Sunday, June 28, 2009

Urut Dada

Seorang cikgu yang ensemmm..... penuh semangat, masuk ke dalam kelas.

Selepas gedebak-gedebuk dengan hal-hal pengurusan kelas..... aktiviti pengajaran dan pemelajaran (pemelajaran yeee... bukan pembelajaran.... sila betulkan tatabahasa anda... hehehe) pun bermula.

Cikgu : Sazwan... cuba kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan 'makan'

Sazwan : Senang je cikgu.... Selepas makan ayah saya mencari jerung

Cikgu : Oooo... ayah kamu pergi ke laut lepas makan yerrr

Sazwan : dokk laa cikgu... ayah saya tidur jahh lepahh makee

Cikgu : Awak kata ayah awak mencari jerung lepas makan... maknanya ayah awak jadi nelayan le tu.

Sazwan : lepas makan ayah saya cari jerung nok tiduuu

Cikgu : (urut dada..... )

ps:
jerung - tempat/ruang/sudut di dalam rumah.

Thursday, June 25, 2009

Sudah lama batas sayur 'Projek Bumi Hijau I' duhulu kosong. Barangkali sudah 5 bulan hanya hijau dengan rumput sahaja.

Awal tahun yang sibuk dengan program latihan olahraga, menyebabkan aku tak ada masa lapang di sebelah petang atau pun pada hari minggu. Sekarang ni sudah 'luar musim'.... jadi relex le sikit bila petang.

Waktu petang yang terluang.... tak kan nak tidur je!..... peluh tak keluar.... bahaya gak ni!



Jadi bulan ini... aku mulakan kembali proses pembersihan tapak untuk Projek Bumi Hijau II. Mula-mula kena cangkul la dulu.... lepas aku cangkul, tugas Mem Besar pula untuk buat kerja yang kutih-kutih ni.

Tip menyediakan batas.....

1. Walau segagah mana sekali pun anda..... jangan sesekali korang cangkul gedabak-gedebuk tanah tu.... cangkulnya hanya sekadar semata cangkul dan balikkan.

2. Jangan sesekali korang hancurkan tanah yang dicangkul tu dengan cangkul... biarkan saja tanah tu seketul-seketul.


3. Langkah seterusnya.... korang boleh bertinggung ke... mencangkung ke... bercelapak ke.... slowly dan dengan sabar.... ambil seketul tanah tu dan ketukkan kat apa2 yang sesuai...... tanahnya akan terburai dan hancur. Aktiviti ni bukan saja bertujuan untuk menghancurkan atau menggemburkan tanah.... yang paling penting ialah, untuk mengumpulkan akar-akar rumput.

4. Be
rsabarlah untuk menghancurkan tanah tu seketul demi seketul, kerana dengan cara itu kita akan dapat mengutip semua akar dan tunas rumput yang ada. Aktiviti ni penting kerana kalau korang tak kutip dan buang tunas rumput tu..... alamatnya seminggu kemudian batas tu kembali menghijau dengan rumput.

5. Sekarang korang tentu faham kenapa dilarang menghancurkan terus tanah tu semasa mencangkul. Kalau korang cangkul dan kemudian terus hancurkan tanah tu...... semua tunas rumput yang ada di dalam tanah akan turut hancur bersama tanah dan korang tak akan dapat mengutipnya! Tunas-tunas tu akan bercampur sekali dengan tanah dan akan hidup semula selepas seminggu.

6. Langkah menghancurkan tanah dengan tangan akan memudahkan kita mengutip semua akar-akar rumput yang bergumpal-gumpal di dalam tanah tu..... InsyaAllah..... cara ini akan melambatkan proses rumput kembali tumbuh.


7. Errrrr.... tip yang terakhir..... sediakan payung sebelum hujan..... hehehehe!

Sekarang ni... lepas asar pun matahari masih panas teng-teng.... jadi janganlah biarkan Mem Besar berpanas..... pakai la payung sementara menunggu teduh.

