Friday, July 4, 2008

Sofia vs Youtube

sofiasincan1 Malam ini aku pasang semula kemudahan internet untuk anak-anak, selepas dua bulan perkhidmatan digantung.... hehehe!

Sofia dah lama pujuk supaya aku pasang semula... nak main game, nak tengok Sin Chan katanya..... please la abahh!

Yang sebenarnya aku malas nak tarik kabel RJ45 untuk sambung internet ke PC tua tu. Semalam aku belikan Aztech wireless adaptor untuk mengelakkan ada lagi yang tersepak kabel. Lagi pun bukannya mahal pun cuma RM55.00 untuk yang berkelajuan 54Mbs. Kelajuan itu sebenarnya sudah cukup untuk melayari internet bagi pengguna biasa seperti sofia.

Malam ini Sofia kembali dengan aktiviti mendownload cerita-cerita Sin Chan dan Sponge Bob kegemarannya. Ada satu lagi yang selalu dia buka ialah cerita-cerita wayang kulit.



Dalam bab-bab mencari games... dia mungkin lebih mahir. Games yang paling digemarinya dari web Barbie dan Disney. Kalau dengan mak dia, sah Sofia lebih mahir, kerana dia yang ajar maknya buka website secara 'Open in New Windows' atau 'Open in New Tab'. Dia buat begitu kerana semasa tengah tengok satu video, 'tab' yang satu lagi sedang 'buffer' video yg lain, jadi lepas tu dia boleh terus tengok video yang kedua. Seingat aku, aku tak pernah pun ajar dia buat cam tu, tapi dia selalu perhatikan macam mana aku melayari internet.

sofiasincan2Seingat aku Sofia dah mahir menggunakan mouse sejak umur 3 tahun. Masa tu aku biarkan dia bermain dengan Sebran. Video ni masa dia umur 4 atau 5 tahun... rasanya.

Yang tentunya... masa tu hampir tiap-tiap bulan aku terpaksa format PC kerana dikerjakan oleh anak-anak. Dulu aktiviti 'baloh' berebut guna PC berlaku tiap hari, tapi sekarang masalah tu sudah selesai, kerana setiap seorang sudah ada PC masing-masing.

2 Comments:

  1. Anonymous said...
    anak2 jangan jadi buta I.T..beysa2kanlah ngan PC.jangey sapa buto teghuh dih...
    Unknown said...
    Lepas post entry tadi... kat rumah terus blackout. Anak-anak cam biasa bila gelap-gelita cam ni, diorang ajak ronda2.

    Betul tu cikgooden... cuma kalau PC yg berinternet tu, pastikan letak kat luar... boleh la jeling2 web apa yg anak2 masuk.

    Tapi apa nak buat... dunia tanpa sempadan. Sorry lambat buat link blog awak, krn minggu ni bz sikit dan hujan tiap2 mlm

Post a Comment