Thursday, October 14, 2010

Malam ini malam Jumaat.... malam Jumaat sentiasa membangkitkan semangat yang membara.

Esok mungkin Jumaat yang paling dinantikan.


Esok PM akan membentangkan Bajet 2011!

Apakah perkara yang paling anda fahami tentang pembentangan bajet?

Bagi aku yang hanya mendapat 'R' kertas Ekonomi STPM..... tentunya tak akan tercapai diakalku unuk membuat ulasan hal yang berkaitan dengan ekonomi negara.

Biar orang lain je lah yang perah otak pasal bab ekonomi negara.

Pembentangan Bajet 2011 tentunya dinantikan oleh semua orang dengan persepsi masing-masing.

Bagi aku.... sebagai penjawat awam, tajuk yang paling aku tunggu ialah khalimah..... 'BONUS'. Semoga PM tidak akan lupa untuk menyebut khalimah tersebut!

Pstt... yang paling pasti, aku rasa tentulah harga rokok akan naik lagi..... mujur aku tak beli rokok... hehehe (aku beli tembakau, lepas tu gulung sendiri)

Dalam penantian sepanjang malam Jumaat ini.... apa salahnya kalau kita mencongak berapakah 'bonus' yang akan diberikan kepada penjawat awam..... dua bulan gaji?... sebulan gaji?...... tak kisahlah berapa pun.. yang penting ada!

Andaian aku.... kerajaan akan memberikan 'bonus' sebulan gaji dan minimum RM1000.


Mulai esok juga.... kita boleh membuat tempahan Proton Inspira dengan bayaran pendahuluan  RM1000.


Nasi tambah..... lepas pembentangan bajet
Tak ada bonus tahun ni..... cuma dapat saguhati RM500. Alhamdulillah walaupun hanya RM500..... cumaaaa.... tak jadi la kawe nak tempah Inspira..... hehehe!

9 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    Dia bagi 1000. Tapi 500 dah bagi masa raya. Jadi, baki 500 tu dia bayar dua bulan...sebulan 250. Boleh bayar bil wiFi 2bulan...

    Kak Rosmah Mansur kasi tau gitu tadi...


    :)
    Unknown said...
    cisss... kak ros tu jenis tak faham jiwa laaa.... org nak bayar muka inspira
    IMANSHAH said...
    saya setuju 1000
    Unknown said...
    boleh bayar tempah inspira kira ok la kannn...
    Mak Su said...
    maksu tunggu apa benefit yg berikan dalam bajet 2011 itew utk pekerja menumpang macam maksu ni.... (pekerja swasta yg dah mintak kerja kerajaan tapi tak dapat-dapat entah-entah sijil aku tak laku ker apa ker, oops), heh heh heh
    Unknown said...
    Pembentangan Bajet 2010 tentunya dinantikan oleh semua orang dengan persepsi masing-masing.

    insyaAllah ada le tu
    Unknown said...
    ehhh..... Pembentangan Bajet 2011 tentunya dinantikan oleh semua orang dengan persepsi masing-masing.

    hehehe!....
    Unknown said...
    SALAM,
    HEBAT JENAKA SHIFU NI (60 BIJI DAH CUKUP). LF KETAWA TERBAHAK2 TADI MENGINGATKAN KISAH LAMA. KISAH SEKARANG, TAK PAYAH CERITALAH !

    SIKIT JE FASAL BUJET BARU NI ! KALAU BUJET NI SBG BUJET P/RAYA, LF RASA GAGAL. SEBABNYA ...... PARA PEMBACA BOLEH FIKIRKAN !
    Unknown said...
    LF... dulu2 berapa biji buang batu sehari... jgn2 2 biji seklai buang kot... hehehe

    Bajet 2011.... kawe tak kisah kalau dikatakan bajet pilihanraya ke... bajet rosmah ke... bajet rakyat ke.... bajet lembu ke..

    kawe dah kata... "Pembentangan Bajet 2011 tentunya dinantikan oleh semua orang dengan persepsi masing-masing"

    tak ada yg mutlak atas dunia ni... kawe kata betul, demo kata salah... kawe kata slaah, demo kata betul... yg betul tak semestinya 'betul' sungguh, yang salah tak semestinya 'slah' sungguh

    renung2kannnnn, selamat beramallll (gaya Dr Izi kat Hot FM.. :)

    Kawe juga kata... "Bagi aku yang hanya mendapat 'R' kertas Ekonomi STPM..... tentunya tak akan tercapai diakalku unuk membuat ulasan hal yang berkaitan dengan ekonomi negara"

    DAN tentunya... kumpulan org2 yg merancang bajet tu bukan yg dapat 'R' kertas ekonomi STPM

Post a Comment