Monday, July 13, 2009

Menuai hasil

Hujung bulan yang lalu aku dah memulakan kembali projek 'Bumi Hijau II'.... setiap hari seronok melihat 'pertumbuhan' sayur yang di tanam. Seinci demi seinci...... tak pernah pula dengar orang kata secm demi secm..... hehehe. Selepas setiap hari menyiram dan membajainya sesekali, akhirnya sampailah masa untuk menuai hasilnya.

Projek kali ini hanya sayur bayam merah dan kangkung sahaja. Barangkali inilah antara sayur yang aku suka makan. Yang paling penting, bayam dan kangkung ni paling senang ditanam dan paling cepat tumbuh (membesar). Dengan siraman air yang cukup dan pembajaan yang teratur...... dalam masa 3 minggu selepas menabur biji benih, insyaAllah kita akan melihat hasilnya.

Kali ini aku juga mencuba baja baru yang dipromosi oleh seorang kawan. Baja organik.... baja tahi cacing. Sekarang ni kan macam-macam projek yang tengah femesss..... bela lintah la.... bela belangkas la... bela cengkerik la.... termasuklah cacing ni. Kawan tu termasuk salah seorang yang teruja dengan cerita-cerita projek-projek tu..... jadi dia pun bela la cacing. Sebagai menyokong usaha kawan-kawan... aku pun beli la baja yang dia proses dari cacing belaan dia tu. Sebelum ni aku guna baja tahi ayam dan kambing..... tahi yang dah diproses jadi palet la.... bukan tabur tahi kambing bulat-bulat, tapi tak la pula bercadang nak bubuh tahi babi buat baja..... hahaha!

Semalam Mem Besar masak gulai lemak sayur bayam.... malam ni, kami makan kangkung goreng belacan. Pehhh..... memang puas hati, makan sayur muda dan segar dipetik terus dari ladang (yang tu tagline iklan komersial.... dipetik terus dari batas sebenarnya).... manis je rasanya.

Untuk bulan-bulan akan datang.... tak perlu beli sayur di pasar. Ok.... sekarang masanya untuk tip berkebun pula....

1. Tanam sayur secara berperingkat.... maksudnya, bila nak tanam tu bezakan lebih kurang seminggu supaya ada kumpulan sayur yang boleh dituai setiap minggu.

2. Ada dua kaedah nak tanam bayam dan kangkung ni.... secara biji benih atau keratan batang. Gambar kangkung di atas, ditanam dari keratan batang... dalam masa seminggu lebih dah boleh dituai.... yang itu dah dipotong minggu lepas, dan minggu ni dah boleh dipotong/dituai kembali. Bayam ni pula dari biji benih. Untungnya tanam bayam dan kangkung ialah, kita boleh tuai hasilnya berkali-kali.... asal saja korang jangan cabut sudahlah. Pendek kata.... kalau kena dengan jaganya.... berbulan-bulan l
a boleh makan!

3. Bagi mereka yang kawasan rumah tak cukup tanah.... apa kata tanam bayam dan kangkung dalam pasu. Ini kangkung yang ditanam dari biji benih dua minggu yang lalu. Esok lusa dah boleh dituai la ni. Tapi kalau nak memastikan hasil yang memuaskan, kena la gunakan tanah yang berkuliti... contohnya tanah yang aku gunakan ni... tanah import dari Belanda (Made in EU) tak payah susah-susah nak cangkul tanah... Dulu aku memang pernah belajar macam mana nak buat baja kompos dan proses tanah cam gini.... tapi kerana kekangan masa dan tenaga, senang pakai beli yang dah siap je.... hehehe. Satu beg besar harganya lebih kurang RM28. Dulu aku pakai tanah yang di beli kat Tesco... satu beg kecik RM1.... tapi kualitinya kureeengg. Apa-apa pun terpulang la kat korang nak beli ke nak proses sendiri.

