skip to main |
skip to sidebar
3:00 PM Pagi tadi seorang kawan YM saya marah2 pasal katanya saya send kat dia website entah apa-apa. Saya dah nampak lama benda tu, tapi saya buat ‘deekkk’ je. Memang sah la spyware punya kerja tu. Apa yang berlaku sebenarnya? Setiap kawan dalam list YM kita akan menerima IM yang menggunakan user kita untuk menjemput mengunjungi website tertentu. Kita tentu tak de syak kerana kawan dalam list kita yg send IM. Cuma bayangkan…. mana mungkin begitu kerana selama ini kawan kita tu tak penah pulak send IM yang macam tu. Tentu ada sesuatu yang tak kena kannn. Sooo, senang cerita boleh abaikan je la IM yang macam tu.
Pengajarannya….. kalau nampak IM yang macam tu, janganlah cepat-cepat fikir yang bukan-bukan terhadap kawan kita tu. Kerana saya juga sebenarnya nampak seolah-olah kawan kita send IM mengarut tu kepada kita. Saya dah scan YM saya dengan Yahoo Anti-spy, dan nampak dah remove semua spyware dan adware yang ada. Tapi tak taulah setakat mana powernyeee Yahoo Anti-spy tu. Saya sebenarnya selalu ambil langkah mudah… buat dekkk je.
Ok, kepada kekawan yang nampak seperti saya send IM yang bukan-bukan tu sorry la yee.
0 Comments:
Post a Comment