yang tak ori hanya dibukanya dan ditinggalkan, dia hanya ambil barang kemas yang ori sahaja.
Dalam bilik aku pun dia tak masuk terus ke dalam, mungkin bimbang aku tersedar. Dia hanya buka pintu dan terus ke rak tepi dinding dekat pintu tu sahaja. Dia tak sentuh pun handbeg mem besar kat atas meja studynya dalam bilik tu
Atas meja aku pun dia selongkar.... tapi tak ambil apa-apa. Mungkin dia ni buta ICT kot... kerana DVD Writer, hardisk dan segala macam barang-barang aku dia tak ambil. Laptop pun dia tak curi. Handphone aku yang harga RM100 tu pun dia tak hingin, tapi anak aku punya yang mahal sikit tu dia ambil.
Pencuri tu dengan selambe keluar ikut pintu dapur. Emm... pagi tu aku terpaksa ke Kuantan. Meninggalkan Mem Besar dan anak-anak. Hari Selasa pula, mem besar kena balik ke USM. Terpaksa minta Tok Tua aku tidur kat rumah, temankan anak-anak.
Kat area rumah aku ni memang selalu dah berlaku kejadian seperti ini, tetapi rumah diorang kena pecah masuk masa rumah kosong. Kes aku ni lain sikit... ini masa aku dan anak-anak ada kat rumah, tengah sedap tidur.
Tu yang aku jadi macam fobia je nak tidur ni!
Labels: Aku Versi Keluarga
lepas ni mmg kena amik langkah2 keselamatan la..
mmg fobia..
sy jadi beberapa bulan lepas..tapi tak smpat masuk dlm umah..hanya tingkap dibuka..tapi kesan fobianya masih terasa...tambah2 bila suami outstation..
Rumah ckLah juga baru diceroboh...pencerobohan kali ke 4 oleh orang yang sama...tetapi pencerobohan 'berbaur mistik'.Nak report polis pun...digelak dek polis je nnti. Kami telah menemui 'benda pelik' dan kotak rokok 'gudang garam'di dalam rumah..Lain kali ckLah cerita, sebab ceritanya amat menyebalkan..
hati-hati ya... take care
Harap-harap dapat dijauhi drp segalanya!
Yang penting kita berusaha menjaga keselamatan diri..
Moral, mengingatkan kita agar lebih berhati2 lagi lenkali..bukannya seblm ni tk berhati2...tapi dgn kejadian ni..kita upgrade jadik lebih berhati2...moga kejadian tk berulang.