Sunday, July 5, 2009

Sabtu... hari untuk LDP

Sabtu... hari cuti untuk semua. Itu atas kertas la... kerana bukan semestinya begitu. Hari sabtu selalunya akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti (kerja le tu) yang dianjurkan supaya tidak mengganggu waktu persekolahan. Hakikatnya..... bagi cikgu-cikgu di seluruh negara, hari cuti ni tak berapa jelas sangat, kerana aktiviti pengajaran & pemelajaran tetap terus berlangsung siang atau pun malam. Orang yang dengki je yang kata cikgu ni.... kerja senang... cuti banyak.... huh, menyampahhhh!

Antara aktiviti untuk cikgu hari sabtu ialah menghadiri 'Latihan Dalam Perkhidmatan'.... kami panggil LDP, tapi ada gak yang panggil LaDaP. Walau apa pun namanya, semua tu kursus la tu. Cuma bezanya... LDP dirancang dan dianjur oleh pihak sekolah (Jawatan Kuasa LDP) mengikut keperluan dan kepentingan sekolah.... cuma bajetnya makan je yang gomen sediakan.

Bagi setiap sekolah.... mereka perlu merancang 7 kali (7 hari) LDP untuk setahun. Maknanya setiap guru mesti menghadiri LDP antara 5 - 7 kali setahun. Setiap LDP mestilah cukup sekurang-kurangnya 6 jam (tidak termasuk waktu rehat/makan), barulah boleh dianggap kursus yang lengkap 1 hari. Lepas tu barulah boleh isi dalam kad laporan LDP..... lebih kurang macam tanda 'kong' le tu.

Selaku 'shifu'..... (ekhemm... jangan mareeee!) aku selalu dijemput untuk menjadi tukang celoteh dalam LDP yang dianjurkan oleh sekolah. Dijemput menjadi fasilitator/penceramah/otai/shifu..... atau apa-apa je lah.... bukan boleh buat cincai, terutama bila LDP atas tajuk ICT ni. Kalau agak tak 'maake chekok' baik jange gi! Haaa.... satu lagi, kalau kita jadi fasilitator LDP.... kita tak layak nak catat dalam kad LDP sebagai peserta atau pun fasilitator, sebab kad tu hanya untuk catatan sebagai peserta kursus sahaja.

Maknanya walaupun pong pang pong pang 6 jam.... semua tu tak boleh dianggap sebagai memenuhi jam untuk LDP sendiri. Namun demi tugas.... semua itu bukanlah halangan atau alasan untuk mogok sampai kena baring atas jalan raya..... hehehe.

Kepada warga SK Kandis.... semoga sedikit 'ilmu' yang tak seberapa tu, dapat membuka dimensi baru dalam 'kerja buat' rakan-rakan sekelian. Terima kasih kerana sudi menjemput 'jurulatih pencen' ni berceloteh sepanjang sehari LDP kali ini. Errr.... terima kasih juga untuk 'sampul' itu..... hehehe!

3 Comments:

  1. MaMa MoDeN said...
    salam
    hehehe sebagai isteri cikgu saya faaaahaammmmm sangat tugas2 cikgu ni walau dihujung minggu.

    ahah org ada PHD jer kata kerja cikgu senang, byk cuti hakikatnya hampeh... selain keje hujung minggu dok pakat2 bawa balik kerja sekolah kerumah. apo nak dikato.

    syabas semua cikgu2 dimalaysia ni..

    budi kalian tak tbalas walau siapapun diluar sana....

    p/s: wah shifu pun macam suami mama moden tukang berleter pd cikgu2 kat sekolah yer...
    faiz said...
    oooo LDP - Latihan Dlm Perkhidmatan..ingat td Lebuhraya Damansara Puchong..hehe...jgn mrh ar shifu....
    Shifu67 said...
    Mama Moden-
    kat rumah siapa yg tukang leter... hehehe

    Faiz-
    ni mesti kes teruja nak dpt diskaun bayar tol la ni

Post a Comment