Saturday, February 27, 2010

Masihkah kau ingat...

Sebelum kekawan blogger baca 'Al-Fatihah' kat blog aku ni... baik aku buat entry :-)


Hari ni pagi-pagi lagi dah keluar rumah... cadangnya nak servis kereta yang sudah terlewat seminggu. sampai di KB... tengok-tengok pusat servis tutup... ciss ingatkan opis je yang cuti rupa-rupanya kedai pun banyak yang tutup hari ni.

Sebelum sampai kat rumah... singgah kat pusat cuci kereta je laa... nasib baik tak ramai yang susun kereta kat sini pagi ni.

Semasa menunggu kereta dicuci.... Timbalan boss ppd call.... suruh buka email dan upload segera gambar Dato Pa 'minum pagi' tadi di pekan Jelawat sebelum ke Majlis Pelancaran Program antara Universiti Malaysia Kelantan dan JPN Kelantan di SM Teknik, Bachok.

Nasib baik la webmastarrrr sentiasa up2date.... huhuhu!

Esok akan ke PPD Besut untuk membuat lawatan 'penanda aras'.

Website PPD Bachok pun nampaknya sudah melalui tempoh sebulan 'running test' tanpa banyak masalah. Walaupun masih belum siap 100%... tetapi tapaknya aku dah siapkan. Soal masih banyak 'page' yang kosong tu, bukan masalah aku la kannn... itu hal pegawai-pegawai yang berkaitan. Aku dah siapkan 'page' untuk setiap pegawai, terpulanglah kepada mereka nak isi apa.

Rasanya selepas balik dari PPD Besut esok.. barulah diorang kalut sikit nak hantar bahan tu. Secara rasminya 1 Mac ni website tu akan beroperasi secara rasminya, setelah 4 kali sesi taklimat dibuat kepada 4 orang wakil sekolah yang mewakili semua peringkat.

14 Comments:

  1. Uncle Lee said...
    Hello Shifu67, I was at Mak Su's place noticed your callsign, and you sukan makan fish head lemak.
    I too, my favourite....as well if not for this dish I would have remained a bachelor longer.
    A lady learned my love of this dish, she cooked, I ate, then habis cherita...I married the cook.
    Lupa makan then chabut, ha ha.

    You have a nice day, Shifu....stay young and keep well, best regards, Lee.
    Che' Pit said...
    errrr bukan al fatihah jer,
    dah siap dah ni dgn teks talkin..
    xiiinam said...
    Aku dah 3 malam Jumaat berturut-turut baca Yaasin untuk blog ni...




    Laaaa...hidup lagi rupanya...




    Errr....Pokok pauh tepi kolam tu..

    :)
    Shifu67 said...
    uncle lee
    gong xi fa chai... yeeeesangggg! (lum lewat lagi kan)

    CP
    ko buat teks talkin utk kursus jumaat ni ke

    ciklah
    pokok pauh tu dah berbuah pun... bergayut2 buahnya
    LiNda said...
    Tak tahu nak komen apa..

    hehehe
    ONE ZABA said...
    dah sedia paham la... sibuk sokmo.
    Yunus Badawi said...
    Takkan nak dilancarkan dgn page yg kosong? Siapalah yg tak buat kerja ni? ngeh3x
    Shifu67 said...
    linda
    buat2 la komen apa pun

    1Z
    saja buat2 sibuk je

    YB
    tak pakai lancar2 pun... dah melancar ni haa..
    page kosong tu.. no komen... hehehe
    Daddy Zuki said...
    leceh tu jd webmaster utk PPD kan? ada bayaran ke? apa kata u jd freelancer? dpt gak duit extra time2 gi kursus setitik air teh o pun x ada. beli breakfast sendiri. sampai hari ni aku masih trauma nak gi kursus.
    Shifu67 said...
    bayar???
    freelancer???
    duit extra???
    emmmmmm....... (sambil garu dagu)

    kekadang ganjaran tu kita dpt dlm bentuk/keadaan/situasi yg kita tak sedar... yg kekadang lebih bernilai drp wang ringgit... (sambil garu dagu lagi)

    ..... dah 20 tahun kerja... aku baru mengajar di 3 buah sekolah di Bachok... sejak mula kerja hingga skrg, duk pusing kat Bachok ni je... tukar sekolah baru yg jaraknya 2 km dr sekolah lama... org lain bersilih ganti ke gua musang, jeli, kuala krai... dan aku masih disini (monolog diri sambil garu dagu & senyum).... hehehe
    lukmanw@gmail.com said...
    La aku belum ada seru nak baca Yasin ataupun sedekah Fatihah - baru nak jengok kat hospital mana blog ni bertandang.

    Dok lama sgt kut kat PPD tu? Sampai tak ingat balik rumah!

    Lukmanw
    latifahgb said...
    salam..
    shifu..apasal saya tak ada idea langsong nak manulis skrang?? ada petua untuk cari idea tak??
    latifahgb said...
    salam..
    shifu..apasal saya tak ada idea langsong nak manulis skrang?? ada petua untuk cari idea tak??
    Shifu67 said...
    lukman latifahgb
    aku ak balas komen pun tak de idea... hehehe

Post a Comment