Monday, August 23, 2010

Makan Colek Lagi........

Siang tadi dapat sms daripada Dato Ilias, Timbalan Ketua Bahagian.... jemputan solat hajat dan makan colek di rumahnya.

Sekarang ni aku memang jarang sekali menghadiri majlis 'makan colek' yang berunsur kepartian.... tapi bila dapat jemputan personal begini, kena la tunjuk muka kannn!

Kat Kelantan ni.... hampir setiap peristiwa akan dimulakan dengan solat hajat.

Anak nak exam... anak lulus exam... naik rumah baru.... dapat anak baru.... beli kereta baru.... mesti nak buat solat hajat... tapi... beli tv baru tak la buat solat hajat pulak.... hahaha

Dato Ilias akan mengerjakan umrah..... jadi lazimnya akan diadakan solat hajat.... selepas tu, boleh la sambung dengan acara 'colek-mencolek'

Selain daripada itu... acara sembang-sembang dengan orang kampung... orang parti

Aku tak tunggu lama tadi.....  selepas memastikan kehadiran aku diketahui Dato, aku pun slow-slow undur dan balik.... hehehe





Anak murid pertama aku semasa di SK Sri Kemunting (1990)

Semua dah jadi 'mak orang'..... hadir sebagai wakil wanita cawangan la ni.








Penjawat-penjawat parti tak boleh tinggal la majlis begini.

Oleh kerana aku tak de apa-apa jawatan dalam parti.... jadi aku boleh la datang dan balik ikut suka.... senang.

Kita jenis petugas di belakang tabir ni tak perlu tunjuk muka sangat... tak lenguh la tangan kena salam dengan semua orang.... hehehe



7 Comments:

  1. Catwoman said...
    Selamat makan colek ye, Bang Shifu.
    Jgn sampai kene culik, udahhhh la.
    Bukan culik ko, Bang....tapi culik TV besar baru ko yg kat rumah tu......

    Ngehhhh 5x......

    :)
    ckLah @xiiinam said...
    'Anak nak exam... anak lulus exam... naik rumah baru.... dapat anak baru.... beli kereta baru.... mesti nak buat solat jahat.'


    ...jahat? Kau biar betul...
    Unknown said...
    zyma
    balik makan colek.... kita menculik la pulakkk

    cklah
    alamak... mintak mahap la cigoo, tak perasan salah eja, maklumlah sambil urut perut lepas makan colek
    ckLah @xiiinam said...
    Buat pembetulan 10 kali....lepas tu berdiri kat luar kelas!


    :)
    sonata anak kancil said...
    saban malam macam ni ke makan colek??? tak larat le macamni....hati2 kang dapat gout
    izman said...
    laa.... inilah masa nak tunjuk muka bang, mana tau ada rezki tahun depan buleh bertanding jawatan parti. cikgu dah boleh berpolitik kan?
    Unknown said...
    sonata
    lepas makan colek.... balik kita mencolek lagi

    izman
    bab tu aku serah kat ko la... aku dah tua... tak sempat nak jadi PM... hahaha

Post a Comment