Sofia dengan setianya menemankan ibu sambil sembang-sembang




Selepas beberapa hari dengan sabar menghancurkan tanah tu sedikit demi sedikit..... akhirnya muncullah batas yang cantik ni. Sekarang ni... aku dah tabur dengan benih kangkung, bayam merah, bayam hijau, sawi dan kacang bendi merah. Amboiiiii..... banyaknya nak tanam atas batas yang 'sekangkang ayam' tu kannnnn.... memang la..... pasal ini hanya projek 'sara diri', bukannya nak jual kat pasar. Setiap jenis ada sikit-sikit pun dah cukup.

Selepas seminggu... benih-benih tu dah mula bercambah. Kacang bendi tumbuh 8 pokok dari 10 biji yang aku tanam. Bayam, kangkung dan sawi pun dah mula tumbuh.... tapi tak la pulak aku bilang berapa yang tumbuh. Semua benih ni aku beli yang dalam peket.... RM1.80 sepeket, korang cari je la kat kedai.

Ok.... tunggu perkembangan selanjutnya nanti....... tungguuuuuuu! Ada banyak lagi tip berkebun selepas ini.

Aktiviti sampingan sementara menunggu sayur tumbuh.... hehehe!

Nampak tak tiang-tiang kayu tu.... haaaa... yang ini kawasan simpanan untuk jenis tanaman yang menjalar, macam timun, kacang panjang, petola dan lain-lain. Nanti bila kawasan batas untuk tanaman yang tidak menjalar dah tumbuh, barulah nak start kat sini.

Wednesday, June 10, 2009

Sesekali pulang ke kampung.... dalam kesempatan yang amat terhad, aku meluangkan masa untuk mengunjungi bandar Teluk Intan yang klasik itu.

Teluk Intan antara tempat aku berkelana..... yang pastinya semasa aku tingkatan 6 di SMK Sri Perak. Masuk Tingkatan 6 waktu itu bukannya mudah macam sekarang ni.... tempat terhad kerana bukan semua sekolah yang menyediakan kelas tingkatan 6.

Oleh kerana alamat kat IC aku.... Kampung Gajah.... maka aku melayang ke Teluk Intan. Tiba-tiba dari Ipoh aku menjadi penghuni Teluk Intan. Selama di sana aku tinggal bersama Opah di Kampung Bahagia. Opah jarang ada di rumah, kerana dia selalu pergi ke Ipoh.

Di stesyen bas ini.... setiap hari aku lepak... hehehe. Errr... sambil tunggu awek SMK Convent yang satu bas pergi dan balik ke Kampung Bahagia. Malangnya sampai habis sekolah pun aku tak pernah tegur dia dan tak tahu nama dia..... walaupun sesekali kami duduk satu kerusi dalam bas (aku sentiasa berharap dia duk sebelah aku sebenarnya.... hahaha). Waktu itu.... aura cintan-cintun aku dah pudar barangkali.... huhuhu.

Kat sebelah ada barisan gerai... dan aku selalunya melilau kat area tu je la. Masa tu ABC lat situ.... pehhhh.... mangkuk besar baru seringgit.

Ini pula medan selera di hadapan Menara Condong. Dulu kat sini hanyalah kawasan lapang. Setiap petang.... para peniaga akan memasang gerai masing-masing. Sebelah petang atau malam kat sini menjadi tempat aku melepak. kat sini juga merupakan hentian bas ke Changkat Jong yang menjadi kenderaan aku balik sekolah. Bas dari TI ke Changkat Jong tu.... jalannya senget sebelah, tambang 30 sen.... basnya dah layak jadi tukun kat laut..... hehehe.


iksss..... panjangnye intro.... bukan nak cerita pasal tu sebenarnya.... tetapi nak cerita pasal balik kali ni..... aku dating dengan awek Teluk Intan.... hehehe. Nak tau siapa dia?..... jeng jeng jeng!

