Saturday, July 5, 2008
Selepas post cerita Sofia tadi.... kat rumah terus blackout. Bila dah gelap-gelita ni, anak-anak cam biasa ajak ronda-ronda dengan kereta. Mem aku dah tido... kami pun keluar senyap-senyap. Pergi kedai beli aiskrim. Tapi malam ni tak ronda jauh-jauh la... minyak mahal, hehehe!
Pukul 12 lebih baru pulih semula. Bila on semula laptop.... wah! cikgooden dah bagi komen kat cerita Sofia. Dan aku pun teringat, masih belum buat link kepada blog dia, walaupun dah seminggu aku save logo blog dia.
Oooo! cikgooden baru balik kursus yerr! dan paling menarik ialah kartun yang penuh makna di entry baghu balik kursus...
Melihat kartun yang disiarkan oleh cikgooden.... aku teringat setiap kali aku mengendalikan kursus (dah lama tak jadi peserta kursus... hehehe!) Malam last aku selalu tayangkan beberapa video sebagai penutup sesi.
Jangan lupa password.... hehehe! Sorry video 18SX sikit!
.....................................
p/s
Tahun ni tak berpeluang keluar Kelantan... kerana kursus hanya dibuat di premis kerajaan sahaja. Bajet kursus kena potong. Tongkat dagu le Tokey hotel nampaknya tahun ni.
Labels: Aku Versi ICT, Aku Versi Kerja, Aku Versi Lelaki
dah ekonomi meleset.. terpaksalah kita hidup berjimat cermat :)
Dan syukur kerana tahap jimat cermat kita masih mampu makan di pizza hut, McD dan sejenisnya.
Tgh tadi belanja anak2 makan kat Noodle Station (yg harga airnya RM8.50 segelas)hehehe!