Saturday, July 12, 2008

Lama tak berpanas....

Pemilihan Wakil Daerah ke Sirkit Olahraga MSS Kelantan.
Tarikh: 12 Julai 2008
Tempat: SMK Beris Panchor

panas08Tahun ini PPD Bachok akan menjadi tuan rumah Sirkit Olahraga MSS Kelantan yang pertama minggu hadapan. Hari ini, acara pemilihan bakal atlit yang akan mewakili PPD di adakan. Sampai pagi tadi, dah ramai yang ada, walaupun kini tidak semeriah dulu lagi.


panas00Sirkit Olahraga ini diadakan khusus untuk peserta-peserta baru yang bakal menjadi atlit utama tahun hadapan. Kejohanan ini merupakan kejohanan luar musim. Pesertanya pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan. Tahun 5, Tingkatan 1,2 & 4.

Aku seperti biasa bertugas sebagai Pegawai Teknik yang juga merangkap Panel Pemilih. Kejohanan berjalan lancar, dan sambutan agak menggalakkan. panas03200 orang atlit baru mencuba nasib.... walaupun 70 % daripada mereka selalunya tak melepasi tahap kelayakkan pun. Siapa yang tak melepasi tahap kelayakkan, aku 'tendang' macam tu je... balik berlatih lagi, itulah sedapnya jadi Panel Pemilih ni, hahaha!

panas06 Sambil-sambil tu tolong pegawai-pegawai kejohanan, kerana seperti biasa... bila mengadakan kejohanan pegawai tak cukup. Jadi kena la pah ke kito tarik tali tape!

Saja lepas rindu kepada panas matahari di trek...

panas07

panas05

panas04









panas02Pengerusi Teknik pun masih tarik tape lagi....

Friday, July 11, 2008

Senamrobik PPD Bachok



robikppd01

robikppd02Alamak pagi ni ada senamrobik...... mujur aku tak sambung landing tadi. Minum air seteguk terus keluar. Dalam perjalanan... nampak pajero Pengarah kat belakang. Hehehe! sekurang-kurangnya aku sampai dulu daripada Pengarah.robikppd03

Sampai di SM Teknik... dah ramai yang berkumpul. Selepas sedikit ucapan acara diteruskan.

robikppd07


Eyahhhh.... kiri... kanannn.... depan... belakang.... 4 lagi


robikppd04

Kontingen SK Tangok.... sedang beraksi.

robikppd06


robikppd05

robikppd08











robikppd10Lepas senamrobik.... terus dengan acara makan-makan!

Thursday, July 10, 2008

Pokok Kenangan

Teringat tradisi orang-orang tua dahulu kala..... sebagai peringatan sesuatu untuk kenangan, mereka akan menanam pokok kelapa. Pokok kelapa itu akan menjadi rujukan dan tanda 'ikatan' yang telah tertanam dan akan terus hidup.

kakak tanam03

Minggu ini, merupakan minggu terakhir kakak berada di rumah. Minggu hadapan, kakak akan mendaftar di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, untuk mengikuti pengajian B.Ed ( TESL) selama dua tahun, dan insyaAllah selepas itu akan ke UK selama tiga tahun.

Minggu ini juga merupakan minggu terakhir kakak dibawah 'jagaan' abah dan mak. Mulai minggu hadapan, kakak akan mula melangkah sebagai seorang 'dewasa'. Dalam kebanyakkan hal... kakak perlu mengambil keputusan sendiri dan tidak boleh lagi bergantung kepada abah dan mak.

kakak tanam01Sebagai tanda kenangan.... abah carikan sepohon longan (mata kucing) spesis terbaik untuk kakak tanam. Pokok yang kakak tanam ini sebagai simbol.... walau sejauh mana kakak pergi.... kakak tetap di sini! kakak tanam02

Monday, July 7, 2008

Protes Konsert Tonggeng

Selepas tamat pilihanraya hari tu, aku dah tutup semua aktiviti kepolitikan dan kepartian. Bagi aku selepas habis tempoh kempen dan selepas selesai memangkah, maka selesailah tanggungjawab sebagai seorang pengundi/pemilih.