Ok.... demikianlah serba sedikit tip berkebun kita hari ini.... hingga berjumpa kembali di rancangan yang akan datang.... hehehe.

Ini stok anak benih bayam dan kangkung. Lebih selamat sekiranya kita semai terlebih dahulu di dalam pot semaian, berbanding kalau kita terus tanam kat batas. Kalau terus tanam kat batas... selalunya anak benih akan terdedah kepada serangan serangga ketika baru nak mula bertunas. Paling-paling tidak pun akan dikerat semut. Waktu biji benih mula bertunas, merupakan waktu yang paling kritikal.... kalau kita semai di dalam pot semaian, mudah untuk kita mengawal serangan serangga. Selepas seminggu... bila dah ada 3-4 helai daun, barulah sesuai untuk dipindahkan ke batas. Dengan cara ini juga, kita akan mudah mengawal bilangan dan jarak tanaman.

Ini batang bayam yang sudah dituai.... pastikan jangan dicabut. InsyaAllah selepas dua minggu, bayam tu akan tumbuh kembali.



Ini satu lagi sayur yang aku suka tanam dan makan..... kacang bendi. Yang ini spesis kacang bendi merah. Sedang membesar dengan cantiknya.





Selamat berkebun!

39 Comments:

  1. Anonymous said...
    cikgu guna baja tahi babi ker?
    Shifu67 said...
    Anonymous-
    ko baca para ke-3.... apa-apa pun terima kasih kerana kembali ke sini.... walaupun ko dtg tanpa nama... :)
    arsaili said...
    salam..bro wahhhhhhhh bercucuk tanam..bagusnya..ehehe...tapi buat la baja sendiri lak...baru self sustain ..ehehe..buat compost sendiri
    Shifu67 said...
    arsaili-
    nak buat baja kompos ni kena cukup bahan2nya... tak sempat dah nak kompos mengompos ni.... :)
    ONE ZABA said...
    aaikk... kat sini pun ada org nak ngamuk jugak. marah bona tu!!!

    mari kita makan sayurrr!!!!!!
    Shifu67 said...
    OneZ-
    hehehe... biasa le tu... iman nipis le tu....hehehe... ya ya jom makan sayur, boleh sejukkan badan... errr... kat CH diorang tanam sayur guna baja tahi apa eiii??.... :)
    Anonymous said...
    kt CH guna baja tahi shifu babi
    Bekas Anak Murid Shifu said...
    Anonymous tu takkan marah kalo cikgu yang tak mulakan. Xkisahlah cikgu ni sokong BN ke sokong apa janji jgnlah menghina parti lawan. yang dok g letak gambar Babi pegang bendera PAS tu apasal. Fikiran cikgu ni sempit. Harap maaf kaalo ulasan saya ni menyinggung cikgu yer.
    Shifu67 said...
    hahaha... 'Anonymous' ni tak kebah lagi ni kena virus 'gila babi'

    Bekas Anak Murid Shifu-
    fikiran aku sempit???... fikiran awak seluas mana???.... dulu masa ahli parlimen pas/dap/pkr melabel kan BN sebagai 'Babi Negara'... (kat dalam parlimen pulak tu) lepas tu merata2 sebar gambar dacing BN yang diletak gambar babi kat atasnya, tak kira menghina ke tu..... lu pikirrrr la sendiri
    ONE ZABA said...
    nak tergelak pun ada aku ni....
    Shifu67 said...
    hahaha....
    Bekas Anak Murid Shifu said...
    saya dah hilang respect kpd cikgu walaupun hasil usaha cikgu jugalah saya berjaya.maaf
    Shifu67 said...
    ikut mu lahhh.... tak dok masalah ghapo satu.. tak naik kudis gatal punn...saya pun tak minta sapo2 nak respect kat saya... fikiran saya kan sempit.... fikiran awak luass...
    ONE ZABA said...
    neenooo....neeenooooo...nenoooooo....
    tepi...tepi... bomba nak lalu ni.
    Shifu67 said...
    apasal.... apasal ni oneZ.... ada lori bawa babi terbalik keee...
    ONE ZABA said...
    tak....nak padam hati yg terbakar. aku bawak air tanah sekali ni. buat samak.

