Thursday, August 27, 2009

Life Begin at 40?.... cerita 1

Ini Bukan Iklan
Anda fikir.... besar perbelanjaannya untuk sihat!
Anda lupa.... perbelanjaannya lebih besar jika anda sakit!


Semenjak dua menjak ini kita sudah kehilangan beberapa seleberiti..... mereka semua baru mencecah usia 40an. Kita selalu mendengar kata-kata..... "Life Begin at 40". Persoalannya apa yang akan 'begin' tu????

Bilakah kali terakhir anda membuat pemeriksaan kesihatan..... sekurang-kurangnya memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam darah? Lihat kiri dan kanan anda.... lihat rakan-rakan yang seangkatan dengan anda, lihat perubahan yang telah berlaku (dalam masa yang sama tentunya lihat diri sendiri juga :) )

Sedar atau tidak... semasa kita sama-sama minum di kantin.... tentunya antara perkara yang dibualkan ialah tentang status 'gula' masing-masing. Dalam 10 orang kawan kita, cuba tandakan berapa orang yang sudah menerima anugerah perlu menelan kapsul-kapsul yang bermacam warna dan saiz.

Alhamdulillah.... setakat ini, aku belum lagi menerima anugerah itu!

Bebarapa tahun ini.... sejak aku tidak begitu aktif lagi sebagai jurulatih olahraga, antara perubahan yang paling ketara aku alami ialah tentang bahagian perut yang semakin maju ke depan. Kalau dulu... setiap hari sepanjang tahun, sekurang-kurangnya 2 jam sehari aku di padang bersama-sama budak-budak olahraga. Sekurang-kurangnya aku sentiasa jogging, melompat dan melakukan pelbagai 'exercise'.... body pun maintain je!

Setelah bersara hampir 3 tahun.... tahun ini aku kembali turun ke padang semula, malangnya... sekarang ni macam ada yang tak kena je.... kawan-kawan pun ramai yang sebut-sebut... "macam mana ni, coach olahraga... tapi perut memboyot".... memang rasa serba tak kena!

Apa tidaknya... sekarang ni berat aku dah melebihi 90kg.... mak aii..... melampau betul ni! tak boleh jadi ni! Kena buat sesuatu ni.

Awal bulan Ogos yang lalu.... aku mulakan diet dengan menggunakan produk HerbaLife (ini bukan iklan... ok) aku bukan nak kempen pasal produk ni.... tak kesahlah produk apa pun yang digunakan.... yang penting ialah kesanggupan untuk mengamalkan diet. Diet.... kita biasa dengar, dan antara perkara yang pertama singgah di kepala kita bila menyebut tentang diet, tentunya tentang 'nak makan' atau 'tak nak makan'. Ada ramai orang yang telah melakukan kesilapan.... bila berdiet, mereka fikir.... 'jangan makan! Sebenarnya... bila berdiet... bukannya 'jangan makan'.... apa yang perlu dilakukan ialah.... 'kawal apa yang dimakan'

Bila sebut pasal 'kawal apa yang dimakan'.... secara mudahnya bermaksud.... makanlah seperti biasa, cuma potonglah separuh daripada kebiasaan jumlah yang di makan. Contohnya... kalau biasanya kita makan sepinggan penuh nasi... buanglah separuh... kerana sebenarnya yang separuh itu sudah mencukupi dengan keperluan badan kita. Percayalah.... kalau selama ini kita makan sepinggan penuh nasi... kalau kita buang separuh, kita tetap kenyang seperti biasa, dan percayalah bahawa yang separuh lagi itu hanyalah kerana memenuhi nafsu semata-mata.

Lebih baik sekiranya kita ambil tahu sedikit pasal 'kandungan' apa yang kita makan..... berapa kalorinya, berapa lemaknya, berapa proteinnya. Jadi senanglah untuk kita mencongak banyak mana kita nak makan.... tanpa kita kehilangan gaya hidup dalam soal 'makan' yang biasa. Nak makan apa pun.... makanlah, asal kita tahu 'banyak' mana yang kita perlu makan. Maka berdiet bukan bermakna... tak boleh makan itu.... tak boleh makan ini... cuma kena tahu tahap mana kita boleh makan. Maka kalau kita selalu bersama keluarga ke KFC, McD, PizzaHut atau sebagainya.... teruskanlah.... kalau tidak nanti kesian pulak kat anak-anak!..... cuma kalau sebelum ini kita makan 3 ketul ayam goreng.... sekarang kita cuma makan seketul saja.... jadi kita masih juga makan ayam KFC tu kann! Errrr... Ayam goreng (seketul) lebih kurang 200 kalori.... hehehe.

