Friday, July 24, 2009

Mereka....
Sanggup berbaris sejak subuh untuk merebut peluang membeli saham (dibaca menguasai ekonomi negara) yang telah dikhaskan kepada orang kita. Malangnya orang kita tak terfikir nak beli, tak mahu beli dan tak mampu beli. Saham yang dikhaskan untuk mereka, habis hanya dalam masa 21 hari. Yang kita punya, sejak tahun lepas jual tak habis-habis, bila bagi kat mereka, sekelip mata hak kita dah jadi hak orang.

















Kita....

Sanggup berbaris sejak subuh..... melaung sesuka hati.... memaki sesedap rasa.... melalak macam orang gila. Letih berbaris dan berarak..... balik rumah tidur, tunggu nak berbaris esok pula.













*********************************************************

Tambahan cerita : 1 Ogos 2009

Baru je PM umumkan Amanah Saham 1Malaysia yang berjumlah 10 Billion dan boleh dilanggan oleh sesiapa sahaja. (Kalau umumkan kouta untuk Melayu, sah tak habis lagi macam dana yang kat atas tu). Kita tunggu pengumuman tentang bilangan pelanggan saham tu nanti, siapa yang sanggup berbaris panjang masa nak beli saham tu.... hehehe



Dan hari ini mereka berbaris-barisan lagi..... sambil seronok-seronok kena sembur air... hehehe


Monday, July 20, 2009

Anda guru yang bestari?



Dalam dunia online sekarang ni.... pemantauan terhadap guru juga dilakukan dengan cara yang sama. Terkini ialah pelaksanaan 'Smart School Qualification Standards' untuk memantau tahap kemahiran penggunaan dan pengaplikasian ICT guru-guru..... (Kalau nak taklimat lanjut pasal SSQS ni boleh tanya OneZ & DUN Behrang.... :) )

Minggu lepas aku dah mendengar taklimat pasal Pembestarian Sekolah ni di BTPN. Hari Khamis lepas.... aku dah bagi taklimat kepada semua cikgu-cikgu..... seramai 30 orang guru dan 30 orang murid di pilih untuk menjadi responden, menjawab pelbagai soalan tentang tahap kemahiran ICT masing-masing dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pemelajaran.

Setiap responden hendaklah menjawab instrumen bagi mewakili subjek yang mereka ajar. Mereka juga hendaklah menjawab soalan pemantauan tersebut secara online dengan melayari laman web http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php . Bagi memudahkan guru-guru.... aku dah print instrumen bagi setiap responden. Mereka boleh memeriksa terlebih dahulu soalan-soalan yang perlu mereka jawab. Lepas tu, bolehlah mereka fikir-fikirkan apakah tahap yang mereka hendak tanda dari tahap 1 hingga 5.

Walaupun mereka perlu menjawab secara online.... aku fikir lebih baiklah mereka melihat dan membaca terlebih dahulu instrumen yang perlu mereka jawab. Sekurang-kurangnya tak adalah yang akan kena serangan jantung.... hehehe!

Aku beri mereka tempoh seminggu untuk menanda jawapan.... walaupun sebenarnya kalau sekadar nak tanda, hanya beberapa minit je diperlukan. Tapi tanda bukan sebarang tanda..... kerana apa yang mereka tanda, akan menentukan tahap kebestarian sekolah secara keseluruhannya..... keputusannya akan menentukan berapa 'bintang' yang akan sekolah dapat. Bila cakap pasal 'bintang' ni la yang leceh sikit ni. Guru Besar dah sampaikan hasratnya supaya berada di tahap 3 bintang atau 4 bintang sahaja.... kalau kurang daripada tu... payah pula nak bersoal-jawab.... kalau dapat 5 bintang pun, nanti jenuh pula nak menerima 'tetamu' tak diundang. Jadi untuk mengelakkan situasi tu.... kena la pandai-pandai!

Selain daripada implikasi terhadap sekolah..... pemantauan ini juga sebenarnya akan menjadi 'Key Performance Indicators' (KPI) bagi setiap guru secara individu. Sekarang ni kan sana sini duk sibuk dengan KPI...... jadi setiap guru kena fikir masak-masak sebelum nak tanda borang masing-masing.

