Monday, June 30, 2008

3 dalam 1

00 JUN29 2008

Bebarapa hari merancang..... akhirnya tiba hari kemuncak. Hari ini kami sekeluarga mengadakan majlis 'bekwoh' yang agak besar buat pertama kalinya.

Sebagai langkah berjimat-cermat di era 'semua naik' ni.... aku merancang 3 majlis serentak.

05 JUN29 2008

Ketua Cheff.... terima kasih Kak Wan Gayah.

06 JUN29 2008Terima kasih juga kepada semua krew 'ju gulai'. Mujur ada ramai 'anok-beranok' pakar-pakar dalam hal 'bekwoh' ni.

Matlamat utama ialah mengadakan Majlis Kesyukuran untuk anak sulong aku yang akan ke Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa bulan depan. Disamping itu, niat utama ialah sebagai meraikan bekas guru-guru yang mendidik anak aku tu selama ini. Maka aku jemput guru-gurunya semasa sekolah rendah dan sekolah menengah. Jamuan makan tengahari ini tidak dapat membalas jasa mereka semua. 03 JUN29 2008

Aku cuma hendak berkongsi kegembiraan kami sekeluarga bersama-sama guru-gurunya yang selama ini bertungkus lumus mengajar anakku tanpa jemu. "terima kasih cikgu"

Selain daripada bekas guru-guru anakku... kami juga menjemput rakan-rakan sekerja di sekolah masing-masing. Menjelang tengahari, seperti yang dirancang berduyun-duyun yang datang ke rumah. Alhamdulillah!.... lauk cukup, hehehe!04 JUN29 2008

Tetamu terakhir pulang selepas maghrib. Fuhh... selesai babak pertama, terus bersiap untuk majlis sebelah malam pulak.

Malamnya aku jemput 'ore kampung' dan jiran tetangga ke rumah selepas Isyak. Majlis kedua... 'Sembahyang Hajat'..... sebagai tanda memohon kesejahteraan kami sekeluarga. Selepas itu terus 'mengaatip' (tahlil) untuk arwah mak.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Letih tetapi kami puas.02 JUN29 2008

Wednesday, June 25, 2008



Semalam entah kenapa aku terbelek album gambar lama yang tersimpan dalam almari. Dalam banyak-banyak album itu tentunya 3 buah album kenangan semasa mengikuti Kursus Kejurulatihan Olahraga selama 16 hari di Kuantan pada 1998. Kursus yang dikendalikan oleh Hanapiah Nasir (Ketua Jurulatih Kebangsaan) memang cukup mencabar. Siapa yang menghadirinya.... sendiri tau la!

Kebetulannya semalam juga aku menerima surat jemputan Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Olahraga PPD Bachok. Wah!... dah 10 tahun rupanya aku bergelumang dengan kejurulatihan olahraga, patutlah rasa letih! Banyak suka duka yang dilalui menjadi jurulatih olahraga. Saat kegemilangan seronok dikenang. Saat kecundang.... pilu tak ketahuan.
smk badak
Tidak ramai yang faham bagaimana sukarnya menjadi seorang jurulatih. Setiap hari sekurang-kurangnya 2 jam berpanas di atas trek. Bertahun-tahun masa diambil untuk melatih seorang atlit sebelum boleh menuai hasil. Itu pun belum tentu lagi akan menjadi.

2008-06-25_003314Kalau dulu.... apa sahaja pekerjaan aku dahulukan soal latihan olahraga, rela berperang dengan sesiapa sahaja, semua urusan lain hanya selepas selesai soal latihan. Anak bini di rumah dah masak dengan rutin aku yang hanya berada di rumah buat seketika selepas waktu sekolah dan jam 3:30 petang aku akan ke padang dan balik sebelum maghrib. Bila masuk latihan pusat.... jadual latihan pagi dan petang dan biasanya aku tidur di pusat latihan. Hari minggu tak payah nak mimpi la untuk bersantai.