Selepas beberapa sms dihantar untuk berjumpa.... aku pun dengan penuh debaran menunggu kedatangannya. Aku yakin dia pasti akan datang. Di tengah rembang terik mentari itu aku menunggu di bawah menara.

Tidak lama kemudian..... tet! tet!.... kedengaran bunyi hon mpv hitamnya di hujung jalan. Tidak lama kemudian dia keluar.... dari jauh ku lihat senyumannya, sambil dia membuka spek hitamnya. Dia menghampiri ku dengan lenggang-lenggok dan senyum simpul malu.

Melihat dia melangkah dengan yakin dan penuh keanggunan ke arahku..... aku jadi semakin berdebar. Seperti biasa dia berbaju hitam.... walaupun ditengah terik pancaran mentari (macam tak belajar sains la dia ni... colour hitam tak sesuai dipakai tengah panas kan.... errr, dia cikgu sejarah... patut laa.... hehehe)

Hari itu.... sewaktu mentari tegak di atas kepala.... kami bercanda di kaki menara. Mujur tak berlari-larian di laman menara itu. Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Dalam hati nak juga tanya... ada bawa guli tak.... hehehe!





Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.

Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.






Itu dia CkLah, penunggu Teluk Intan.... sudi meluangkan sedikit waktunya untuk berjumpa dengan kami (bukan aku laaa.... hehehe)



Tuesday, June 9, 2009

||CATATAN 04 JUN 2009, KHAMIS||

Hari pertama di kampung.... tentunya tak ada apa nak dibuat. Kami cadang nak pergi Teluk Intan... tujuan utama hendak ke rumah saudara yang telah melangsungkan perkahwinan anaknya 31 Mei yang lalu. Selain daripada itu nak pergi makan kat Mastan Ghani.... hehehe.

Lupa nak nak cerita... kat mana kampung aku ni kann. Kampung aku terletak lebih kurang 6KM dari Kampung Gajah. Kat tepi jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang tu... Kampung Pengkalan Nibung dan Changkat Rambai. Kampung aku ni masuk ke dalam sikit... kalau kampung yang lama, lebih kurang 4KM dari jalan besar ni... tapi sekarang ni dah dipindahkan ke tempat baru.. lebih kurang 1KM je dari jalan besar / Pengkalan Nibung. Namanya kampung Balun Bidai.

Ketiga-tiga kampung ni..... area orang Banjar. Jadi maknanya aku ni orang Banjar la kannn.... walaupun mak aku orang 'Melayu'...... hehehe. Dari Kampung Gajah menghala ke Tanjung Tualang.... lepas je turun naik beberapa bukit.... lepas MRSM Kampung Gajah..... kira dah masuk area orang Banjar la tu.... sampai la ke Sungai Galah..... jajahan takluk orang banjar kat sini.... hehehe.

Ok.... jom teruskan perjalanan ke Teluk Intan.

Sampai di Kampung Gajah.... pekan yang ada simpang tiga ni.... ke kanan, menuju Parit (bukan parit tepi jalan tu... hehehe)... ke kiri, menuju ke Teluk Intan. Sepanjang perjalanan ke Teluk Intan ni, kat kiri dan kanan biasanya sawah padi la. Sebelum sampai Teluk Intan.... akan sampai kat satu lagi jajahan takluk orang Banjar.... Sungai Manik. Sungai Manik ni salah satu kawasan jelapang padi kat Perak ni. Antara penduduk kampung aku dan penduduk di Sungai Manik ni kiranya dari satu keturunan la.... dan ada link anak-beranak. Beza antara dua kawasan ni ialah... kat Sungai Manik tanam padi... kat kampung aku menoreh getah (sekarang ni dah tukar kelapa sawit)