    sakit perut dah aku ni gelak....
    ONE ZABA said...
    shifu... ko perasan tak. kengkawan yg lain tak masuk komen kali ni. mesti diorang perhati dari jauh je tu sambil gelak-gelak..
    faiz said...
    Shifu - seronoknya tgk dah blh menuai hasil tanaman.. i pun dah memulakan projek bumi hijau tp sbb umah x de tanah so tanam dlm pasu je la..hehe...
    Sifukhinzir said...
    Bestnya makan bayam guna baja taik babisifu.
    MaMa MoDeN said...
    salam
    wah panas plak ruang komen cikgu kali ni..

    sabar..sabar..
    walau apapun fahaman politik kita kita tetap bsaudara.

    respek&hormat hak masing2 dalam bpolitik...

    kalau tak suka post sesorang tak pyah masuk&baca...habis citer..

    mama bukan nak ckp pasl politik kat sini...

    cuma sonok baca kisah cg bkebun ni, tringat masa dok di dengkil dulu. tanah lapang kami penuh dgn sgala macam tanaman. best nak makan ambik jer. sambil tumbuk sambal belacan@sambal gesek boleh lg p petik ulam kat luar rumah. sambil tumbuk bawang rencah sempat lagi petik sayur.

    segala macam kami tanam. ubi kayu, ubi keledek, jagung, bayam, kangkung, pokok pisang, betik, bende, ulam raja, pokok cili...ermm lagi ek. byk lah.

    I'ALLAH nanti kami p dok sg petani bolh bcucuk tanam lagi. la dok mah flat payah ler....

    cikgu& saper2 yg tgh dok btelagah kat sini sabaq ok...
    Anonymous said...
    bukan ke cikgu dok tinggal menetap di tanah pemerintah yang benderanya ditangan babi tu?kira2 tanam sayur atas kwasan pemerintahan suku sakat babi yang cikgu dok uar2kan tu lah ye... semoga bertambah sihat lah ye...
    Anonymous said...
    Pas Pertahan Kerusi N41 Manek Urai
    Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

    PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

    Beberapa pemimpin PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad serta Mohd Fauzi.

    Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.
    Anonymous said...
    askm, cikgu
    saya dah lama jadi silent reader blog cikgu. saya suka blog cikgu. saya tahu cikgu org BN. tapi ia tak jadi isu pada saya, kerana dalam berpolitik mesti ada pendirian masing2. saya hormati anutan politik cikgu selama ini. tetapi entri cikgu semalam begitu menghiris hati, biarlah pemimpin kita di atas saling mengeji kerana selepas itu mereka masih boleh makan semeja, tapi kita? cikgu, marilah kita berpolitik secara aman dan bijak, biarlah yang lain mengeji tetapi kita para guru tidak begitu...
    Shifu67 said...
    oneZ-
    hehehe... ko nak buat lawak la pulak.. kawan tu dari semalam duk berasap.... hehehe

    faiz-
    selamat berkebun... rumah tak de tanah, tak jadi masalah... tanam je dlm pasu... baca tip no. 3.. :)

    mama moden-
    biasa je tu.... tu ayat maki dari bebudak yg baru nak belajar berpolitik.... iman berpolitik nipis lagi tuu

    oooo....nak pindah sg petani... seronok le bekebun nnt

    Anonymous
    emmm... ni lagi sorang nak jadi batu api la pulakk... tapi jenis tak berani tunjuk identiti ni tak hero la
    Shifu67 said...
    Anonymous-
    W'salamm... walau pun saya tak kenal awak siapa, terima kasih kerana sudi dtg ke sini.