Khairul AkhyarBerkorban apa saja demi kepuasan sebagai jurulatih. Dan aku memang puas dengan apa yang telah aku lakukan. Emmm..... Selama ini tak pernah ambil peduli pun dengan apa yang telah berlaku. Tetapi hari ini, bila aku ingat-ingat semula... tempoh 10 tahun ini terlalu banyak kenangan yang boleh ditulis dan mungkin boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja. Walaupun ceritanya bukanlah hebat... kerana aku hanyalah sebahagian jurulatih 'kecil' sahaja disebalik kehebatan seorang atlit.

Monday, June 23, 2008

Bakar1


Setelah 100 hari selesai pilihanraya ke-12 (dan BN Kelate kalah lagi huhuhu!) .... rasanya sudah tiba masanya untuk aku membersihkan semua bahan-bahan pilihanraya yang bertimbun di rumah.

Kalau semasa tempoh kempen pilihan raya, semua bahan-bahan itu merupakan MAKLUMAT SULIT dan diburu oleh ramai orang.
Bakar2
Tidak ramai yang tahu... semasa tempoh sibuk-sibuk pilihanraya itu kebanyakkan MAKLUMAT SULIT aku yang urusan dan aku beroperasi di rumah sahaja.

Walaupun semua ini kelihatan tidak penting lagi... tetapi aku tetap uruskan kerja-kerja pembersihan/pembakaran secara sulit juga.... hehehe!

Sunday, June 22, 2008

windows live Sudah beberapa hari hendak meneroka kemudahan Windows Live. Hanya malam ini baru ada kesempatan untuk menginstallnya, walaupun sudah lama download setupnya.

Sementelahan menggunakan Windows XP dan Microsoft Office yang semuanya ORI, mengapa tak gunakan semua kemudahan yang disediakan ini kaannn!

Apa-apa pun... yang paling hendak aku gunakan ialah Windows Live Writer. Fungsinya untuk memudahkan melakukan entry kepada blog milik kita. Maknanya, kita boleh menulis semasa offline atau bila-bila masa sahaja, kemudian bila dah siap baru kita boleh publish. Yang menariknya kita boleh tetapkan apa sahaja blog yang kita miliki seperti blog dari blogger ini.

Kemudahan-kemudahan yang lain mungkin biasa sahaja.. seperti mesengger dan log in email. Konsepnya ialah.... all in one place

Namun... pilihan ditangan kita, tentunya masing-masing ada selera sendiri!

Saturday, June 21, 2008

Operasi.... ( lum pikir nak bagi nama apa, hehehe! )
Tarikh : 20 Jun 2008
Hari : Jumaat
Misi : Bawa balik....

6:30 Pagi - Memulakan perjalanan. Tanah baru nak cerah tak cerah lagi.... Pagi Jumaat, jalan kosong boleh speed sikit. Sampai di Kok Lanas isi minyak penuh tangki.... RM79.00 dan terus menuju Machang - Tanah Merah - Jeli.

Sampai di Bukit Bunga..... berhenti nak 'beli'.... hok anak pesan, kemudian teruskan perjalanan.

Seperti biasa... cabaran perjalanan membelah Timur dan Barat hanya akan bermula selepas Kampung Batu Melintang. Melintasi sahaja kawasan kedai-kedai di situ, maka bermulalah keceriaan pemanduan yang akan ditemani keindahan alam semesta.

Sudah 20 tahun aku melalui jalan ini...... banyak kejiadian dan perubahan yang boleh diceritakan. Sebagai 'Orghe Luar' .... Jalan Timur - Barat (tak layak nak disebut lebuhraya Timur - Barat) memang sinonim terutamanya bagi spesis seperti aku.

Ada satu perkara yang aku nak buat... tapi tak pernah buat sampai hari ini.... iaitu berhenti di tanda sempadan antara Kelantan dan Perak dan ambil gambar. Entah kenapa, sampai hari ni tak pernah buat, walaupun setiap kali melaluinya, memang terfikir nak bergambar di situ.

Tidak lama melepasi sempadan, kita akan sampai di kawasan rehat yang ditandakan sebagai puncak tertinggi Titiwangsa. Sampai di situ.... terasa ingin berhenti. Selama ini aku tak pernah berhenti di sini. Berhenti kali ini, sebenarnya kerana teruja melihat pemandangan yang cukup indah. Selama ini aku tak sempat nak ambil peduli pun!