Selepas simpang tiga ni... dah tak jauh nak sampai ke Sungai Manik. Masa kami lalu... padi dah masak, dan kerja menuai sedang giat dijalankan.... jadi pemandangan kiri kanan jalan.... menguning je! (tak ingat lak nak ambil gambar sawah padi.... hehehe)

Bagi yang tak biasa memandu di kawasan ini.... hati-hati sedikit. Jalan dari Kampung Gajah ke Teluk Intan ni special sikit.... jalannya ada banyak ombak.... kekadang rasa macam naik kereta kuda.... hehehe. Kat sini kawasannya tanah lembut.... jadi jalan cepat rosak dan tidak rata. Dulu-dulu.... masa naik bas pergi Teluk Intan.... seronok dalam bas melambung-lambung ni.... hehehe.


Sampai di Teluk Intan.... tentunya akan tersergam menara condong ini. Menara ini terletak di jalan Selat. Mengapa nama jalan tu 'Selat'.... kerana dulu-dulu jalan itu ialah sungai/tali air yang merentasi tengah bandar ini, dan menghubungkan dua sungai di kiri kanannya (betul ke kiri dan kanan... hehehe)

Gambar lama menara ini menunjukkan kedudukan menara ini suatu ketika dulu. Kalau tak percaya tanya Prof. Koo Kay Kim.... atau pun cikgu sejarah kat SMK Convent yang tersohor tu... hehehe. Gambar lama ni ada tergantung kat kedai Mastan Ghani yang juga terletak di jalan Selat itu. Kalau nak kan maklumat yang lebih lanjut... masuk je dalam menara tu dan baca sendiri informasi kat situ.

Ok... masa untuk makan mee rebus Mastan Ghani. Alamak... sekarang ni sana ni ada kedai Mastan Ghani..... dah tak tau yang mana satu yang ori..... hehehe, tetapi inilah kedai asalnya, tak jauh dari menara Teluk Intan.

Menunya hanya mee rebus dan rojak sahaja..... dan tentunya menu ini penuh dengan nostalgia bagi yang dah lama tak ke Teluk Intan seperti aku. Malangnya anak-anak aku yang bercitarasa budu.... semuanya tak nak makan mee rebus yang berkuah pekat ni..... hehehe. Jadi terpaksalah aku menghabiskan mee rebus yang diorang tak habis makan tu.... hahaha.

Mem Besar pun macam terpaksa je nak habiskan mee rebus tu..... hehehe.

Lepas makan.... kami pun melepak di hadapan Menara Teluk Intan.... di tengah-tengah terik matahari yang memancar tu.... tak ada sesiapa pun kat situ... hanya kami sekeluarga sahaja, tapi tak kisahlah kannn... kiranya kami ni pelancong la ni.... hehehe.





Monday, June 8, 2009

Balik Kampung

||CATATAN 03 JUN 2009, Rabu||

Seperti yang telah dirancang.... hari ini kami akan balik kampung. Semalam aku dah servis Rusa aku.... basuh bagi nampak cahaya sikit.... dan buat persediaan terakhir untuk meninggalkan rumah beberapa hari.

Hari ni, kami nak memulakan perjalanan sebelah pagi.... selalunya aku balik sebelah petang. Mem Besar kata... kalau jalan siang boleh la dia temankan masa drive... kalau malam diorang tidur je!. Plan asal nak start drive pukul 10:00.... tapi maklum je la kann.... anak-anak aku semua dah jadi anak dara rupanya..... lama la sikit kena ambil masa untuk touch-up.... hehehe.

Bachok, Kelantan - Kg. Gajah, Perak....... berapa KM eiii? Heheheh.... aku tak pernah ambil tahu pun berapa KM.... 400KM lebih kot. Aku tak ambil peduli sangat tentang KM.... yang aku buat masa drive ialah, untuk sampai ke chek point dalam anggaran masa yang munasabah. Setiap chek point aku ambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam pemanduan biasa... anggarannya lebih kurang 100KM lebih rasanya..... lebih kurang laa.

