Saturday, July 18, 2009

Maraton 20 jam

Kelmarin, Jumaat.... kami sekeluarga pagi-pagi lagi memulakan perjalanan menuju Kuantan. Macam biasa, aku pilotnya, dan co-pilot kat sebelah tumpang temankan sambil pejam mata..... hehehe.

Ada banyak pilihan jalan untuk menuju ke Kuantan, tetapi aku lebih suka ke sana dengan menggunakan jalan pantai dari bandar ke bandar. Dari rumah di Bachok..... kami menuju Besut dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai.... relex je. Dari Kuala Terengganu.... terus menyusuri sepanjang pantainya menuju Marang, Dungun dan Kemaman di samping pekan-pekan kecil seluruh Terengganu. Hari ni, hari cuti.... jadi sepanjang jalan tak sibuk dengan kenderaan.

Aku suka melalui jalan pantai kerana, disamping hendak menuju destinasi.... pada masa yang sama seronok melihat pemandangan pantai sepanjang perjalanan di Terengganu. Inilah keistimewaan jalan di Terengganu.... jalannya menyusur pantai bermula dari sempadan dengan Kelantan hinggalah ke sempadan negeri Pahang.

Selepas selesai urusan ziarah-menziarah keluarga yang dah lama tak jumpa.... kami bertolak balik semula. Pukul 3:00 pagi sampai di rumah. Memang macam acara maraton.... memandu hampir 12 jam pergi dan balik... menghabiskan beberapa jam untuk acara menziarah.... keseluruhannya hampir 20 jam, misi ke Kuantan diselesaikan. Misi kali ini mengabaikan untuk singgah menziarahi keluarga yang tinggal di Terengganu.

Lain kali kami buat maraton di Terengganu pula.... hehehe.

7 Comments:

  1. ONE ZABA said...
    mujur tak lajak ke johor....
    sonata anak kancil said...
    ehhhhhh penat nya! balik lepak punya! tak pe bukan selalu, yang penting puas hati...
    Shifu67 said...
    kat johor tak de sedara-mara... kalau dak, kena buat kembara cam tengku mahkota tu buat... :)

    sonata-
    co-pilot punya penat lebih dari pilot.... hehehe
    Yunus Badawi said...
    Aku rasa jalan kat pantai timur tak sibuk walaupun hari kerja.

    Kenapa tak tidur di Kuantan?
    xiiinam said...
    Aku pun marathon tak tidor dari Petang Jumaat sampat tengahari tadi.....kat sekolah


    Aku lapaq...
    Aku lapaq cuti......
    faiz said...
    Shifu - scenery sepanjang jln pantai mmg best..teringat time2 cuti semester balik naik bas dr KB ke KL...hehe....x penat ke mandu sorang2...
    Shifu67 said...
    YB-
    mulanya rancang nak tido.. tapi bila semua urusan dah selesai... terus tukar plan...

    CikLah-
    ko jadi pengadil apa lagi tu... kena ambil cuti rehat laa... aku punya ada 4 hari lagi,kena habiskan ni, rugi

    faiz-
    sekarang ni dah tak balik ke?.... kawe pilot... co-pilot ada sebelah... tapi tak leh bawa keta manual... hehehe

Post a Comment