Pemandangan pagi seperti ini memang jarang-jarang dapat dilihat... ( kerana bukan selalu kita berada di sini sebenarnya ) Sisa-sisa 'jiwa pencinta alam' aku kembali muncul. Huh!... bila kali terakhir aku camping dalam hutan atau atas bukit/gunung seperti ini? Mungkin 20 tahun yang lalu.

Perodua Rusa yang sudah 8 tahun berjasa



Sofia masih lena



Perjalanan lancar dan jalan agak kosong, cuma sesekali jumpa trelar balak atau pun trelar-trelar barang yang lain. Mungkin itu antara perubahan yang berlaku... kalau dulu selalu disebut lori balak, tapi sekarang ni aku lihat bukan lori dah yang angkut balak, tapi trelar yang panjang-panjang.

Ada satu lagi perkara yang aku perasan ialah... sekarang ni sudah ada papan tanda amaran kawasan lintasan gajah dan panduan jika berjumpa dengan gajah di sini. Panduan apa yang patut dilakukan.... tapi semuanya dimulakan dengan perkataan 'jangan'.... hehehe

Jangan cemas
Jangan bunyikan hon

Jangan membaling apa-apa objek
Jangan....

Itulah antara perkara yang 'jangan' anda lakukan jika terjumpa gajah lepak atas jalan Timur - Barat ni. Tapi janganlah takut.... kerana selama aku melalui jalan ini hanya 3 kali pernah terjumpa dengan situasi itu. Nasihat aku.... mudah saja..... elakkan melalui jalan ini pada 'waktu-waktu' gajah turun ke jalan ( melintas jalan ) Bila waktunya tu..... haaa yang tu kena tanya orang yang berpengalaman dengan jalan ini.

10:00 pagi - Sampai di R&R Perah, Grik..... rehat kejap sambil makan-makan kerana masih belum makan apa-apa sejak bertolak pagi tadi.

Selepas kenyang... teruskan pemanduan menuju Kulim. Aku lebih selesa menuju Lebuhraya Utara - Selatan dari sini. Mungkin ada yang kata... ikut Sungai Petani pun boleh... dan mungkin juga ada yang kata... tak payah ikut Lebuhraya Utara - Selatan pun boleh. Semua boleh, sebenarnya.... cuma aku lebih selesa ikut jalan ini, itu saja! Walaupun kena bayar tol.... RM1.60 x 2 dan tol Lebuhraya Utara - Selatan RM 12.20 sehala

Sampai di Exit Alor Star Utara... tangki dah hampir kosong..... Isi penuh semula... RM95.00, fuhh! boleh tahan. Pukul 2:00 sampai di Kolej Mara Kuala Nerang.

3:00 petang - Memulakan perjalanan pulang, setelah anak dara aku menghabiskan saat-saat terakhirnya di sini bersama kekawannya.

Seperti biasa.... singgah di R&R Gurun.... pasal nak minum cendol. Tapi tak kan la cendol saja kan... paling-paling tidak pun pekena laksa atau mee kari semangkuk. Lepas selesai 2 mangkuk cendol, teruskan perjalanan dengan tenang.... tidak seperti selalu bila memandu di lebuhraya Utara - selatan, hari ini aku drive dengan kelajuan ikut papan tanda... tak lebih 110 km/j

Tak ada apa-apa yang hendak di kejar... maka mood pemanduan aku tidaklah brutal sangat... masih terus kekalkan kelajuan sekitar 110 km/j. Pukul 6 sampai di Hentian Perah semula. Makan lagi.

Lepas Maghrib... teruskan perjalanan mendaki banjaran Titiwangsa. Semakin lama, cuaca semakin sejuk dan jelas kabus sudah mula turun dan jalan basah lepas hujan. Emmm!.... selalunya masa-masa gini la kalau geng-geng gajah kat sini nak lintas jalan... tengok keadaan la, kalau nasib baik jumpa la. Entah kenapa... aku macam mengharap agar terjumpa dengan gajah... nak ambil gambar... hehehe!

