Thursday, June 25, 2009

Projek Bumi Hijau II

Sudah lama batas sayur 'Projek Bumi Hijau I' duhulu kosong. Barangkali sudah 5 bulan hanya hijau dengan rumput sahaja.

Awal tahun yang sibuk dengan program latihan olahraga, menyebabkan aku tak ada masa lapang di sebelah petang atau pun pada hari minggu. Sekarang ni sudah 'luar musim'.... jadi relex le sikit bila petang.

Waktu petang yang terluang.... tak kan nak tidur je!..... peluh tak keluar.... bahaya gak ni!



Jadi bulan ini... aku mulakan kembali proses pembersihan tapak untuk Projek Bumi Hijau II. Mula-mula kena cangkul la dulu.... lepas aku cangkul, tugas Mem Besar pula untuk buat kerja yang kutih-kutih ni.

Tip menyediakan batas.....

1. Walau segagah mana sekali pun anda..... jangan sesekali korang cangkul gedabak-gedebuk tanah tu.... cangkulnya hanya sekadar semata cangkul dan balikkan.

2. Jangan sesekali korang hancurkan tanah yang dicangkul tu dengan cangkul... biarkan saja tanah tu seketul-seketul.


3. Langkah seterusnya.... korang boleh bertinggung ke... mencangkung ke... bercelapak ke.... slowly dan dengan sabar.... ambil seketul tanah tu dan ketukkan kat apa2 yang sesuai...... tanahnya akan terburai dan hancur. Aktiviti ni bukan saja bertujuan untuk menghancurkan atau menggemburkan tanah.... yang paling penting ialah, untuk mengumpulkan akar-akar rumput.

4. Be
rsabarlah untuk menghancurkan tanah tu seketul demi seketul, kerana dengan cara itu kita akan dapat mengutip semua akar dan tunas rumput yang ada. Aktiviti ni penting kerana kalau korang tak kutip dan buang tunas rumput tu..... alamatnya seminggu kemudian batas tu kembali menghijau dengan rumput.

5. Sekarang korang tentu faham kenapa dilarang menghancurkan terus tanah tu semasa mencangkul. Kalau korang cangkul dan kemudian terus hancurkan tanah tu...... semua tunas rumput yang ada di dalam tanah akan turut hancur bersama tanah dan korang tak akan dapat mengutipnya! Tunas-tunas tu akan bercampur sekali dengan tanah dan akan hidup semula selepas seminggu.

6. Langkah menghancurkan tanah dengan tangan akan memudahkan kita mengutip semua akar-akar rumput yang bergumpal-gumpal di dalam tanah tu..... InsyaAllah..... cara ini akan melambatkan proses rumput kembali tumbuh.


7. Errrrr.... tip yang terakhir..... sediakan payung sebelum hujan..... hehehehe!

Sekarang ni... lepas asar pun matahari masih panas teng-teng.... jadi janganlah biarkan Mem Besar berpanas..... pakai la payung sementara menunggu teduh.

Sofia dengan setianya menemankan ibu sambil sembang-sembang




Selepas beberapa hari dengan sabar menghancurkan tanah tu sedikit demi sedikit..... akhirnya muncullah batas yang cantik ni. Sekarang ni... aku dah tabur dengan benih kangkung, bayam merah, bayam hijau, sawi dan kacang bendi merah. Amboiiiii..... banyaknya nak tanam atas batas yang 'sekangkang ayam' tu kannnnn.... memang la..... pasal ini hanya projek 'sara diri', bukannya nak jual kat pasar. Setiap jenis ada sikit-sikit pun dah cukup.

Selepas seminggu... benih-benih tu dah mula bercambah. Kacang bendi tumbuh 8 pokok dari 10 biji yang aku tanam. Bayam, kangkung dan sawi pun dah mula tumbuh.... tapi tak la pulak aku bilang berapa yang tumbuh. Semua benih ni aku beli yang dalam peket.... RM1.80 sepeket, korang cari je la kat kedai.

Ok.... tunggu perkembangan selanjutnya nanti....... tungguuuuuuu! Ada banyak lagi tip berkebun selepas ini.

Aktiviti sampingan sementara menunggu sayur tumbuh.... hehehe!

Nampak tak tiang-tiang kayu tu.... haaaa... yang ini kawasan simpanan untuk jenis tanaman yang menjalar, macam timun, kacang panjang, petola dan lain-lain. Nanti bila kawasan batas untuk tanaman yang tidak menjalar dah tumbuh, barulah nak start kat sini.

10 Comments:

  1. Yunus Badawi said...
    Eh aku first ke setelah sekian lama tak bersiaran? Yes!

    Besarnya kawasan rumah ko? apasal buat satu batas aje? Kan banyak lagi kawasan lapang tu. Kalau banyak hasil tu boleh ko eksport ke rumah aku hehehe
    ONE ZABA said...
    tanam stoberi sekali...kubis pun ok gak tu...
    Shifu67 said...
    YB-
    tak leh buat batas banyak2... kang susah pulak aku nak main golf hehehe

    OneZ
    aku dah tanam stroberi hari tu.... duk tumbuh daun je, buah tak kuar.... kobis.. errr nanti kott (gaya iklan fair n levelly)
    xiiinam said...
    ....bela kambing bro....
    Shifu67 said...
    bela kambing????.... tak sanggup aku nak membidankannyeee
    Cikgooden (Selumbar Emas). said...
    rajin la...bini hang. he he he.
    Shifu67 said...
    weii... weii... aku yg cangkul tanah tu... weii

    tapi bini aku memang la rajinn... huhuhu
    faiz said...
    shifu...sukanya i tgk org bercucuk tanam nie..i pun minat jugak..dulu rajin la tanam sendiri la nie duk umah x de tanah...kat kg plak tanah penuh dgn akar kelapa je..huhu...part paling best masa menuai hasil kan..??
    faiz said...
    This comment has been removed by the author.
    faiz said...
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment