Saturday, June 21, 2008

Operasi.... ( lum pikir nak bagi nama apa, hehehe! )
Tarikh : 20 Jun 2008
Hari : Jumaat
Misi : Bawa balik....

6:30 Pagi - Memulakan perjalanan. Tanah baru nak cerah tak cerah lagi.... Pagi Jumaat, jalan kosong boleh speed sikit. Sampai di Kok Lanas isi minyak penuh tangki.... RM79.00 dan terus menuju Machang - Tanah Merah - Jeli.

Sampai di Bukit Bunga..... berhenti nak 'beli'.... hok anak pesan, kemudian teruskan perjalanan.

Seperti biasa... cabaran perjalanan membelah Timur dan Barat hanya akan bermula selepas Kampung Batu Melintang. Melintasi sahaja kawasan kedai-kedai di situ, maka bermulalah keceriaan pemanduan yang akan ditemani keindahan alam semesta.

Sudah 20 tahun aku melalui jalan ini...... banyak kejiadian dan perubahan yang boleh diceritakan. Sebagai 'Orghe Luar' .... Jalan Timur - Barat (tak layak nak disebut lebuhraya Timur - Barat) memang sinonim terutamanya bagi spesis seperti aku.

Ada satu perkara yang aku nak buat... tapi tak pernah buat sampai hari ini.... iaitu berhenti di tanda sempadan antara Kelantan dan Perak dan ambil gambar. Entah kenapa, sampai hari ni tak pernah buat, walaupun setiap kali melaluinya, memang terfikir nak bergambar di situ.

Tidak lama melepasi sempadan, kita akan sampai di kawasan rehat yang ditandakan sebagai puncak tertinggi Titiwangsa. Sampai di situ.... terasa ingin berhenti. Selama ini aku tak pernah berhenti di sini. Berhenti kali ini, sebenarnya kerana teruja melihat pemandangan yang cukup indah. Selama ini aku tak sempat nak ambil peduli pun!

Pemandangan pagi seperti ini memang jarang-jarang dapat dilihat... ( kerana bukan selalu kita berada di sini sebenarnya ) Sisa-sisa 'jiwa pencinta alam' aku kembali muncul. Huh!... bila kali terakhir aku camping dalam hutan atau atas bukit/gunung seperti ini? Mungkin 20 tahun yang lalu.

Perodua Rusa yang sudah 8 tahun berjasa



Sofia masih lena



Perjalanan lancar dan jalan agak kosong, cuma sesekali jumpa trelar balak atau pun trelar-trelar barang yang lain. Mungkin itu antara perubahan yang berlaku... kalau dulu selalu disebut lori balak, tapi sekarang ni aku lihat bukan lori dah yang angkut balak, tapi trelar yang panjang-panjang.

Ada satu lagi perkara yang aku perasan ialah... sekarang ni sudah ada papan tanda amaran kawasan lintasan gajah dan panduan jika berjumpa dengan gajah di sini. Panduan apa yang patut dilakukan.... tapi semuanya dimulakan dengan perkataan 'jangan'.... hehehe

Jangan cemas
Jangan bunyikan hon

Jangan membaling apa-apa objek
Jangan....

Itulah antara perkara yang 'jangan' anda lakukan jika terjumpa gajah lepak atas jalan Timur - Barat ni. Tapi janganlah takut.... kerana selama aku melalui jalan ini hanya 3 kali pernah terjumpa dengan situasi itu. Nasihat aku.... mudah saja..... elakkan melalui jalan ini pada 'waktu-waktu' gajah turun ke jalan ( melintas jalan ) Bila waktunya tu..... haaa yang tu kena tanya orang yang berpengalaman dengan jalan ini.

10:00 pagi - Sampai di R&R Perah, Grik..... rehat kejap sambil makan-makan kerana masih belum makan apa-apa sejak bertolak pagi tadi.

