Thursday, November 30, 2006

Yahoo Messenger Buat Hal? Edisi 2

Dah lama tak buka Yahoo Messenger. Pagi ni bila buka je.... dah beratur IM yang seperti dihantar oleh kawan saya. Saya macam biasa buat dekk je, kenapa? Pasal, ada ke patut dia ajak saya datang rumah dia malam ni pasal dia menang loteri... hahahaha. Ni contoh IM yang saya dapat....

Ini yang saya nampak dia send..... dan dia pulak nampak saya yang send IM ni. Ni lagi satu contohnya....

So... wahai kawan-kawan ku atau sesiapa saja yang menerima IM macam ni.... janganlah marah kat saya. Buat deekkk je laa. Benda ni samalah macam kat MIRC masa chat tu.... kan kita akan selalu dapat invite pegi ke chennel yang selalunya XXX. Lebih kurang macam tu la.

Ada sorang kawan saya "mhw" tu sampai langsung tak nak sembang dah dengan saya.... hehehe. Obsess sangat dia!

0 Comments:

Post a Comment