Bagi guru-guru yang sudah dilantik sebagai Penyelaras Bestari sekolah (jawatan hakiki tu....hehehe) atau Penyelaras ICT sekolah (bagi yang belum dilantik secara hakiki.... macam aku..... hehehe) ada borang khas untuk dijawab..... sebelum nak jawab, kena la tengok-tengok dulu apa yang cikgu-cikgu dan murid-murid jawab.... bukan apa, takut seimbang pula nanti.

Diakhir taklimat.... aku berpesan kepada guru-guru.... "jawablah semua instrumen tentang tahap kemahiran ICT masing-masing dengan ikhlas dan jujur..... di samping 'spelet' sikit-sikit"..... hehehe! Nasihat aku.... "tandalah tahap 3 dan 4.... 5 jarang-jarang, 2 kadang-kadang"

Minggu ni aku tak ada di sekolah kerana menjelajah daerah-daerah untuk menjalankan TID.... minggu depan bermulalah kerja-kerja menjawab instrumen SSQS secara online.... semuanya mesti siap sebelum 5 Ogos. Berapa bintang tahap bestari anda?

Saturday, July 18, 2009

Maraton 20 jam

Kelmarin, Jumaat.... kami sekeluarga pagi-pagi lagi memulakan perjalanan menuju Kuantan. Macam biasa, aku pilotnya, dan co-pilot kat sebelah tumpang temankan sambil pejam mata..... hehehe.

Ada banyak pilihan jalan untuk menuju ke Kuantan, tetapi aku lebih suka ke sana dengan menggunakan jalan pantai dari bandar ke bandar. Dari rumah di Bachok..... kami menuju Besut dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai.... relex je. Dari Kuala Terengganu.... terus menyusuri sepanjang pantainya menuju Marang, Dungun dan Kemaman di samping pekan-pekan kecil seluruh Terengganu. Hari ni, hari cuti.... jadi sepanjang jalan tak sibuk dengan kenderaan.

Aku suka melalui jalan pantai kerana, disamping hendak menuju destinasi.... pada masa yang sama seronok melihat pemandangan pantai sepanjang perjalanan di Terengganu. Inilah keistimewaan jalan di Terengganu.... jalannya menyusur pantai bermula dari sempadan dengan Kelantan hinggalah ke sempadan negeri Pahang.

Selepas selesai urusan ziarah-menziarah keluarga yang dah lama tak jumpa.... kami bertolak balik semula. Pukul 3:00 pagi sampai di rumah. Memang macam acara maraton.... memandu hampir 12 jam pergi dan balik... menghabiskan beberapa jam untuk acara menziarah.... keseluruhannya hampir 20 jam, misi ke Kuantan diselesaikan. Misi kali ini mengabaikan untuk singgah menziarahi keluarga yang tinggal di Terengganu.

Lain kali kami buat maraton di Terengganu pula.... hehehe.

Wednesday, July 15, 2009

Talent Identification 2009

Sekarang ni sedang rancak berlangsung proses 'Talent Identification' (TID) bagi budak-budak peringkat umur 12 tahun yang berbakat dalam bidang sukan.

Ada tiga program TID bagi mencungkil bakat...
1. TID Program Gemilang - dikendalikan ISN
2. TID Khusus - dikendalikan MSN
3. TID Umum - dikendalikan MSN

TID Program Gemilang khabarnya akan bermula 26 Julai. TID Khusus pula sedang berlangsung di SSBJ. TID Khusus dijalankan mengikut jenis permainan.... contohnya Bola Sepak, Badminton, Olahraga dan lain-lain. Budak-Budak yang dipanggil menjalani TID Khusus ialah budak-budak yang telah mewakili negeri bagi setiap jenis permainan.

TID Umum akan bermula di peringkat Daerah minggu hadapan. TID umum dijalankan bagi budak-budak yang berbakat tetapi masih belum ditentukan lagi jenis permainan yang akan mereka ceburi. Kami para penguji akan menjelajah setiap daerah mulai minggu hadapan..... bermula di Gua Musang pada 19 Julai nanti.