    bab hati terhiris ni... saya pun dah lama hati terhiris bila melihat bendera dacing yg ditampal babi dan bila BN di akronimkan sebagai Babi Negara
    Anonymous said...
    payoh kecek dgn cikgong ni. ore kalu fanatik gak serupo kerbau pendek cucuk idung. Hok atas baloh di parlimen tp minum air semeja pahtu. Mu ni bodo yang amat. dok baloh dgn set2 bwh wak gapo. napok sgt cikgong ni xlayak jd cikgu. Nya wak bodo ko budok jah. hok tu pun xleh mikir.
    Anonymous said...
    salam. saya pun antara silent reader blog cikgu. Siap buat link lagi ke blog cikgu dalam blog saya. tp lepas entry cikgu pasal babi tu, saya dah buang link tu. xguna respect org yang dimuliakan sbg pendidik tp akal pendek mcm kerbau pendek. maaflah yer. itu hakikatnya pemikiran org yang dangkal pkrannya. berubahlah cikgu.
    ONE ZABA said...
    hui, letih aku dah 2 hari ni asyik ulang alik cameron > bachok....

    shifu...teh o tak da ka!!!! air kosong pun tak pa la.
    Shifu67 said...
    demo nak kopi jatee ko kopi jando... kopi kencang pun ado
    Shifu67 said...
    org misteri hok alik atas yg beraso bijok, cerdik, panjang akal, mulia tu pun boleh join sekali... kalu nak make minum semeja pun tak dok masalah... royak jah kat mano... kat gunong ko, jelawat ko, make pulut kat tangok ke, make roti cotek kubang kerian ko.... boleh belako... tak payah kena jadi menteri dulu eiii
    xiiinam said...
    Astagfirullahaladziiiim.
    Mesej entri yang baik, tetapi pembaca memesongkan perbualan.



    Astaghfirullahaladziiiiim.
    Kenapalah tidak secara dewasa!!!
    xiiinam said...
    Malu kalau budak-budak dan anak-anak kita baca!!
    DUN Behrang 2020 said...
    Hahahaha...entri pasal sayur pun ada kait ngan tek babi...cittt!

    Haram tetap haram, jgn yg halal diharamkan dan yg haram dihalalkan...

    Kan seronok kalo sama2 dapat makan sayur yg segar bugar tu...pasni try lak bayam masak sayur lemak...best wooo!
    Shifu67 said...
    ciklah-
    hang beristqfar la cam mana pun... puok2 tu tak akan terima apa yg ko kata.... errr... jaga2, kang ko kena sondol gak.... hehehe

    DunBehrang-
    Bayam merah ni sesuai utk mereka yg sakit kurang darah.... tapi kalau yg darah tengah mendidih macam Anonymous2 misteri tu tak sesuai le kot... hahaha

    siapa nak tanam bayam atau kangkung, boleh ambil benih yang dah aku semai ni... aku tanam utk skala 'dapur' je... terlebih anak benih la pulak.
    Yunus Badawi said...
    Kalau ada biji benih tu ko hantarlah ke sini sikit supaya aku pun boleh tanam sayur mcm ko ni. Kan ko jugak yg suruh aku tanam sayur hehehe
    Shifu67 said...
    tapi... mana ada sayur yg bernilai tambah sampai sepasu RM600... hehehe
    faiz said...
    shifu67 - jgn layan ar org2 yg x de nama nie..buang masa je... kita tanam sayur lg bagus kan...???
    haziq said...
    salam bro,aku pun sangat berminat dengan tanaman sayur-sayuran ni dah tentu yakin baja yang digunakan dan tiada racun.Semoga kita semua berjaya di dalam bidang ini dan jadikan ianya satu sumber pendapatan secara komesil.Tapi bro harap background web ini warna putih sebab tak sakit mata nak baca.Jangan marah cuma cadangan.
    nur nisa alina said...
    nisa nk cuba tanam bayam merah plak..kalau tanam dari batang boleh tak cikgu??

Post a Comment