Monday, August 30, 2010

Merdeka

Monday, August 23, 2010

Makan Colek Lagi........

Siang tadi dapat sms daripada Dato Ilias, Timbalan Ketua Bahagian.... jemputan solat hajat dan makan colek di rumahnya.

Sekarang ni aku memang jarang sekali menghadiri majlis 'makan colek' yang berunsur kepartian.... tapi bila dapat jemputan personal begini, kena la tunjuk muka kannn!

Kat Kelantan ni.... hampir setiap peristiwa akan dimulakan dengan solat hajat.

Anak nak exam... anak lulus exam... naik rumah baru.... dapat anak baru.... beli kereta baru.... mesti nak buat solat hajat... tapi... beli tv baru tak la buat solat hajat pulak.... hahaha

Dato Ilias akan mengerjakan umrah..... jadi lazimnya akan diadakan solat hajat.... selepas tu, boleh la sambung dengan acara 'colek-mencolek'

Selain daripada itu... acara sembang-sembang dengan orang kampung... orang parti

Aku tak tunggu lama tadi.....  selepas memastikan kehadiran aku diketahui Dato, aku pun slow-slow undur dan balik.... hehehe





Anak murid pertama aku semasa di SK Sri Kemunting (1990)

Semua dah jadi 'mak orang'..... hadir sebagai wakil wanita cawangan la ni.








Penjawat-penjawat parti tak boleh tinggal la majlis begini.

Oleh kerana aku tak de apa-apa jawatan dalam parti.... jadi aku boleh la datang dan balik ikut suka.... senang.

Kita jenis petugas di belakang tabir ni tak perlu tunjuk muka sangat... tak lenguh la tangan kena salam dengan semua orang.... hehehe



Friday, August 20, 2010

Malam Makan Colek

Bab makan.... orang Kelate memang kreatif. Bulan Ramadhan.... aktiviti makan tetap rancak. Tak dapat makan waktu siang..... makan waktu malam.

Dah seminggu lebih puasa..... aku masih belum pergi ke mana-mana Bazar Ramadhan dan di sebelah malam juga aku tak pergi ke mana-mana. Hanya memerap di rumah sahaja... mengadap tv besor aku.... hehehe.

Semalam.... dapat sms kawan, ajak pergi makan colek di Su Tom Yam, Kubang Krian.

Di seluruh Kelantan.... kedai makan yang ditutup waktu siang, akan hidup diwaktu malam. Menu waktu malam ialah segala macam benda bergoreng yang boleh dicicah.... makan colek.

Pilih sahaja.... udang, ketam, sotong, ikan, paru, ayam..... dan segala macam yang nak 'dicolek'



Sementara menunggu hidangan dipotong dan disiapkan... kita mencolek kerang dulu.

Kerang susah nak dapat di Kelantan. Tambahan pula kerang bukan makanan yang popular di sini. Hanya di bulan ini sahajalah barangkali, kerang akan laku sikit.

Orang Kelantan hanya makan kerang sebagai menu ringan-ringan je... tak pernah menjadi menu utama di rumah.




Ni dia.... pilihan kami malam ni. Benda ni lebih kurang makan rojak pesembor kat Padang Kota, Penang tu la.





Zup zap.... sambil sembang-sembang. Beginilah akviti waktu malam selepas habis Taraweh.

Di sini... selepas habis Taraweh, lebih kurang pukul 10:00 malam.... ramai yang pakat-pakat lepak makan colek.

Setahun dua ni.... aku dah menggurangkan aktiviti 'berparti'... kalau tidak jenuh la makan colek tiap-tiap malam. Sekarang ni aku hanya pilih-pilih sahaja jemputan makan colek ni.


Esok ada jemputan makan colek bersama Timbalan Menteri Kewangan.... kena pergi la kot..... hehehe!

Saturday, August 14, 2010

Rambutan VS Pulasan

Semasa menunggu waktu berbuka petang tadi, aku ke belakang rumah mengait buah pulasan. Aku rasa jarang orang tanam pokok pulasan ni.... mungkin inilah satu-satunya yang ada. Mungkin satu jajahan Bachok ni... hanya aku yang ada pokok ni. Mungkin juga di Kelantan ni, pokok pulasan kat rumah aku ni salah satu daripada beberapa pokok yang ada.... aku rasa laa...... pasal memang jarang terjumpa kat pasar buah ni, bila musim buah begini. Kalau ada pun, khabarnya datang dari Johor.