Selepas itu, semua sepatutnya kembali ke posisi asal dan buat kerja. Parti yang menang sudah membentuk kerajaan. Malahan sudah habis pun tempoh 100 hari pembentukan kerajaan. Suka atau tidak suka.... hakikatnya kita sudah diberi peluang untuk memilih dan kita sudah memilih.

Namun sebagai 'ore biasa'.... kita sentiasa mengikuti kerancakkan dan kerencaman dunia politik tanahair. Bagi penyokong 'tegar'... mereka akan bertindak selayaknya sebagai 'hardcore' setiap parti.

Semasa musim pilihanraya... aku sukarela menjadi penulis dan menyediakan sebuah blog yang agak 'sohor' juga ketika itu.... http://siapanakjawab.blogspot.com/2008/07/ketua-protes-vs-ketua-konsert-tonggeng.html dan juga beberapa blog yang lain.

Selain daripada itu aku sering juga 'berperang' di alam siber. Itu pun aku sudah semakin tak sempat nak teruskan aktiviti kempen siber tu, kerana bulan-bulan terakhir, aku bertugas menguruskan data-data sulit, yang menghalang aku untuk 'berkarya'

Dalam tempoh 100 hari ini, perkara 'panas' dunia politik tanahair ialah isu minyak naik, dan isu 'main belakang' Anwar Ibrahim. Yang lain-lain tu hanyalah cerita-cerita politik biasa sahaja.

Alamak... panjangnya intro!

ProtesCuma hari ini.... ditengah-tengah keriuhan isu-isu politik yang sudah melalut-lalut tu, yang paling menarik perhatian ialah karnival 'protes' ala-ala 'jom heboh' yang di anjurkan oleh 'Barisan Pakatan Rakyat'.

Hasrat untuk m enghimpunkan sejuta orang nampaknya tidak kesampaian. Stadium yang boleh memuatkan 50 ribu orang pun nampak kosong, bila hanya bahagian padang saja yang diisi. Nak kata berapa ribu tu, aku tak tau la.... dalam surat khabar pun sebu t ikut sedap mulut je... ada yang kata 5000, ada yang kata 10,000, yang paling tinggi mungkin yang dilaporkprotes06072008103an oleh Sayuti Omar... 30,000 orang.

Matlamat perhimpunan ialah untuk menuntut kerajaan menurunkan harga minyak. Tapi rasanya, perkara tu bukan menjadi keutamaan mereka yang pergi ke sana. Sebahagian besar yang hadir tu kerana cuma hanya suka 'berhimpun' dan kemudian dengar ceramah.

protes tonggengDan yang paling lucu... kejadian lagak londeh dan tonggeng penyanyi rock. Mujur 'mamat' tu memanaskan suasana perhimpunan, kalau tidak perhimpunan itu tentu akan menjadi bertambah hambar. Sekurang-kurangnya mereka yang berhimpun tu dapat juga la melakukan aktiviti 'baling-baling' dan 'memekik'. Sekurang-kurangnya dapat la jugak mereka melepaskan gian 'baling-baling' dan 'memekik' kepada FRU... hahaha! Maklumlah.... nak 'baling' polis & FRU tentulah tak ada sebab, kerana polis pun tak ada.


Sunday, July 6, 2008

Aktiviti hujung minggu

4 Jun 2008 - Jumaat

Pagi, selepas pekena nasi berlauk ikan 'ayo'... aku menjalankan operasi pembesihan sekeliling rumah. Sisa-sia 'bekwoh' baru ni masih banyak yang belum dibuang. Mem aku operasi di dalam rumah... simpan pinggan mangkuk, periuk belanga dan pulihkan semula keadaan dalam rumah balik seperti sedia kala.

Aku seperti biasa... ambil mesin rumput dan potong rumput 'padang golf' kat belakang rumah. Padang golf?.... dak la..., tapi kawasan belakang rumah aku memang agak luas, 60 X 90. Mesin rumput yang sudah 6 tahun berjasa ini sudah semakin uzur dan semput. Sudah beberapa kali 'angkat enjin'

Petangnya terus sambung lagi... kerja-kerja pembersihan dan pangkas beberapa pokok yang sudah 'out of shape'. Selalunya petang jumaat kami akan ke sekolah Imy.... dan berkelah di padang sekolahnya. Tapi minggu ni dia mengikuti lawatan ke KL, jadi petang ni banyak la free.