Budak-budak yang berjaya nanti akan menjalani ujian sekali lagi di peringkat negeri pada 3 Ogos.... hanya seramai 40 orang sahaja yang akan dipilih bagi setiap negeri. Mereka kemudian akan menjalani ujian terakhir sebelum ditempatkan di mana-mana sekolah sukan seperti SSBJ, SSBP, atau pun sekolah sukan yang ada di setiap negeri.

Hanya setelah berjaya melalui pelbagai ujian itulah, mereka akan ditawarkan tempat di sekolah sukan. Sekolah sukan yang menjadi rebutan tentunya SSBJ dan SSBP. Setelah mereka berjaya memasuki mana-mana sekolah sukan, maka tanggungjawab kami di peringkat kampung ini selesai. Terpulanglah bagi jurulatih-jurulatih yang ada di sana untuk membentuk mereka menjadi ahli sukan yang akan mewakili negara kelak. Namun perjalanan mereka tentunya masih panjang.... dan bukan semuanya akan berjaya di sana.

Demikian antara pelbagai proses melahirkan ahli sukan. Selain daripada itu, kami jurulatih di peringkat kampung ni, tetap meneruskan pencarian 'permata' yang mungkin tercicir.... menggilapnya dan menghantar mereka ke sana. Sekurang-kurangnya kami menunjukkan jalan untuk setiap budak-budak yang berbakat dan berminat yang ada di sekolah memilih dan berpeluang mengembangkan bakat mereka.

Monday, July 13, 2009

Menuai hasil

Hujung bulan yang lalu aku dah memulakan kembali projek 'Bumi Hijau II'.... setiap hari seronok melihat 'pertumbuhan' sayur yang di tanam. Seinci demi seinci...... tak pernah pula dengar orang kata secm demi secm..... hehehe. Selepas setiap hari menyiram dan membajainya sesekali, akhirnya sampailah masa untuk menuai hasilnya.

Projek kali ini hanya sayur bayam merah dan kangkung sahaja. Barangkali inilah antara sayur yang aku suka makan. Yang paling penting, bayam dan kangkung ni paling senang ditanam dan paling cepat tumbuh (membesar). Dengan siraman air yang cukup dan pembajaan yang teratur...... dalam masa 3 minggu selepas menabur biji benih, insyaAllah kita akan melihat hasilnya.

Kali ini aku juga mencuba baja baru yang dipromosi oleh seorang kawan. Baja organik.... baja tahi cacing. Sekarang ni kan macam-macam projek yang tengah femesss..... bela lintah la.... bela belangkas la... bela cengkerik la.... termasuklah cacing ni. Kawan tu termasuk salah seorang yang teruja dengan cerita-cerita projek-projek tu..... jadi dia pun bela la cacing. Sebagai menyokong usaha kawan-kawan... aku pun beli la baja yang dia proses dari cacing belaan dia tu. Sebelum ni aku guna baja tahi ayam dan kambing..... tahi yang dah diproses jadi palet la.... bukan tabur tahi kambing bulat-bulat, tapi tak la pula bercadang nak bubuh tahi babi buat baja..... hahaha!

Semalam Mem Besar masak gulai lemak sayur bayam.... malam ni, kami makan kangkung goreng belacan. Pehhh..... memang puas hati, makan sayur muda dan segar dipetik terus dari ladang (yang tu tagline iklan komersial.... dipetik terus dari batas sebenarnya).... manis je rasanya.

Untuk bulan-bulan akan datang.... tak perlu beli sayur di pasar. Ok.... sekarang masanya untuk tip berkebun pula....

1. Tanam sayur secara berperingkat.... maksudnya, bila nak tanam tu bezakan lebih kurang seminggu supaya ada kumpulan sayur yang boleh dituai setiap minggu.