Sampai di Batu Melintang... tangki dah kosong semula... isi lagi RM50.00. Sampai di rumah dalam jam 10:00 lebih. Mandi dan terus tidur.... Habis sehari atas 'tembok'.... 955 KM lebih kurang perjalanan pergi dan balik. Badan dah letih... esok ada kena bagi kursus di SK Tanjung Jenera. Ok untuk itu.... malam ni baik aku 'jenera' dulu.

CATATAN:
Mengapa drive tak lebih 100 KM/j.... sebenarnya ( selain tak ada apa yang hendak dikejar ) entah kenapa bila memasuki Lebuhraya Utara -Selatan, enjin Rusa aku jadi tersedut-sedut terutama semasa menukar giar. Setiap kali hendak memotong... memang terasa enjin makin tersedut-sedut.

Dulu aku pernah kena situasi yang lebih teruk iaitu enjin menjadi seperti kehilangan power... bila hantar servis, rupanya filter minyak petrol dah tersumbat dengan karat minyak. Sejak itu aku tak isi minyak sembarangan.... maknanya aku tak isi minyak kat petrol pam kecik yang meragukan!

22.06.2008 - Lepas sekolah aku terus pergi servis Rusa kesayangan aku ni.... Rupanya 3 line kabel plug dah kondem... sebab tulah enjin jadi tersedut-sedut. Maka hari ni habis la dekat RM200 tukar kabel plug dan tukar juga filter minyak petrol yang dah lama tu. Sebelum kejadian dulu berulang baik la aku tukar yang baru, lagi pun harganya hanya RM30 lebih je! Bulan depan nak ke KL.... jadi baik la siap awal-awal.

p/s.... buka fail rekod servis.... emmm... untuk servis akan datang dinasihatkan tukar timeingbelt (betul ke aku eja ni?) dan filter apa tah satu lagi tu, supaya enjin tetap tip top.

Thursday, June 19, 2008

Infomasi Blogger


Petang tadi dapat email dari kawan lama.... Opss, baru teringat dengan emailnya sebelum ini yang mintak aku send banner yang aku gunakan sebagai button hyperlink di dalam blog aku.

Malamnya aku tengok dia masukkan entry tentang banner ini di dalam blognya di atas (sila klik banner di atas). Wah!... banner cikai cam ni pun dia masukkan dalam blog juga.

Dia siap tulis...."Saya belum sampai ke tahap kekreatifan sebegini. InsyaAllah saya akan belajar daripada beliau."

Iksss.... biar betul Lukman.... mana la ada kreatif banner yang aku buat tu. Banner tu simple saja, aku hanya copy & paste je tu.

Tapi aku memang 'tabek spring' kepada dia kerana sanggup menyediakan blog yang memuatkan 'cerita-cerita' blog memblog ni.

............................................................
p/s
Entry sambil-sambil tunggu nak tengok bola Euro 08.... hehehe


Tuesday, June 17, 2008

Seperti biasa tahun ini Team Penguji Bakat (TID), Unit Sukan JPN Kelantan, bergerak ke daerah-daerah seluruh negeri untuk menguji dan mencari bakat sukan dikalangan pelajar.

Tahun ini kami kepada dua kumpulan supaya dalam sehari, Ujian TID dapat dijalankan didua daerah.

Team aku bermula di Gua Musang, daerah paling jauh di Kelate. Maka terpaksalah bertolak dari rumah 'sesudah subuh'.... dengan perkiraan akan sampai jam 9:30 pagi.

Sampai di SMTIP2 ..... Meor selaku 'tuan rumah' sudah menyediakan semua keperluan dan sudah menyiapkan Ujian Bahagian A - Anthropometric. Senang la sikit kerja kami. Mujur juga lagi tak ramai yang hadir, hanya sekitar 60 orang saja murid yang hadir.

