Sunday, June 15, 2008

Selamat Hari Bapa

Petang tadi seperti biasa aku berriadah di belakang rumah. Tak Tau nak buat apa, aku ambil mesin rumput dan mesin rumput yang baru dipotong minggu lepas.

Kemudian Mem aku panggil, call dari Imy katanya.... bunyi suara sedih je.

Emmm.... apa hal pulak anak aku ni, ada masalah apa pulak kat asrama. Itu yang bermain dalam fikiran aku.

Bila aku angkat telefon.... sayup-sayup aku dengar suara Imy, yang mengucapkan Selamat Hari Bapa. Tak dapat beli hadiah apa-apa katanya dengan sedih. Wah.... ucapan itu pun dah cukup untuk Abah!

Emmm.... Imy memang perihatin hal-hal yang begini, sebab tu mungkin dia agak sensitif.

Malamnya pula terima sms dari Kakak, dengan ucapan Selamat Hari Bapa. Anak dara aku ni memang susah sikit kalau bercakap secara terus dengan aku, apa-apa hal dia hanya cakap dengan Maknya saja.

Malam tadi juga dia berbual dengan Maknya.... Mem aku kata, dia tanya kakak, tak beli hadiah ke sempena Hari Bapa untuk aku. Kakak kata sudah, dah bagi katanya.

Aikk...bila Kakak bagi hadiah kat abah.

Sambil ketawa Kakak kata.... dia dah bagi hadiah kat Abah.... hadiahnya ialah kejayaannya ditawarkan Kursus B.Ed (TESL) di Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa (IPBA) tu lah.

Oooo.... bijak.... hehehe!

Apa-apa pun, sebagai Bapa / Abah memang berbesar hati dan sentiasa bangga dengan Kakak dan 'hadiah' itu memang cukup bererti.

Buat anak-anak..... kasih dan sayang Abah untuk semua.

0 Comments:

Post a Comment