Malamnya 'tolong-tolong' mem 'menyimpei' dalam rumah. Maklumlah, mem aku bukannya ada 'kederat' nak angkat sofa tu. Ok... dalam rumah pun dah pulih seperti sedia kala... 'yang laut pulang ke laut'.... 'yang darat pulang ke darat'

5 Jun 2008 - Sabtu

Pagi, pekena nasi berlauk ikan 'ayo' lagi. Pagi ni operasi bahagian depan rumah pula. Selepas itu kawasan luar pagar terutamanya bahagian depan rumah. Di hadapan rumah agak berserabut sikit kerana jalan di depan tu dalam proses pelebaran dan pembinaan baru.

Aku tak dapat buat apa-apa... pagar pun hanya bersifat sementara kerana hendak tunggu projek tu siap dulu, baru boleh design cam mana nanti pagar depan rumah. Aku teruskan memesin rumput kawasan keliling pagar di sebelah luar pagar. Aku sentiasa pastikan di tepi pagar supaya dipotong rumput, kerana sebelah rumah aku ni tanah kosong, kalau aku tak mesin, alamat naik 'rok' la.

Selepas menikmati sepenuhnya matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D, aku berehat sambil minum air limau kasturi fresh yang disediakan oleh anak. Menjelang tengahari, perut lapar la pulak. Ok... siap-siap semua.... jom kita pegi makan kat KB Mall.

Pergi KB Mall..... lepas makan-makan, terus 'beli' barang-barang untuk anak. Kemudian aku beli pula barang-barang yang aku nak... hehehe! Rancangan asalnya nak beli beberapa biji pasu 'Baba', baja dan alat berkebun untuk ganti yang dah hilang entah kemana. Tup... tap... tup... tap habis dalam RM300 kat KB Mall hari ni.

Sambil-sambil nak balik tersinggah pulak kat kedai komputer.... Dengan tak sengaja tersambar pulak sebiji MP3 player. Huh! baru ni aku beli untuk Imy harganya RM90.00. Hari ni.. MP3 yang sama harganya RM55.00 je, geram betul aku. Itu yang tak sengaja aku hulur 'pitih' tu.... 'pade muko aku'

Lepas asar... aku turun ke 'kebun mini'.... buat semaian keratan batang pokok limau kasturi... cadang untuk di tanam di luar pagar di hadapan rumah menggantikan bunga pagar yang aku dah clearkan semalam.

Pasu 'Baba' yang di beli tadi aku nak tanam tembikai..... huh, insyaAllah beberapa bulan nanti boleh 'bekwoh' 'timun cina'. Aku plan nak buat tembikai empat segi... hehehe. Yang pastinya kalau berbuah 16 pokok tembikai ni, memang tak habis makan la.

Lepas tu terus gembur-gemburkan tanah di sekeliling pokok 'tenei' (petola), kacang panjang, kacang 'brendi', kangkung dan bayam. Semuanya tengah naik molek, pendek kata.... cukup untuk kegunaan sendiri dan mungkin boleh dikongsi dengan jiran tetangga.

Fuhh!.... dua hari ni penuh dengan akitiviti berpeluh.

clim2Sebelah malam.... seperti biasa aku mengadap laptop. Selepas membuka email-email dan beberapa blog kekawan, aku baru teringat, esok nak hantar clim perjalanan bulan Jun.

Dah lama aku tak hantar clim sebenarnya, kerana maklumlah tahun ni, tak pernah bertugas di luar stesyen. Kalau ada pun clim yang tak sampai RM100, rasa malas pulak nak isi borang clim.

