Wednesday, November 29, 2006

MICROSOFT Corp (Microsoft) akan memperkenalkan versi baru sistem operasinya (OS) yang menggabungkan Windows Vista, Microsoft Office 2007 dan Microsoft Exchange Server 2007 sebagai sebahagian janjinya dalam membantu melengkapi syarikat perniagaan dengan ciri sentiasa bersedia (people-ready). Pelancaran Office 2007, Windows Vista dan Exchange Server 2007 atau LOVE, dijangka merevolusi seluruh pengalaman pengkomputeran di sektor perniagaan. Tiga produk itu yang membentuk satu platform hebat di jangka diperkenalkan Januari tahun depan.


Pengarah Perniagaan (Pemasaran) Microsoft Malaysia , Ananth Lazarus, berkata ini adalah kali pertama dalam tempoh sedekad syarikat menampilkan inovasi kepada dunia perniagaan secara serentak.

Katanya, 2007 adalah mengenai LOVE kerana ia berupaya menjana perubahan penting serta positif di tempat kerja, selain menawarkan banyak peluang kepada pelanggan, rakan kongsi dan seluruh industri.

Beliau berkata, sebagai platform produktiviti perniagaan, Windows Vista, Office 2007 dan Exchange Server 2007 menampilkan pelbagai ciri dan peningkatan terbaru bagi memperkasakan pekerja - aset paling penting bagi perniagaan.

“Ia meningkatkan produktiviti dengan alat inovatif bagi mengakses maklumat penting, berkomunikasi dan bekerjasama lebih berkesan berbanding masa lalu.

“Ini menandakan satu perkembangan penting dalam janji kami untuk membantu syarikat supaya mereka sentiasa bersedia (people-ready)," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Walaupun masih belum dilancarkan, kehadiran Windows Vista, Office 2007 dan Exchange Server 2007 sudah dirasakan dalam lanskap pengkomputeran Malaysia yang mana lebih 2,000 rakan kongsi bersedia untuk membantu masyarakat perniagaan memanfaatkan ciri serta fungsi platform produktiviti perniagaan Microsoft itu.

Windows Vista, Office 2007 dan Exchange Server 2007 adalah platform terbaru bagi produktiviti di tempat kerja yang digabungkan dalam usaha membantu pekerja memudahkan kerjasama, melindungi dan menguruskan kandungan, mencari maklumat serta memperoleh pengetahuan perniagaan, di samping mengurangkan kos IT dan meningkatkan keselamatan.

Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Personal, Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd, Danny Lee, berkata pelanggan perniagaan memerlukan komputer peribadi (PC) yang dapat membantu perniagaan mereka menjadi lebih cekap dan produktif.

“Melalui PC 'Windows Vista Capable' dan 'Windows Vista Premium Ready' kami dapat memenuhi keperluan itu dengan inovasi daripada aspek mengurus dan mencari maklumat, di samping mengekalkan keselamatan dan kebolehpercayaan," katanya.

Naib Presiden FTEC Resources Berhad, Grace Vun, berkata perkembangan terbaru itu adalah saat gemilang bagi dunia pengkomputeran yang mampu diberikan oleh Vista dan syarikat percaya ia melengkapi wawasan dalam menawarkan kepada syarikat Malaysia dengan teknologi terbaik.

“Kami sudah selesai melakukan latihan makmal kualiti perkakasan Windows dan kini bersedia menjadi antara yang pertama untuk memberikan Malaysia satu pengalaman pengkomputeran serba baru," katanya.

Ketika dunia bersedia mengalu-alukan pelancaran platform produktiviti perniagaan baru ini, Microsoft menawarkan masyarakat perniagaan dan teknologi maklumat (IT) di Malaysia peluang untuk menyaksikan lebih dekat Windows Vista, Office 2007 dan Exchange Server 2007 pada 14 November akan datang.

Pra tonton tidak rasmi dengan tema "Dunia akan berubah" bakal menampilkan demonstrasi dan senario perniagaan yang mempamerkan kemungkinan dan keupayaan tidak terbatas Windows Vista, Office 2007 dan Exchange Server 2007.

Ananth berkata, Microsoft ingin memberi kesempatan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Windows Vista, Office 2007 dan Microsoft Exchange Server 2007.

Dipetik daripada Berita Harian, Oktober 2007
__________
::Tahun depan dunia ICT di negara kita akan direvolusikan dengan kedatangan Windows baru, tentu banyak kesannya nanti.... apa kesannya?
  • Kena balik belajar la kalau nak guna Office 2007 yang jauh sangat berbeza dengan Office 2003 sekarang ni. Cakap mudahnya semua orang kena belajar semula.....
  • Pemilik komputer yang ada sekarang ni tak payah berniat la kalau nak pasang Windows Vista, maka kalau nak guna Vista kena la beli komputer yang baru.
  • Ingatlah kembali ketika peralihan antara Windows 98 ke Windows ME dan kemudiannya ke Windows XP. Mungkinkah senario itu akan berulang kembali? Maka, janganlah terburu-buru nak tukar ke Vista kot!, baca kat sini...... http://www.microsoft-watch.com/content/vista/
  • Kalau nak beli komputer, inilah masanya bagi pengguna biasa macam kita ni, semua komputer dah murah sekarang ni, semua kedai nak habiskan stok.

0 Comments:

Post a Comment