Monday, June 30, 2008
Bebarapa hari merancang..... akhirnya tiba hari kemuncak. Hari ini kami sekeluarga mengadakan majlis 'bekwoh' yang agak besar buat pertama kalinya.
Sebagai langkah berjimat-cermat di era 'semua naik' ni.... aku merancang 3 majlis serentak.
Ketua Cheff.... terima kasih Kak Wan Gayah.
Terima kasih juga kepada semua krew 'ju gulai'. Mujur ada ramai 'anok-beranok' pakar-pakar dalam hal 'bekwoh' ni.
Matlamat utama ialah mengadakan Majlis Kesyukuran untuk anak sulong aku yang akan ke Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa bulan depan. Disamping itu, niat utama ialah sebagai meraikan bekas guru-guru yang mendidik anak aku tu selama ini. Maka aku jemput guru-gurunya semasa sekolah rendah dan sekolah menengah. Jamuan makan tengahari ini tidak dapat membalas jasa mereka semua.
Aku cuma hendak berkongsi kegembiraan kami sekeluarga bersama-sama guru-gurunya yang selama ini bertungkus lumus mengajar anakku tanpa jemu. "terima kasih cikgu"
Selain daripada bekas guru-guru anakku... kami juga menjemput rakan-rakan sekerja di sekolah masing-masing. Menjelang tengahari, seperti yang dirancang berduyun-duyun yang datang ke rumah. Alhamdulillah!.... lauk cukup, hehehe!
Tetamu terakhir pulang selepas maghrib. Fuhh... selesai babak pertama, terus bersiap untuk majlis sebelah malam pulak.
Malamnya aku jemput 'ore kampung' dan jiran tetangga ke rumah selepas Isyak. Majlis kedua... 'Sembahyang Hajat'..... sebagai tanda memohon kesejahteraan kami sekeluarga. Selepas itu terus 'mengaatip' (tahlil) untuk arwah mak.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Letih tetapi kami puas.
Labels: Aku Versi Keluarga