Lagi pun dalam surat panggilan.... sudah dinyatakan hanya murid yang tinggi tidak kurang 150 cm sahaja yang layak. Kalau yang kemetot datang juga semasa hari ujian, kami reject terus. Ketinggian 150 cm tu pun yang paling minima kerana Sekolah Sukan Bukit Jalil & Bandar Penawar sudah menetapkan ketinggian 160 cm ke atas.



Sunday, June 15, 2008

Petang tadi seperti biasa aku berriadah di belakang rumah. Tak Tau nak buat apa, aku ambil mesin rumput dan mesin rumput yang baru dipotong minggu lepas.

Kemudian Mem aku panggil, call dari Imy katanya.... bunyi suara sedih je.

Emmm.... apa hal pulak anak aku ni, ada masalah apa pulak kat asrama. Itu yang bermain dalam fikiran aku.

Bila aku angkat telefon.... sayup-sayup aku dengar suara Imy, yang mengucapkan Selamat Hari Bapa. Tak dapat beli hadiah apa-apa katanya dengan sedih. Wah.... ucapan itu pun dah cukup untuk Abah!

Emmm.... Imy memang perihatin hal-hal yang begini, sebab tu mungkin dia agak sensitif.

Malamnya pula terima sms dari Kakak, dengan ucapan Selamat Hari Bapa. Anak dara aku ni memang susah sikit kalau bercakap secara terus dengan aku, apa-apa hal dia hanya cakap dengan Maknya saja.

Malam tadi juga dia berbual dengan Maknya.... Mem aku kata, dia tanya kakak, tak beli hadiah ke sempena Hari Bapa untuk aku. Kakak kata sudah, dah bagi katanya.

Aikk...bila Kakak bagi hadiah kat abah.

Sambil ketawa Kakak kata.... dia dah bagi hadiah kat Abah.... hadiahnya ialah kejayaannya ditawarkan Kursus B.Ed (TESL) di Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa (IPBA) tu lah.

Oooo.... bijak.... hehehe!

Apa-apa pun, sebagai Bapa / Abah memang berbesar hati dan sentiasa bangga dengan Kakak dan 'hadiah' itu memang cukup bererti.

Buat anak-anak..... kasih dan sayang Abah untuk semua.

Rezeki terpijak

Dalam duk bising-bising kerana kerajaan dianggap ZALIM apabila menaikkan harga minyak baru-baru ini, tanpa disangka-sangka pulak seluruh negara bersukaria mendapat 'rezeki terpijak'

Dalam duk kutuk-kutuk kerajaan yang dianggap ZALIM kerana menaikkan harga minyak, tak ada sesiapa pun yang teringat hendak berterima kasih kepada kerajaan apabila hulur IC dapat RM600 lebih.

"Oppsss... nak berterima kasih buat apa kannnn..., kan kerajaan Malaysia ni ZALIM"

Demikianlah lumrah manusia... terutamanya rakyat Malaysia.

Begitu hebatnya rakyat Malaysia.... hari jumaat berkumpul ramai-ramai kutuk kerajaan, hari sabtu kumpul ramai-ramai dapat duit dari kerajaan.... hehehe!

Barang kali yang awal-awal lagi serbu Pejabat Pos ialah mereka yang berarak ramai-ramai petang jumaat tu lah agaknya.


Tuesday, June 10, 2008


Tiada khabar yang paling menggembirakan ibu dan bapa setelah apa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Setelah berbulan-bulan dalam penantian akhirnya cita-cita tercapai juga.....

"Ekhemm..... cita-cita siapa ni? Cita-cita anak ke cita-cita mak bapak?.... hehehe

Tak kisah la.... yang pentingnya, mem aku dah bersorak gembira... alhamdulillah, kakak dapat juga masuk maktab.

Akhirnya dilema berbulan-bulan ini sampai ke penghujungnya.

Bermula dengan temuduga TESL UITM yang gagal kerana semasa mengisi UPU pilihan pertama kakak ialah Perakaunan.

Tawaran Diploma Perakaunan UITM dan Matrikulasi Perakaunan di Kolej Mara Kuala Nerang. Timbang punya timbang, tanya sana, tanya sini dengar semua cerita dari mak bapak yang pernah lalui semua ini.

