Saturday, July 12, 2008

Lama tak berpanas....

Pemilihan Wakil Daerah ke Sirkit Olahraga MSS Kelantan.
Tarikh: 12 Julai 2008
Tempat: SMK Beris Panchor

panas08Tahun ini PPD Bachok akan menjadi tuan rumah Sirkit Olahraga MSS Kelantan yang pertama minggu hadapan. Hari ini, acara pemilihan bakal atlit yang akan mewakili PPD di adakan. Sampai pagi tadi, dah ramai yang ada, walaupun kini tidak semeriah dulu lagi.


panas00Sirkit Olahraga ini diadakan khusus untuk peserta-peserta baru yang bakal menjadi atlit utama tahun hadapan. Kejohanan ini merupakan kejohanan luar musim. Pesertanya pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan. Tahun 5, Tingkatan 1,2 & 4.

Aku seperti biasa bertugas sebagai Pegawai Teknik yang juga merangkap Panel Pemilih. Kejohanan berjalan lancar, dan sambutan agak menggalakkan. panas03200 orang atlit baru mencuba nasib.... walaupun 70 % daripada mereka selalunya tak melepasi tahap kelayakkan pun. Siapa yang tak melepasi tahap kelayakkan, aku 'tendang' macam tu je... balik berlatih lagi, itulah sedapnya jadi Panel Pemilih ni, hahaha!

panas06 Sambil-sambil tu tolong pegawai-pegawai kejohanan, kerana seperti biasa... bila mengadakan kejohanan pegawai tak cukup. Jadi kena la pah ke kito tarik tali tape!

Saja lepas rindu kepada panas matahari di trek...

panas07

panas05

panas04









panas02Pengerusi Teknik pun masih tarik tape lagi....

4 Comments:

  1. suara said...
    Salam...
    Teringat pulak zaman sekolah dulu. Cikgu nak cari sesiapa yg berbakat dlm sukan, disuruhnya semua pelajar try semua jenis olahraga.

    Lompat pagar dan lompat tinggi sudahnya jadi lompat langgar dan rempuh pagar... sukan yg di sertai cuma bola tampat dan merentas desa (selalunya jadi melawat dan meredah desa je..) hehe...

    Zaman sekolah mmg seronok...
    Anonymous said...
    teringat jugak zaman sekolah.ms tu semua pakak g training kt kompleks sekolah2 kota bharu.pahtu tanding di skolah tanah merah.mase tu sy masuk acara 200m
    mohad said...
    salam... apa khabar sekarang..
    cikgooden said...
    salam ziarah...lama menyepi. ada lagi ka?..sihat ka/..

Post a Comment