Bagi seorang yang normal.... berapakah kalori yang diperlukan..... kalau korang study sikit... korang akan dapati, kita perlukan antara 1500 - 2000 kalori sehari. Kalau kita berdiet dengan menggurangkan kalori secara mengejut dengan 'tidak makan'.... maknanya kita telah melakukan kesilapan, dan mungkin akan mengundang kemudaratan pula. Jadi untuk terus sihat.... pastikan kalori anda cukup!

Errr... aku bukannya pakar pemakanan, nak cerita pasal kalori-kalori ni.... tapi maklumat-maklumat tentang tu kita boleh baca sendiri. Sempena Cabaran Tukar Saiz Seluar yang aku anjurkan.... :) cabaran tu sebenarnya bukan apa-apa sangat... cuma aku nak kuatkan semangat je..... hehehe. Dan tunggu gambar terbaru aku selepas seminggu Ramadhan berlalu..... tungguuuuu!

13 Comments:

  1. green said...
    sbb tak sedia payung sebelum hujan..

    yg penting, jg badan di kala sihat~
    Shifu67 said...
    alamak dik... kat sini hujan la.. line slow... hehehe

    sahur awal ke...

    opss... tak ingat... hehehe
    LiNda said...
    Wahh..usaha yang murni ..

    Teruskan usaha and jangan patah semangat .

    Tak sabar nak tengok hasilnya .
    sonata anak kancil said...
    saya bukan nak tukar saiz kain serta seluar...TETAPI nak guna yang lama2!!!saya tak nak besarkan kain/baju/seluar - saya nak kecikkan badan!!!( he3x penah minum mende mcm dlm gambar tu...)- yg penting kita tau apa yg kita masukkan dlm badan kita - jgn over - hu3x klu sakit lagi banyak belanja....tak nak sakit!!!
    ONE ZABA said...
    setakat ni aku tiap hari berjaya tukar seluar la....ahakkk!!!

    psttt...obat yg ko makan tu berapa harganya. kena berdiet jugak tu untuk beli obat.
    ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ said...
    erm...
    susah jugak nk tone down nih ek??

    erm...
    nape name aku ade di sidebar...
    nape....

    mcm aku kene paksa masuk je nih...huhu
    takpe...
    aku masih pikirkan lagi...huhu
    izman said...
    cabaran tu saya berani, tapi kena tunggu timbang berat sekarang dulu. gambar perut wajib ke??
    Shifu67 said...
    linda-
    tungguuuu... hehehe

    sonata-
    errr maksud baju yg lama2 tu... berapa bulan yang lepas... hehehe

    OneZ-
    hahaha... tukar la seluar, lepas ni kalau ko tengok gambar aku, ko mesti jelessss

    aku tak makan ubat apa2 la... yg tu susu soya protien tinggi je... tujuaannya supaya mudah kawal pengambilan kalori harian... errr ini bukan iklan ok

    banihashim-
    apasal nama ko kuar pelik je ni..

    stopwatch dah on... tak payah fikir2 laa.... hehehe
    Shifu67 said...
    izman-
    timbang jgn tak timbangg.... hehehe
    pakmat said...
    ..sememangnya life begins at 40..langkah dah mula panjang..mata mula mamandang..dan ada yang melawan..anak-anak pula dan besar panjang..dan saku tidak lagi berlubang..
    ..all the best on your diet..
    Shifu67 said...
    pehhh.. pak mat bermadah....

    errr.. tak kan saiz pak mat pun nak masuk cabaran tukar saiz seluar kot :)
    Yunus Badawi said...
    aku pun musykil mcm chekgu BH.

    Larikksss
    Shifu67 said...
    buat2 tak faham la pulak.... tak nak terima hakikat le ni... hehehe

Post a Comment