Yang itu kata matrik bagus, yang ini kata diploma bagus. Yang itu kata begini, yang itu kata begitu. Sehinggalah minggu terakhir, setelah pertimbangan yang difikirkan wajar akhirnya matrikulasi yang dipilih.

Nampaknya 'jodoh' dengan matrikulasi tidak panjang, kerana apa yang diimpi-impikan (oleh mak dan abah yang tentunya) terlah menjadi nyata.

"Yahoooo...... anak aku dapat masuk maktab, bakal cikgu TESL, syukur.... alhamdullah"

Sunday, June 8, 2008

Last Day Cuti

Selamat Ulang Tahun Keputeraan Agong...... apa yang bestnya? bertambah la lagi sehari cuti. Alamak hari ni dah last day cuti. Esok kembali berbakti untuk nusa bangsa... hehehe!

Pagi-pagi mem ajak pegi pasar.... nak beli barang-barang untuk anak yang nak balik asrama. Tup tap tup tap.... dah tengahari, dah masuk time mengantuk la pulak.

Dua minggu cuti berlalu..... apa yang dibuat? Rancang nak kemas-kemas rumah. Tapi dah nak habis cuti ni, rumah duk macam tu gak.

"Tak pe la... nanti cuti bulan 8 ni la kita kemas rumah... hahaha!"

Baik aku tidur la dulu....

Huh... senangnye hidup. Orang kaya mana boleh buat macam aku buat ni... kalau menteri lagi la jenuh. Sebab tu aku tak komplen dan tak dengki kalau gaji menteri ribu-ribu pun... hahaha!


Saturday, June 7, 2008

Daulat Tuanku

Thursday, June 5, 2008

Rakyat Malaysia sekali lagi jadi kelam-kabut semalam. Memang sadis bila mendengar pemgumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan. Kenaikan yang tertinggi dalam sejarah.

Menjelang tengah malam semalam, semua orang serang stesyen minyak nak isi penuh tangki. Fenomena biasa rakyat Malaysia. Samalah dengan situasi bila setiap kali kerajaan naikkan harga rokok.... hehehe!

Antara yang sokong dengan yang bantah..... tentunya sampai kiamat pun tak akan dapat disatukan, kerana sudah fitrahnya begitu. Kalau tidak... bukanlah namanya penyokong dengan pembangkang.

Namun tentunya, 'berat mata memandang.... berat lagi bahu memikul'. Di negara kita ini memang ramai bijak pandai, yang tentunya apa yang dilakukan oleh kerajaan semalam pun hasil jalan yang difikirkan oleh bijak pandai dalam bidang yang berkaitan. Tentunya bukan pakai pandai-pandai Pak Lah sorang-sorang je yang buat begitu.

Dalam situasi realiti, memang itulah yang berlaku.... ada ramai bijak pandai, ada ramai yang memberi cadangan tetapi akhirnya kita mesti 'MEMILIH' antara banyak-banyak cadangan dari seramai-ramai bijak pandai itu.

'MEMILIH'...... mengakibatkan ada yang tidak terpilih. Realitinya bukan bermakna yang dipilih itu betul dan yang tidak dipilih itu tidak betul dan juga sebaliknya. Maka sekali lagi... cadangan, langkah, pemikiran yang dipilih akan difikirkan betul oleh pencadangnya yang bijak pandai dan cadangan yang tidak dipilih juga difikirkan begitu oleh bijak pandai yang memikirkannya.

Bagi yang dipilih... akan terkial-kial untuk membuktikan buah fikiran mereka betul dan bagi yang tidak terpilih akan terus-terusan cuba membuktikan apa yang telah dipilih tidak betul. Itu resam kehidupan.

Cuma bagi yang 'tidak betul' ..... mereka akan kata tetap tidak betul, hatta yang betul sekali pun, dan mereka akan laungkannya ditepi jalan..... berdemo!

Betulkah.... rakyat akan terbeban dengan kenaikan harga minyak? Jawapannya tentulah berbagai versi.