Selepas kenyang... teruskan pemanduan menuju Kulim. Aku lebih selesa menuju Lebuhraya Utara - Selatan dari sini. Mungkin ada yang kata... ikut Sungai Petani pun boleh... dan mungkin juga ada yang kata... tak payah ikut Lebuhraya Utara - Selatan pun boleh. Semua boleh, sebenarnya.... cuma aku lebih selesa ikut jalan ini, itu saja! Walaupun kena bayar tol.... RM1.60 x 2 dan tol Lebuhraya Utara - Selatan RM 12.20 sehala

Sampai di Exit Alor Star Utara... tangki dah hampir kosong..... Isi penuh semula... RM95.00, fuhh! boleh tahan. Pukul 2:00 sampai di Kolej Mara Kuala Nerang.

3:00 petang - Memulakan perjalanan pulang, setelah anak dara aku menghabiskan saat-saat terakhirnya di sini bersama kekawannya.

Seperti biasa.... singgah di R&R Gurun.... pasal nak minum cendol. Tapi tak kan la cendol saja kan... paling-paling tidak pun pekena laksa atau mee kari semangkuk. Lepas selesai 2 mangkuk cendol, teruskan perjalanan dengan tenang.... tidak seperti selalu bila memandu di lebuhraya Utara - selatan, hari ini aku drive dengan kelajuan ikut papan tanda... tak lebih 110 km/j

Tak ada apa-apa yang hendak di kejar... maka mood pemanduan aku tidaklah brutal sangat... masih terus kekalkan kelajuan sekitar 110 km/j. Pukul 6 sampai di Hentian Perah semula. Makan lagi.

Lepas Maghrib... teruskan perjalanan mendaki banjaran Titiwangsa. Semakin lama, cuaca semakin sejuk dan jelas kabus sudah mula turun dan jalan basah lepas hujan. Emmm!.... selalunya masa-masa gini la kalau geng-geng gajah kat sini nak lintas jalan... tengok keadaan la, kalau nasib baik jumpa la. Entah kenapa... aku macam mengharap agar terjumpa dengan gajah... nak ambil gambar... hehehe!

Sampai di Batu Melintang... tangki dah kosong semula... isi lagi RM50.00. Sampai di rumah dalam jam 10:00 lebih. Mandi dan terus tidur.... Habis sehari atas 'tembok'.... 955 KM lebih kurang perjalanan pergi dan balik. Badan dah letih... esok ada kena bagi kursus di SK Tanjung Jenera. Ok untuk itu.... malam ni baik aku 'jenera' dulu.

CATATAN:
Mengapa drive tak lebih 100 KM/j.... sebenarnya ( selain tak ada apa yang hendak dikejar ) entah kenapa bila memasuki Lebuhraya Utara -Selatan, enjin Rusa aku jadi tersedut-sedut terutama semasa menukar giar. Setiap kali hendak memotong... memang terasa enjin makin tersedut-sedut.

Dulu aku pernah kena situasi yang lebih teruk iaitu enjin menjadi seperti kehilangan power... bila hantar servis, rupanya filter minyak petrol dah tersumbat dengan karat minyak. Sejak itu aku tak isi minyak sembarangan.... maknanya aku tak isi minyak kat petrol pam kecik yang meragukan!

22.06.2008 - Lepas sekolah aku terus pergi servis Rusa kesayangan aku ni.... Rupanya 3 line kabel plug dah kondem... sebab tulah enjin jadi tersedut-sedut. Maka hari ni habis la dekat RM200 tukar kabel plug dan tukar juga filter minyak petrol yang dah lama tu. Sebelum kejadian dulu berulang baik la aku tukar yang baru, lagi pun harganya hanya RM30 lebih je! Bulan depan nak ke KL.... jadi baik la siap awal-awal.

p/s.... buka fail rekod servis.... emmm... untuk servis akan datang dinasihatkan tukar timeingbelt (betul ke aku eja ni?) dan filter apa tah satu lagi tu, supaya enjin tetap tip top.

0 Comments:

Post a Comment