Tapi bulan lepas, aku bertugas di luar stesyen, jadi 'ada hati' la nak buat clim. Emmm.... dapat RM500 lebih, ok la sikit kalau nak buat clim pun. Tahun ini mungkin inilah clim yang paling banyak aku tuntut dari kerajaan. Kalau dulu-dulu... tiap-tiap bulan clim dekat seribu, tapi semenjak dua menjak ni aku dah tak aktif lagi 'out station'... barangkali kerana dah letih dan 'puaah'.

clim Lagi pun kan gomen dah banyak potong bajet.... semua aktiviti hanya dibuat dalam stesyen dan di premis kerajaan sahaja. Dan sebagai tanda sokongan aku sebagai pegawai kerajaan... aku tak buat clim banyak-banyak.... cuma, jangan potong clim aku ni dah la..... hahaha!

Saturday, July 5, 2008

Cerita Balik Kursus

Selepas post cerita Sofia tadi.... kat rumah terus blackout. Bila dah gelap-gelita ni, anak-anak cam biasa ajak ronda-ronda dengan kereta. Mem aku dah tido... kami pun keluar senyap-senyap. Pergi kedai beli aiskrim. Tapi malam ni tak ronda jauh-jauh la... minyak mahal, hehehe!

Pukul 12 lebih baru pulih semula. Bila on semula laptop.... wah! cikgooden dah bagi komen kat cerita Sofia. Dan aku pun teringat, masih belum buat link kepada blog dia, walaupun dah seminggu aku save logo blog dia.

Oooo! cikgooden baru balik kursus yerr! dan paling menarik ialah kartun yang penuh makna di entry baghu balik kursus...

Melihat kartun yang disiarkan oleh cikgooden.... aku teringat setiap kali aku mengendalikan kursus (dah lama tak jadi peserta kursus... hehehe!) Malam last aku selalu tayangkan beberapa video sebagai penutup sesi.



Jangan lupa password.... hehehe! Sorry video 18SX sikit!

.....................................
p/s
Tahun ni tak berpeluang keluar Kelantan... kerana kursus hanya dibuat di premis kerajaan sahaja. Bajet kursus kena potong. Tongkat dagu le Tokey hotel nampaknya tahun ni.

Friday, July 4, 2008

Sofia vs Youtube

sofiasincan1 Malam ini aku pasang semula kemudahan internet untuk anak-anak, selepas dua bulan perkhidmatan digantung.... hehehe!

Sofia dah lama pujuk supaya aku pasang semula... nak main game, nak tengok Sin Chan katanya..... please la abahh!

Yang sebenarnya aku malas nak tarik kabel RJ45 untuk sambung internet ke PC tua tu. Semalam aku belikan Aztech wireless adaptor untuk mengelakkan ada lagi yang tersepak kabel. Lagi pun bukannya mahal pun cuma RM55.00 untuk yang berkelajuan 54Mbs. Kelajuan itu sebenarnya sudah cukup untuk melayari internet bagi pengguna biasa seperti sofia.

Malam ini Sofia kembali dengan aktiviti mendownload cerita-cerita Sin Chan dan Sponge Bob kegemarannya. Ada satu lagi yang selalu dia buka ialah cerita-cerita wayang kulit.



Dalam bab-bab mencari games... dia mungkin lebih mahir. Games yang paling digemarinya dari web Barbie dan Disney. Kalau dengan mak dia, sah Sofia lebih mahir, kerana dia yang ajar maknya buka website secara 'Open in New Windows' atau 'Open in New Tab'. Dia buat begitu kerana semasa tengah tengok satu video, 'tab' yang satu lagi sedang 'buffer' video yg lain, jadi lepas tu dia boleh terus tengok video yang kedua. Seingat aku, aku tak pernah pun ajar dia buat cam tu, tapi dia selalu perhatikan macam mana aku melayari internet.

sofiasincan2Seingat aku Sofia dah mahir menggunakan mouse sejak umur 3 tahun. Masa tu aku biarkan dia bermain dengan Sebran. Video ni masa dia umur 4 atau 5 tahun... rasanya.

Yang tentunya... masa tu hampir tiap-tiap bulan aku terpaksa format PC kerana dikerjakan oleh anak-anak. Dulu aktiviti 'baloh' berebut guna PC berlaku tiap hari, tapi sekarang masalah tu sudah selesai, kerana setiap seorang sudah ada PC masing-masing.