2. Ada dua kaedah nak tanam bayam dan kangkung ni.... secara biji benih atau keratan batang. Gambar kangkung di atas, ditanam dari keratan batang... dalam masa seminggu lebih dah boleh dituai.... yang itu dah dipotong minggu lepas, dan minggu ni dah boleh dipotong/dituai kembali. Bayam ni pula dari biji benih. Untungnya tanam bayam dan kangkung ialah, kita boleh tuai hasilnya berkali-kali.... asal saja korang jangan cabut sudahlah. Pendek kata.... kalau kena dengan jaganya.... berbulan-bulan l
a boleh makan!

3. Bagi mereka yang kawasan rumah tak cukup tanah.... apa kata tanam bayam dan kangkung dalam pasu. Ini kangkung yang ditanam dari biji benih dua minggu yang lalu. Esok lusa dah boleh dituai la ni. Tapi kalau nak memastikan hasil yang memuaskan, kena la gunakan tanah yang berkuliti... contohnya tanah yang aku gunakan ni... tanah import dari Belanda (Made in EU) tak payah susah-susah nak cangkul tanah... Dulu aku memang pernah belajar macam mana nak buat baja kompos dan proses tanah cam gini.... tapi kerana kekangan masa dan tenaga, senang pakai beli yang dah siap je.... hehehe. Satu beg besar harganya lebih kurang RM28. Dulu aku pakai tanah yang di beli kat Tesco... satu beg kecik RM1.... tapi kualitinya kureeengg. Apa-apa pun terpulang la kat korang nak beli ke nak proses sendiri.

Ok.... demikianlah serba sedikit tip berkebun kita hari ini.... hingga berjumpa kembali di rancangan yang akan datang.... hehehe.

Ini stok anak benih bayam dan kangkung. Lebih selamat sekiranya kita semai terlebih dahulu di dalam pot semaian, berbanding kalau kita terus tanam kat batas. Kalau terus tanam kat batas... selalunya anak benih akan terdedah kepada serangan serangga ketika baru nak mula bertunas. Paling-paling tidak pun akan dikerat semut. Waktu biji benih mula bertunas, merupakan waktu yang paling kritikal.... kalau kita semai di dalam pot semaian, mudah untuk kita mengawal serangan serangga. Selepas seminggu... bila dah ada 3-4 helai daun, barulah sesuai untuk dipindahkan ke batas. Dengan cara ini juga, kita akan mudah mengawal bilangan dan jarak tanaman.

Ini batang bayam yang sudah dituai.... pastikan jangan dicabut. InsyaAllah selepas dua minggu, bayam tu akan tumbuh kembali.



Ini satu lagi sayur yang aku suka tanam dan makan..... kacang bendi. Yang ini spesis kacang bendi merah. Sedang membesar dengan cantiknya.





Selamat berkebun!

Sunday, July 12, 2009

Demam Babi

Berbulan-bulan sudah kes 'Demam Babi' ni menghantui (membabii) seluruh dunia. Macam-macam cerita dah kita dengar pasal makhluk tak berdosa ni. Macam-macam nama dah digunakan... dulu virus nipah, sekarang ni H1N1. Yang mati pun dah ramai akibat penangan babi ni.

Ok.... saya tanya.... anda jawab sendiri..... Babikah yang bersalah dalam kes 'demam/selesema babi ni?...... walau apa pun jawapan korang.... aku rasa, walaupun seluruh dunia sekarang ni gempar dan kelam-kabut dengan penyakit yang dikaitkan dengan babi...... 'babi' tu tak tau apa-apa pun! Kesian babi tu.

Satu hal lagi..... walaupun seluruh dunia duk bising dengan wabak penyakit 'demam babi'.... dalam masa yang sama, manusia yang duk bising dan takut mati kerana 'babi'..... manusia jugalah yang duk sayang sangat kat babi ni, manusia yang makan daging babi le.... aku dakkk!. Atas dunia ni.... ada segala macam binatang yang boleh dimakan... apasal yang bersungguh-sungguh sangat nak kan yang tu jugak?

Demam babi ni dah menakutkan sesiapa sahaja....... memang berbisa sungguh penangan babi ni. Selain daripada heboh pasal 'demam babi'..... baru-baru ni ada kes yang 'gila babi'..... riuh rendah pembela babi yang memang 'babi' tu mengamuk kerana 'rumah penyembelihan babi' (rumah potong babi... lagi sesuai kot!) dah kena roboh.