Masa kecik dulu pun aku selalu terimpi-impikan nak makan buah ni, jadi bila aku jumpa anak benihnya 8 tahun yang lalu, aku terus je beli dan tanam di belakang rumah. Pokok pulasan ni susah sikit nak berbuah, kalau berbuah pun belum tentu ada isi.... silap-silap kering begitu saja tanpa isi. Jadi sebelum musim berbuah, kita kena bagi baja yang secukupnya, baru la buahnya menjadi dan berisi. Tahun ni pun aku hanya sempat tabur 2 kilo baja awal tahun baru ni.




Oleh kerana, masa petik tadi masih belum waktu berbuka, jadi aku tak ingat la nak ambil gambar yang sudah dikupas isinya. Yang pasti isinya lebih kurang macam rambutan, tetapi rasanya lebih lembut dan sedap daripada rambutan.... isinya tebal tetapi lembut.... manis dan berjus.

okey anak-anak.... beginilah perbandingan antara buah rambutan dan buah pulasan



Bulan lepas aku buat 'home make over' sikit ruang keluarga.

Bila dah siap.... rasa macam ada yang tak kena je

Apa eiiiiik?....... memang ada yang tak kena... tv tu rasa macam dah tak sesuaiiii je duk kat situ.

Ada maknaaaa tuuu..... hehehe









Mungkin dah tiba masanya untuk tukar tv baru.

Muhahaha.... patut la mata rasa tak syok je tengok tv lama tu....









Kalau ikutkan nafsu nak beli tv LED 50"..... tapi harganya boleh tersentap jantung.

Jadi terpaksa la tahan nafsu.... lagi pun bajet hanya mampu sekadar tv plasma 50" je

Plasma pun plasma laaa.... asalkan 50".... hehehe






Baru sedap mata memandang kannn....

Tv Samsung Plasma 50" siap dengan set home cinema system..... harga RM4899, kira ok la dengan bajet aku....

Lain tahun kalau ada rezeki baru beli Tv LED (entah bila la tu... huhuhu)










view dari meja kerja aku

Barulah nampak ngam sikit kan.... sekarang ni baru la rasa lega, tak pedih mata bila tengok tv. lagi pun sepanjang hari kat rumah inilah posisi aku.... sekarang barulah clear nak tengok tv

Yang pastinya bajet raya aku tahun ni pun dah clear jugak.... tak balik kampung la tahun ni!

Friday, August 13, 2010

Menu Buka Puasa

Dah masuk hari ke-3 puasa.... aku belum pergi ke mana-mana bazar ramadhan. Tak ada mood nak makan menu luar. Cukup hanya sekadar menu Mem Besar sahaja.




Kat belakang rumah buah rambutan dan pulasan dah masak ranum.

Sebelum puasa baru ni, dah kait sepokok rambutan dan bagi-bagi kan buahnya kepada jiran-jiran.

Masih ada sepokok lagi yang belum dipetik.







Buah pulasan tahun ni kurang menjadi sikit, pasal aku tak sempat nak bubuh baja tahun ni.

Tapi boleh la cukup makan









Buah ni tak payah baja.... berbonjot-bonjot buahnya.

Buka puasa minum air kelapa muda la petang ni... pehhh, mesti segar!












Tak payah beli.... ambil je kat belakang rumah.













Ok...... itu intro cerita menu buka puasa hari ni. Sekarang tiba masa kepada menu utama.



Hari ni aku nak masak.......

Aku nak makan ala-ala bistik.... lepas balik jumaat tadi aku terus ke dapur menyiapkan perapan.

Kat rumah cuma ada lima orang, jadi aku siapkan lima ketul.




Daging sudah diperap..... tunggu masa untuk membakar je petang nanti. Makan bistik tak lengkap la kalau tak ada salad kannn... menu kena la seimbang.



Taraaa.... salad dah siap.

Simpan dalam frezee dulu, bagi sejuk, baru la sedap nak makan masa berbuka nanti.












Daging kat atas pembakar, semerbak baunya.

Errrr..... ikan jaket bakar tu menu Mem Besar, tak ada kena mengena dengan menu aku.... hehehe.

Mem Besar kata kalau makan menu salad malad ni, rasa macam tak makan je... sebab tu dia tetap siapkan ikan bakar cicah air asam.







Ikan bakar cicah air asam..... menu tradisi Mem Besar.











Memang jauh bezanya kan antara menu aku dengan menu Mem Besar.... hehehe









Inilah menu buka puasa aku hari ini..... tengok aku hanya makan seketul daging dan sesenduk salad.

Kenapa?????...... tak percaya ke?