Saturday, February 27, 2010

Sebelum kekawan blogger baca 'Al-Fatihah' kat blog aku ni... baik aku buat entry :-)


Hari ni pagi-pagi lagi dah keluar rumah... cadangnya nak servis kereta yang sudah terlewat seminggu. sampai di KB... tengok-tengok pusat servis tutup... ciss ingatkan opis je yang cuti rupa-rupanya kedai pun banyak yang tutup hari ni.

Sebelum sampai kat rumah... singgah kat pusat cuci kereta je laa... nasib baik tak ramai yang susun kereta kat sini pagi ni.

Semasa menunggu kereta dicuci.... Timbalan boss ppd call.... suruh buka email dan upload segera gambar Dato Pa 'minum pagi' tadi di pekan Jelawat sebelum ke Majlis Pelancaran Program antara Universiti Malaysia Kelantan dan JPN Kelantan di SM Teknik, Bachok.

Nasib baik la webmastarrrr sentiasa up2date.... huhuhu!

Esok akan ke PPD Besut untuk membuat lawatan 'penanda aras'.

Website PPD Bachok pun nampaknya sudah melalui tempoh sebulan 'running test' tanpa banyak masalah. Walaupun masih belum siap 100%... tetapi tapaknya aku dah siapkan. Soal masih banyak 'page' yang kosong tu, bukan masalah aku la kannn... itu hal pegawai-pegawai yang berkaitan. Aku dah siapkan 'page' untuk setiap pegawai, terpulanglah kepada mereka nak isi apa.

Rasanya selepas balik dari PPD Besut esok.. barulah diorang kalut sikit nak hantar bahan tu. Secara rasminya 1 Mac ni website tu akan beroperasi secara rasminya, setelah 4 kali sesi taklimat dibuat kepada 4 orang wakil sekolah yang mewakili semua peringkat.

Sunday, February 7, 2010

Akhirnya....

Selepas dua minggu berhempas-pulas siang malam... akhirnya kelmarin website opis yg aku buat berjaya dilayarkan ke alam syber ini.....walaupun belum siap sepenuhnya.

Buat masa sekarang ni, website ini masih dalam tempoh 'running test'... maka segala kesulitan amatlah dikesali..... hehehe

Selamat berkunjung ke website opis kami yang tak seberapa itu!


Tuesday, February 2, 2010

Akan muncul...

Dulu aku dah buat website untuk opis ni... bila siap aku serahkan kat diorang di opis. Kerja aku selesai... walau pun tak pernah hantar bill..... hehehe!

Duk tak lama... website tu lenyap gitu je pasal tak bayar sewa hosting..... hehehe!

Tahun ni.... boss duk bising semula tentang website, dan pegawai-pegawai kat opis kembali mencari aku.

Dah seminggu aku buat website ni... belum siap lagi..... tapi tinggal nak finishing je.

Kekawan kat opis sedang menguruskan bayaran sewa hosting.... dan dalam minggu ni insyaAllah akan muncullah kembali website ni.... harap-harap selepas ni, website ni tak akan 'kong' lagi.... hehehe!

Website ini boleh dikunjungi di alamat.....

http://www.ppdbachok.com/



Maaf kepada kawan-kawan kerana seminggu dua ni kawe menyepi diri.......