Sunday, December 28, 2008
Selain daripada Menara Pisa di Itali, Teluk Intan juga memiliki menara yang istimewa..... sama-sama condong!
Semasa aku di Tingkatan 6..... tiap-tiap hari melepak di sekitarnya. Semasa kecil.... perhubungan antara Teluk Intan dan kampung ku hanyalah melalui sungai.... tentu ramai yang tak tahu pasal ni.
Aku tinggal di Kampung Balun Bidai..... waktu tu jalanraya tak berapa ada lagi kot. Sebab tu lah lebih mudah guna bot/kapal untuk ke bandar. Selang 2-3 hari ada kapal (bot yang besar) dari Teluk Intan membawa barang-barang jualan. Tokey2 kedai oder barang-barang melalui kapal ni la. Dan kampung ku merupakan destinasi terakhir pelayaran kapal tu. Biasanya petang akan sampai ke kampung.
Selain daripada tu.... polis, klinik bergerak juga datang dengan bot. Dan yang paling ditunggu-tunggu ialah kapal Jabatan Penerangan..... 2 minggu sekali, kami orang kampung berhibur dengan 'wayang pacak' cap harimau, selain mendengar ceramah pegawai penerangan.
Bagi kami penduduk yang tinggal di pesisir sungai.... kapal ni sangat penting. Banyak yang boleh diceritakan.... tapi sengaja pendekkan cerita. Bila hendak ke Teluk Intan, kami tumpang (bayar tambang) kapal ni lah. Tengah malam bertolak dari kampung dan akan sampai di Teluk Intan paginya.
Jeti di Teluk Intan mungkin sudah tak berfungsi lagi sekarang ni..... lokasinya dulu, naik je dari bot terus disambut oleh barisan gerai mamak yang melambai-lambai..... "mari.... mari..." hinggakan bagi orang kampung kami, bila sebut nak makan kat mana..... makan kat kedai mari-mari...... hehehe
Panjang dah intronya tu......
Sekarang ni..... jarang benar aku pergi ke Teluk Intan bila balik kampung. Barangkali moodnya sudah tidak seperti dulu!
Dulu semasa bersekolah di SM Sri Perak.... tiap-tiap hari lepak di sekitar Menara Condong. Berkawat sekitarnya dan diakhiri lepas tu kat bus stand. Melihat bus stand tu pun dah tak meriah macam dulu rasanya..... sunyi je! Gerai-gerai kat sebelah nya tu pun dah tak berapa ada. Dulu kat situlah minum ABC mangkuk besar yang harganya RM1.
Baru-baru ni aku pergi ke Teluk Intan..... rasanya dah banyak wajah klasiknya yang hilang. Nak makan popia basah pun dah tak de. Dan akhirnya aku balik cam tu je!
Teluk Intan...... bandar yang menggabungkan Melayu, Cina, India, Jawa dan Banjar
Labels: Aku Versi Lelaki
Ate, dulu Majlis Daerah....sekarang dah jadi Majlis Bandaran Hilir Perak...mestilah banyak berubah. Giant pun dah ada...he..he...
Mana tak sunyinya bustand dah pindah ke Bandar Baru....
Jeti tu dah diambil alih oleh Kelab Memancing Hilir Perak. Kalu nak udang galah segar, hari-hari dema jual..
Sekian adanya,
dari Penunggu Teluk Intan!!
untold story.... dari Kg. Bahagia, ke Sungai Durian, hingga ke Changkat Jong.... terpahat tanpa terungkai lagi!
tu mujur tak masuk hala ke Bagan Datuk dan sekitarnye tu.... hehehe
rasa macam bandar terasing ja..
Erom:
Kingdom Palace,
Queen Of Diamond Bay.
Shifu;
Nak bagi tahniah sebab jadi Guru Disiplin. Apa kelas nak beli rotan? Beli kacip je!!!
Tak pun, guna tumit tunggi macam ckLah!!Sesak-sesak boleh dibuat membalun...
Setahun sekali aku sekeluarga mesti round jalan pantai (costal road) dari Taiping ke KL/PD melalui Pantai Remis, Sitiawan, Teluk Intan, Sekinchan, Kuala Selangor, Kelang, Morib, Bagan Lalang dan PD sebelum patah balik ke PD.
Lukman
Aku suka masa sebelum ada foodcourt tu.... dulu pasang khemah je, open air.... seronok lepak2 kat situ