Jadi dari rumah (Bachok)...... aku akan ambil masa 2 jam untuk sampai ke chek point pertama di Batu Melintang, Jeli. Beberapa KM sebelum Batu Melintang.... macam biasa la kann.... mesti singgah dulu di Bukit Bunga. Singgah membeli-belah segala macam barang-barangan dari Siam. Oooo rupanya sekarang ni tengah top anak patung Upin & Ipin dan segala macam yang ada kaitan dengannya.... bantal, selimut, t-shirt dan macam-macam lagi... asal ada gambar Upin Ipin, harganya 2x ganda dari yang gambar kartun yang biasa. Lastnya kami beli tilam & bantal yang ada gambar bear Poah tu je.... hehehe. Ini untuk anak saudara yang baru. Selain daripada tu... beli la jugak segala macam buah dari Siam yang ada untuk sepanjang perjalanan ni kann.

Rusa aku dah penuh... maklumlah bila balik kampung, banyak la kiriman-kiriman dari sana yang nak kena bawa balik. Toto & Naritta sebijik dua.... sarat la Rusa aku.

Ok.... sampai di Batu Melintang.... berhentilah di mana-mana stesyen minyak yang ada... pilihlah Petronas, Shell atau Caltex. Sekarang ni aku isi minyak Petronas, jadi berhenti kat situ la kann. Isi minyak penuh dulu.... pasal lepas ni kita akan mula mendaki dan membelah Banjaran Titiwangsa. Semasa mendaki Banjaran Titiwangsa.... nikmatilah pemandangan yang indah dan udara yang menyegarkan.

Memandu mendaki di Jalan Timur-Barat ni memerlukan skill pemanduan yang lain daripada memandu di lebuhraya. Jalan sempit... berbelit-belit dan perlu bijak untuk mengambil kesempatan bila hendak memotong kenderaan besar... selain dari keberanian untuk mengekori kenderaan semasa mengambil selekoh yang tiba-tiba bertukar arah ke kiri dan ke kanan..... errr... siapa yang selalu sangat tekan break masa nak ambil koner.... sila ambil turn kat belakang dan jangan follow mereka yang pakar memandu di sini.... hehehe.

Selepas lebih kurang 2 jam.... kita akan sampai di Kuala Rui, Grik. Tiba masanya untuk kita berehat sekejap...... pilihlah gerai-gerai yang ada. Mem Besar.... macam biasa nak pekena nasi sup tulang.... anak-anak aku nak makan laksa. Kat sini biasanya aku ambil masa 1 jam berehat untuk legakan badan selepas cilok-mencilok kat atas gunung tadi.

Di sini, merupakan persimpangan untuk mereka yang akan ke Kedah & Penang dan yang ke Ipoh. Dari Grik... pemanduan diteruskan untuk menuju Lebuh Raya Utara-Selatan di Kuala Kangsar. Dari Grik hingga ke Ipoh... aku juga ambil masa lebih kurang 2 jam.... hehehe.

Masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan.... maknanya tidak lama lagi akan sampai ke Ipoh. Dari Tol Kuala Kangsar hingga ke Tol Jelapang... RM3.50 sahaja.... maknanya setiap kali balik kampung itu jelah tol yang aku bayar untuk sehala.... tak de la terasa sangat kann.... hehehe.

Antara Kuala Kangsar - Jelapang di Ipoh... nikmatilah pemanduan yang agak mencabar mendaki Bukit Berapit. Walaupun sekali lagi memandu yang akan mendaki dan menuruni bukit, di sini tidaklah begitu mencabar seperti kat jalan Timur-Barat tadi.... sedar tak sedar meter Rusa aku pun dah naik lebih 120.... sebelum mencecah 140.... baik la aku slowkan sikit kann. kalau pakai MPV yang power tu... boleh la tekan 140.

