Monday, October 11, 2010

Kelajuan boleh membunuh!

Hari ini sejarah kemalangan maut di negara kita tercatat lagi.....


Malaysia merupakan negara yang paling tinggi rekod kemalangan maut di Asia! ..... demikian kenyataan yang diberikan semasa aku menghadiri kursus Pendidikan Keselamatan Jalanraya di Kuantan minggu lepas.

Apabila berlaku tragedi begini... seperti biasa pelbagai ulasan akan kita dengar. Barangkali ulasan Menteri Besar Negeri Sembilan paling mudah untuk difahami, kata beliau... "cara memandu rakyat Malaysia amat merbahaya, mereka berani mati"

Pertanyaan ikhlas.... semasa memandu (terutamanya di lebuhraya) berapakah kelajuan anda? Aku yakin semua orang akan merasakan kelajuan 110km tidak cukup, dan dengan tak sengaja, kaki kita akan menekan padel minyal lebih sedikit... akhirnya meter akan menunjukkan angka 120km... 140km... kalau pun tidak 160km.


Memandu di lebuhraya negara kita memang selesa..... akibatnya kita tak sedar kelajuan kenderaan sudah mencecah 140km. Perodua Rusa aku ni pun boleh memecut sampai 160km kat atas lebuhraya (aku sekadar hendak menguji). Bayangkan kalau kereta yang berkuasa 2.0 dan yang power kaw-kaw tu... tentu berdesup!

Had Laju Kebangsaan 90km atau pun 110km sebenarnya sudah cukup sempurna... cuma yang menjadi masalah ialah kegagalan kita mengawal nafsu.... nafsu berani mati!

Memandu dengan kelajuan 90km dan 140km sebenarnya tidak 'membezakan sangat' cepat atau lambat sampai ke destinasi. Kalau tak percaya boleh cuba.... orang yang memandu 140km memang sampai lebih awal daripada yang memandu 90km.... tetapi percayalah kalau yang memandu 140km itu sampai dahulu dan minum secawan kopi.... belum sempat habis secawan kopi tu, insyaAllah, yang memandu 90km itu akan sampai. Apalah ertinya kalau hanya secawan kopi yang membezakan kelajuan memandu, sedangkan kebarangkalian lebih tinggi untuk mati menjadi pertaruhan!

Hormatilah Had Laju Kebangsaan..... Anda mampu mengubahnya!

Pemandu Rusa itu berhenti seketika setelah memandu hampir 5 jam... sedang meninjau tempat nak minum kopi.... hehehe!

2 Comments:

  1. Mak Su said...
    innalillahi wainnailaihi rajiun

    :(
    Unknown said...
    takziah kepad mereka yang malang itu

Post a Comment