Wednesday, June 25, 2008

10 Tahun Berpanas



Semalam entah kenapa aku terbelek album gambar lama yang tersimpan dalam almari. Dalam banyak-banyak album itu tentunya 3 buah album kenangan semasa mengikuti Kursus Kejurulatihan Olahraga selama 16 hari di Kuantan pada 1998. Kursus yang dikendalikan oleh Hanapiah Nasir (Ketua Jurulatih Kebangsaan) memang cukup mencabar. Siapa yang menghadirinya.... sendiri tau la!

Kebetulannya semalam juga aku menerima surat jemputan Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Olahraga PPD Bachok. Wah!... dah 10 tahun rupanya aku bergelumang dengan kejurulatihan olahraga, patutlah rasa letih! Banyak suka duka yang dilalui menjadi jurulatih olahraga. Saat kegemilangan seronok dikenang. Saat kecundang.... pilu tak ketahuan.
smk badak
Tidak ramai yang faham bagaimana sukarnya menjadi seorang jurulatih. Setiap hari sekurang-kurangnya 2 jam berpanas di atas trek. Bertahun-tahun masa diambil untuk melatih seorang atlit sebelum boleh menuai hasil. Itu pun belum tentu lagi akan menjadi.

2008-06-25_003314Kalau dulu.... apa sahaja pekerjaan aku dahulukan soal latihan olahraga, rela berperang dengan sesiapa sahaja, semua urusan lain hanya selepas selesai soal latihan. Anak bini di rumah dah masak dengan rutin aku yang hanya berada di rumah buat seketika selepas waktu sekolah dan jam 3:30 petang aku akan ke padang dan balik sebelum maghrib. Bila masuk latihan pusat.... jadual latihan pagi dan petang dan biasanya aku tidur di pusat latihan. Hari minggu tak payah nak mimpi la untuk bersantai.

Khairul AkhyarBerkorban apa saja demi kepuasan sebagai jurulatih. Dan aku memang puas dengan apa yang telah aku lakukan. Emmm..... Selama ini tak pernah ambil peduli pun dengan apa yang telah berlaku. Tetapi hari ini, bila aku ingat-ingat semula... tempoh 10 tahun ini terlalu banyak kenangan yang boleh ditulis dan mungkin boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja. Walaupun ceritanya bukanlah hebat... kerana aku hanyalah sebahagian jurulatih 'kecil' sahaja disebalik kehebatan seorang atlit.

6 Comments:

  1. lukmanw@gmail.com said...
    Sama-sama le kita berpanas ye Shifu. Cuma aku dah 20 tahun berpanas berhujan sampai ke border Tibet.

    Bezanya kau trek olahraga dan aku trek lumba. Sama-sama trek lumba tu. Bukannya trek lumba kuda!

    Harap-harap orang rumah aku "tak panas" tengokkan aku berpanas di dalam trek lumba yang "macam-macam ada" tu.

    Lukman
    Anonymous said...
    Inilah nama nya kerja seorang guru. Berpanas berhujan bertahun-tahun. Namun jasa dan pengorbanan jarang sekali orang endahkan.

    Walau pun demikian, demi masa, ikhlaskan hati, sudah banyak mu top-up pahala.

    Jeles ahh... aku lambat lagi 10 tahun top-up.
    Anonymous said...
    sama la kita shifu..kekadang segala jerit perih yang dilalui tidak mendapat merit dari 'insan' lain.
    sebaliknya bertan-tan demerit yang diberi.

    apc tak penah dapat walaupun macam2 sumbangan diberi..alasan..banyak tinggal sekolah.tinggalkan P&P.

    sedangkan bukan kita yang nak pergi.sumanya terpaksa pergi.

    kekadang sedey jugak...
    Unknown said...
    Merit merit ni dah lama terhapus dari kamus kehidupan... hehehe!

    Yang penting kerja seronok dan puas hati.

    Berkhidmat untuk negara!
    Unknown said...
    Salam ckgu..klu masih ade gmb2 sy zaman kgemilangan bole share x kt sy..trase rindu pulak..hahaha 0139191418
    Unknown said...
    Salam ckgu..klu masih ade gmb2 sy zaman kgemilangan bole share x kt sy..trase rindu pulak..hahaha 0139191418

Post a Comment