Di puncaknya kita akan masuk Terowong Menora dan selepas itu kita akan mula menuruni bukit. Bagi pemandu yang jenis kecut perut... boleh ambil lorong kiri... hehehe. Bila keluar dari terowong itu... antara papan tanda yang kita lihat ialah peringatan supaya menguji break. Peringatan ini ditujukan kepada pemandu kenderaan berat... tetapi apa salahnya kalau kita pun test juga break kita kann. Menuruni bukit ini... menuju ke Tol Jelapang yang terkenal sudah meragut banyak nyawa... jadi hati-hati dengan kenderaan berat yang ada... kalau ada yang datang dari belakang dengan break yang rosak.... alamat jadi lempeng la kita. Masalah Tol Jelapang tu sekarang ni sudah diatasi dengan memindahkan tol itu lebih ke hadapan, di kawasan yang lebih mendatar dan luas berbanding dulu.

Selepas keluar dari Tol Jelapang... ada lebih kurang 1 jam lagi untuk sampai ke kampung. Sekarang ni dah tak perlu masuk Ipoh, kerana dah ada jalan pesisir di luar Ipoh menuju Lumut. Tapi aku dak la drive sampai Lumut... pasal aku akan belok kiri ke Batu Gajah, menuju Tanjung Tualang. Tanjung Tualang ini ikon dia udang galah, kerana dulu kat area ni memang banyak udang galah. Sungai kat kampung aku antara pembekal udang galah tu.... tapi sekarang ni semua bekalan datang dari bekas lombong je kot. Dari Tanjung Tualang terus menuju ke Kampung Gajah.

Akhirnya sampai juga ke jalan kecil yang tenang menuju kampungku yang aman damai. Dulu jalan ni hanya tanah merah, tapi itu dulu-dulu la.... sekarang ni dah tak ada lagi semua tu. Dan Alhamdulillah.... kami selamat sampai ke kampung halaman setelah 7 jam memandu dari pantai timur ke pantai barat


Monday, June 1, 2009

Sedap lepak


Petang kelmarin... aku baru nak bercadang 'buat peluh' cangkul tanah lori ke-7 yang ada kat depan tu. Vromm... lori penjaja kerusi batu singgah. Dengan senyum simpul dan ayat bodeknya yang menusuk kalbu.... cuba menggoda aku untuk membeli kerusi batu yang dibawanya.

"Waaa... laman cikgu dah come ni.... kalau letak kerusi batu ni, kohor la comeee.... ambik la satu cikgu.... murah-murah je... RM 170 je..... ni buatan Malaysia ni.... bukan dari Siam ni... molek ni"

Amboi.... laju je dia membodek aku. Tapi apa nak buat kann... aku memang jenis 'angin tohor'.... tambah pula memang kena pada masanya... (baru gaji... hehehe), aku pun dengan gaya sombongnya jawab.... "ok.... mari sebijik"

Dan petang itu muncullah kerusi batu baru kat depan rumah aku.... walaupun tak dirancang nak habis RM170... tapi kira ok la kannn... penting gak kerusi ni... untuk lepak-lepak petang-petang atau malam-malam. Haaa... aku pun letak la kerusi tu kat laman atas.... kat laman bawah tu... tengah duk fikir nak buat apa. Sekarang ni nak clearkan tanah tu dulu.... biar rata molek... lepas tu plan nak buat pagar kat depan tu.... lepas tu nak tanam bunga, atau pokok yang sesuai untuk peneduh sikit. Maklumlah.... rumah aku ni mengadap matahari.... pukul 6:00 petang pun masih panas teng-teng.

Mem Besar pun tak de merungut apa-apa nampaknya bila aku panggil dia tengok kerusi batu ni.... suka la tuuu.... hehehe. Dia pun terus buat air dan bawak keluar biskut... terus la lepak-lepak. Tadi nak cangkul tanah kann..... alaaa, esok boleh buat.... susah apa.... hehehe!