Soalnya.... yang naik telah pun naik. Melaunglah sekuat mana pun, yang naik tetap akan naik. Tak payahlah nak kata.... "kalau aku yang....... aku tak akan buat begitu..... aku akan buat begini" ( versi lain.... "kalau barisan &%$#@&*$ yang....... )

Malam ini, antara berita yang paling signifikan ialah..... Perodua mensasarkan penjualan kereta mereka akan meningkat!...... viva.....viva... ariva... ariva!

Suka atau tidak suka..... apa yang sepatutnya dilakukan ialah ubah sikap bukannya ubah gaya hidup. Pilihan ditangan kita.... contohnya nak pakai kereta Proton Perdana atau kereta Perodua Viva. Dah kalau nak pakai Perdana jugak.... apa yang nak dibisingkan.

Dan aku tetap dengan Perodua Rusa bila nak keluar satu family.... dan dengan Iswara bila keluar berdua dengan mem!

Ukurlah baju dibadan sendiri.... jangan nak sibuk-sibuk ukur baju dibadan orang lain!

.............................................................................

Huh.... malaslah nak fikir masalah global kat atas tu.

Yang aku tension dua tiga hari ni, line streamyx yang slow ni, banyak kerja aku terganggu. Nak publish entry ni pun terkial-kial.



Sunday, June 1, 2008

Semalam, tetiba je laptop aku tak leh nak shutdown.... apa puncanya aku pun tak tau. Seingat aku semua tu berlaku selepas aku install update itunes. Selepas tu... laptop aku dah tak boleh off. Setiap kali aku klik turn off, laptop aku akan restart semula.

"Huh tak kan la 24 jam nak kena on je laptop aku ni"

Selepas beberapa kali cuba nak shutdown..... akhirnya system pun dah error. Bila aku hantar report ke Microsoft..... aku dapat message kat atas tu!

"Aikk!.... ni semua kes Nero"

Mungkin jugak la kot, pasal sebelum ni aku ada masalah bila nak burn CD. Tapi kerana bukan selalu nak burn CD, aku buat tak kisah je la. Kemudian aku uninstall Nero.... tapi masalah tak selesai jugak. Sehinggalah keluar message.....

Windows could not start because the following file is missing or corrupt.....
\WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SYSTEM

- you can attempt to repair this file by starting windowss setup using the original Setup CR-ROM Select 'r' at the first screen to start repeair


Emmm.... bukan selalu kan kita dapat message seperti di atas. Bak kata Nujum Pak Belalang.... jaraghang.... jaraghang! Masalah system yang corrupt seperti ini tentunya akan membuat ramai orang gelabah. Aku sendiri pun sebenarnya paling menyampah bila dapat masalah seperti ini.

Ok.... apa yang perlu dilakukan bila masalah seperti ini berlaku? Tentu bukan semua orang akan dapat 'memulihkan' semula komputer masing-masing, maklumlah kita ni kan 'end-user' sahaja. Bukan semua orang bersedia dan hendak fikir tentang masalah system.

Tanyalah kepada sesiapa pun tentu jawapan yang akan anda dengar ialah.... "alaaa.... format dan install la semula Windows" Senang saja kan bunyinya. Betul ke semudah itu? Tanya diri anda, berapa kali anda buat kerja format memformat ni? Huh... aku sendiri pun sebenarnya tak pernah buat sendiri, walaupun aku sering gunakan ayat tadi bila orang tanya.... hehehe!

Betul.... aku memang tak pernah buat kerja format memformat ni, kerana bila ada masalah aku akan cari otai-otai yang pakar dalam bab ni. Mujur la ramai kekawan jurulatih ICT yang ada kepakaran masing-masing dan rela disumbat dengan hal-hal seperti ini. Dikalangan kekawan tu, bila ada masalah system macam ni, kami call & jumpa Cikgu Zul Kolam (Zull, aku bagi promo free ni) Selalunya aku serahkan saja kat dia.... pengerasnya hanya sekadar 'milo beng'... hehehe!

Tapi bukan semua orang boleh buat macam tu, kerana bukan semua orang ada networking puok-puok 'gilo' ICT ni.