Penangan 'gila babi' yang ini tak ada kena mengena dengan wabak H1N1.... entah apa 'virus'nya tak tau la.... tapi hebatnya 'amukan babi' ni dah menyondol sampai 'tercabut serban dan kopiah'. Bukan main lagi gemparnya.... ugut sana.... ugut sini.... akhirnya demi semangat PAKATAN 'kebabian' yang tulennnn..... pak lebai tu kata......

YAN, 11 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan bahawa rumah penyembelihan babi yang bakal dibuka di negeri ini akan berkonsep mesra alam. Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai tapak cadangan rumah penyembelihan babi di sebuah kawasan di Sungai Toh Pawang di Bedong, yang dicadangkan oleh Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah. "Salah satu syarat yang kita kenakan untuk tempat sembelih babi itu ialah zero discharge, jadi mereka kena kitar semula air kumbahan itu, tidak boleh buang (ke sungai)," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu ini.

Tu baru betul gila babiiiiii..... hehehe!

Sunday, July 5, 2009

Sabtu... hari untuk LDP

Sabtu... hari cuti untuk semua. Itu atas kertas la... kerana bukan semestinya begitu. Hari sabtu selalunya akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti (kerja le tu) yang dianjurkan supaya tidak mengganggu waktu persekolahan. Hakikatnya..... bagi cikgu-cikgu di seluruh negara, hari cuti ni tak berapa jelas sangat, kerana aktiviti pengajaran & pemelajaran tetap terus berlangsung siang atau pun malam. Orang yang dengki je yang kata cikgu ni.... kerja senang... cuti banyak.... huh, menyampahhhh!

Antara aktiviti untuk cikgu hari sabtu ialah menghadiri 'Latihan Dalam Perkhidmatan'.... kami panggil LDP, tapi ada gak yang panggil LaDaP. Walau apa pun namanya, semua tu kursus la tu. Cuma bezanya... LDP dirancang dan dianjur oleh pihak sekolah (Jawatan Kuasa LDP) mengikut keperluan dan kepentingan sekolah.... cuma bajetnya makan je yang gomen sediakan.

Bagi setiap sekolah.... mereka perlu merancang 7 kali (7 hari) LDP untuk setahun. Maknanya setiap guru mesti menghadiri LDP antara 5 - 7 kali setahun. Setiap LDP mestilah cukup sekurang-kurangnya 6 jam (tidak termasuk waktu rehat/makan), barulah boleh dianggap kursus yang lengkap 1 hari. Lepas tu barulah boleh isi dalam kad laporan LDP..... lebih kurang macam tanda 'kong' le tu.

Selaku 'shifu'..... (ekhemm... jangan mareeee!) aku selalu dijemput untuk menjadi tukang celoteh dalam LDP yang dianjurkan oleh sekolah. Dijemput menjadi fasilitator/penceramah/otai/shifu..... atau apa-apa je lah.... bukan boleh buat cincai, terutama bila LDP atas tajuk ICT ni. Kalau agak tak 'maake chekok' baik jange gi! Haaa.... satu lagi, kalau kita jadi fasilitator LDP.... kita tak layak nak catat dalam kad LDP sebagai peserta atau pun fasilitator, sebab kad tu hanya untuk catatan sebagai peserta kursus sahaja.

Maknanya walaupun pong pang pong pang 6 jam.... semua tu tak boleh dianggap sebagai memenuhi jam untuk LDP sendiri. Namun demi tugas.... semua itu bukanlah halangan atau alasan untuk mogok sampai kena baring atas jalan raya..... hehehe.

Kepada warga SK Kandis.... semoga sedikit 'ilmu' yang tak seberapa tu, dapat membuka dimensi baru dalam 'kerja buat' rakan-rakan sekelian. Terima kasih kerana sudi menjemput 'jurulatih pencen' ni berceloteh sepanjang sehari LDP kali ini. Errr.... terima kasih juga untuk 'sampul' itu..... hehehe!