Bab makan.... orang Kelate memang kreatif. Bulan Ramadhan.... aktiviti makan tetap rancak. Tak dapat makan waktu siang..... makan waktu malam.
Dah seminggu lebih puasa..... aku masih belum pergi ke mana-mana Bazar Ramadhan dan di sebelah malam juga aku tak pergi ke mana-mana. Hanya memerap di rumah sahaja... mengadap tv besor aku.... hehehe.
Semalam.... dapat sms kawan, ajak pergi makan colek di Su Tom Yam, Kubang Krian.
Di seluruh Kelantan.... kedai makan yang ditutup waktu siang, akan hidup diwaktu malam. Menu waktu malam ialah segala macam benda bergoreng yang boleh dicicah.... makan colek.
Pilih sahaja.... udang, ketam, sotong, ikan, paru, ayam..... dan segala macam yang nak 'dicolek'
Sementara menunggu hidangan dipotong dan disiapkan... kita mencolek kerang dulu.
Kerang susah nak dapat di Kelantan. Tambahan pula kerang bukan makanan yang popular di sini. Hanya di bulan ini sahajalah barangkali, kerang akan laku sikit.
Orang Kelantan hanya makan kerang sebagai menu ringan-ringan je... tak pernah menjadi menu utama di rumah.
Ni dia.... pilihan kami malam ni. Benda ni lebih kurang makan rojak pesembor kat Padang Kota, Penang tu la.
Zup zap.... sambil sembang-sembang. Beginilah akviti waktu malam selepas habis Taraweh.
Di sini... selepas habis Taraweh, lebih kurang pukul 10:00 malam.... ramai yang pakat-pakat lepak makan colek.
Setahun dua ni.... aku dah menggurangkan aktiviti 'berparti'... kalau tidak jenuh la makan colek tiap-tiap malam. Sekarang ni aku hanya pilih-pilih sahaja jemputan makan colek ni.
Esok ada jemputan makan colek bersama Timbalan Menteri Kewangan.... kena pergi la kot..... hehehe!
:)
selamat berpuasa saisi keluarga..
Colek kerang rebus. Sedap tuh ..
linda... aku tak minat makan kerang rebus ni... pasal masa kecik2 dulu dah makan sokmo... sampai gatal jari
projek mendeee... aku tak de lesen F.
errrr... cam kenal je idalara tu
selamat menjalani ibadah puasa
kawe tak minum tuak la cklah... kawe minum tropicana twister laaa
salam boss.... makan dah kurang... perut je yg belum kurang ni