Nak format sendiri pun tak boleh, nak minta tolong kawan pun tak ada.... maka jalan paling mudah tentunya anda akan hantar kedai..... dan sah anda akan dapat bill paling sikit pun RM50. Begitulah senarionya.

Ok... jom kita cakap-cakap pasal format memformat! Seperti yang aku cakap tadi, bunyinya macam mudah sahaja..... tapi sebenarnya bukan semudah itu!

Kita selalu dengar kenyataan.... 'mencegah lebih baik daripada mengubati' Bacalah panduan atau tips langkah-langkah keselamatan komputer, semuanya akan menyenaraikan hal-hal pencegahan. Tetapi maklum sajalah.... kita kan insan yang lemah dan selalu lalai. Samalah dengan kempen berhenti merokok.... ramai yang baca risalah 'bahaya rokok' sambil hisap rokok... hahaha!

Kita juga akan selalu diberitahu.... buatlah beckup fail. Soalnya, berapa ramai yang ikut panduan tu.... sekali lagi, hehehe faham-faham je la!

Kita juga akan diberitahu.... pindahkan dulu fail-fail penting sebelum nak format. Soalnya, masalah system selalunya berlaku tanpa diduga dan dalam kebanyakkan kes, memang tak sempat nak pindahkan fail pun.... tetiba je pc jadi hitam/biru, nak pindahkan fail cam mana?

Aku selalu nasihatkan...... pastikan fail-fail kerja anda diletakkan di partition D, jangan simpan apa-apa pun di partition C. Dalam erti kata lain.... partition C hanya untuk program file sahaja. Sekurang-kurangnya bila anda buat kerja format.... yang hilang hanyalah program file sahaja dan boleh diinstall semula. Kalau fail kerja yang hilang.... alamat melaung tak berair mata la.

Mungkin ada yang kata.... "kita boleh selamatkan fail-fail walaupun yang dah di delete"... sekali lagi memang senang didengar dan sekali lagi aku nak kata realitinya bukan semudah itu. Dan aku fikir bukan semua orang yang sanggup terbelek-belek nak selamatkan fail-fail tu (pengalaman aku la... hehehe). Ini semua ada kena mengena dengan 'amalan baik' pengurusan folder!.... nasihat aku..... "tolonggg la uruskan folder anda dengan baik" Kalau anda jenis pakai letak je fail-fail anda... memang sah la anda akan meraung tak berlagu!

Sekarang.... jom kita format hardisk. "opppsss.... tungguuuuuu!" jangan ghairah sangat. Sebelum nak format, pastikan semua cd driver komputer anda ada. Haaa.... yang ini selalunya jarang orang bagi tau. Selalunya orang bagi tau macam mana nak format saja. Kalau cd driver tak ada, sah lepas format nanti ada la device anda yang tak akan berfungsi. Maka pastikan driver sound card, video, wiyerles dan sebagainya ada.

Mungkin ada yang kata.... tak pe... driver tu boleh download nanti. Sekali lagi senang je kan bunyinya, tetapi betul ke macam tu!. Dan sekali lagi aku rasa..... bukan semua orang yang ambil berat nak simpan semua driver-driver ni, kerana maklum sajalah, bukannya hari-hari nak pakai, dan akhirnya tak ingat letak kat mana. Contoh paling mudah ialah cd driver printer.... selalu bila aku tanya, mesti ramai yang jawab.... "tak tau la... hari tu ada, simpan kat sini la" ( 'hari tu'.... maksudnya 2 tahun dulu... hehehe)

Haaa... sekarang anda tentu faham, mengapa anda dicas RM50.... hehehe!

Ok... malam tadi laptop aku siap di format dan diinstall semula Windows XP, lepas tu install semula Ms Office ( Semuanya ori tau! ) Hari ni hanya perlu install semula software-software yang aku perlukan.

Sebagai akhirnya.... aku selalu kata kata kat sesiapa pun..... kalau pakai Windows harga RM5 emmm tak payah la nak bising-bising kalau komputer anda kena format setahun dua tiga kali.