Sunday, June 20, 2010

Hari ini 'Hari Bapa'.....

Balik tadi tertengok cerita Tamil kat TV2.... Abhiyum Naanum

Cerita yang sangat menarik sempena Hari Bapa. Tak kisahlah walaupun cerita Tamil, yang penting garapan ceritanya yang berkualiti, tanpa babak 'aksi melampau' seperti menyanyi atau bergocoh atas keretapi atau gunung.... tanpa babak menyanyi sambil bertukar-tukar baju yang pelbagai warna.

Ceritanya mudah... tentang kerisauan, kebanggaan dan harapan seorang bapa.

Seorang bapa yang sentiasa melihat anaknya sebagai 'anak kecil' yang dulu tidur dipangkuannya.



Filem yang bermutu dan tidak mengandungi 'adengan-adengan khayalan' yang melampau seperti kebiasaannya filem dari sana!

Saturday, June 19, 2010

16/06/2010 | 3:30 PM

Hello.... boleh bercakap dengan.....

ya.... saya.... bercakap....

Encikkkk, saya Azlifah dari TM, ingin menawarkan upgrade streamyx dari 512kbps yang encik gunakan sekarang kepada 1mbps.....encik hanya perlu tambah..... selain itu encik juga akan mendapat........bla bla bla......

Aku ni memang jenis lemah semangat.... lalu dengan mudah je aku jawap.... ok, saya setuju!

19/06/2010 | 2:00 PM

Streamyx in-a-box wireless modem pun sampai.... macam mana bedesuppnya line intenet kali tak tau la, yang pasti lepas ni bill bertambah walau pun 'hanyaaa' 20 hengettt je!




Thursday, June 17, 2010


Musim permainan yang menjadi kegilaan ramai orang telah bermula..... (macam-macam gila, barangkali inilah salah satunya)

Opsss... aku bukan peminat permainan ini.

Aku cuma tertengok permainan ini secara tak sengaja kerana kebetulan musim cuti.



Monday, June 14, 2010

Dah masuk minggu ke-2 cuti....

Seharian perubat laptop yang meragam....... jenuh dah scan, pakai kespesky ori pun tak daya nak bagi clear. Last sekali format je la, senang cerita.

Bila komputer ada masalah yang heavy, memang la jalan paling senang kita format je. Cuma yang lecehnya, lepas install baru, banyak la file kena update.




Jemputan orang 'bekwoh' (big work) pun belum habis lagi......

Sempena musim 'bekwoh' ni.... renung-renungkanlah hasil kajian berikut....


Jangan mata naik 'ketimbin' dah laaa... hahaha!

Friday, June 11, 2010

Nikmatilah cuti

Sebelum Cuti....

"Bos ini cadangan jadual kelas SBT masa cuti", kata Cikgu Kecik.

"Kenapa minggu pertama tak de kelas?, tanya Cikgu Besar.

"Minggu pertama tu kita bagi cuti la kat budak-budak (kat cikgu-cikgu juga), kata Cikgu Kecik.

Cikgu Besar renung jadual. Nampak macam tak puas hati. Cikgu Besar nak suruh ada kelas juga minggu pertama.

Akhirnya Cikgu Kecik terpaksa menggunakan 'ayat pembunuh'....

"Minggu pertama tu kita bagi la cuti, lagi pun kan minggu tu cikgu-cikgu ada exam PTK. Kita bagi la semua betul-betul cuti", kata Cikgu Kecik sambil celikkan mata sikit.

Cikgu Besar masih tak puas hati.... dia masih nak mencelah, " PTK kan sehari je......

Dan Cikgu Kecik terus tamatkan dialog dengan ayat terakhir.....

"Cikguuuuuu, kita bagi la cuti penuh minggu pertama tuuuuu, biar budak-budak rehat sikit. Cikgu-cikgu pun nak rehat jugak, ada yang nak exam PTK, ada yang nak balik kampung. Diorang semua ni ada kampung, dan nak balik kampung cuti ni. Saya pun nak balik. Cikgu tak pe la tak ingat kampung (kebetulan Cikgu Besar juga orang Perak) Saya nak balik. Saya cadangkan jadual ni lepas ambik kira semua hal, kalau cikgu tak nak terima, cikgu buatlah yang lain, saya cadangkan je", kata Cikgu Kecik sambil celikkan mata tahap keluar api dan terus keluar dari bilik Cikgu Besar.

Semasa Cuti.....

Bermula 6hb.... cuti pun entah kemana..... setiap hari paling tidak ada 4 undangan majlis kenduri kahwin. Setakat ni 12hb paling banyak, sampai 6 undangan. Semua undangan pada tahap tak boleh nak buat-buat pejam mata atau buat-buat lupa.

Macam biasa..... bila musim cuti sekolah, jalan kat Kelantan ni akan kelam-kabut dan tersumbat di sana-sini. Sedapat mungkin, memang aku elakkan masuk Kota Bharu. Mujur setakat ni, jemputan 'bekwoh' tidak ada yang di luar daerah.

Hari ini... dah habis seminggu cuti. Rancangan nak balik kampung pun entah kemana, akhirnya terperap di rumah saja.

Celik mata je..... masing-masing mengadap laptop.

Laptop aku pula dah 2 hari meragam. Terpaksa pindahkan semua file. Alamak semua 5 hardisk pun dah penuh, kena beli baru nampaknya ni. Dengki pula rasanya bila anak balik bawa hardisk WD 500G.

Cuti dah seminggu habis....