Saturday, October 10, 2009

Lima hari outstation

Setelah melalui pelbagai ujian talent Identification (TID) di peringkat daerah dan negeri, kini sampai masanya 40 orang budak-budak yang memenuhi syarat dipilih untuk menjalani ujian TID terakhir peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.

Tahun ni aku ditugaskan mengiringi budak-budak tu ke Kuala Lumpur. Bawa 40 anak orang ni, jenuh gak. Macam-macam feelnyee.

5 Oktober bertolak ke KL (naik bas... bukan tolak bas) bersama 2 orang lagi rakan. Dah lama aku tak sampai Kolumpoo ni.... kalau tak memang aku tak sanggup nak pegi. Tambahan dalam situasi baru lepas raya yang telah mengeringkan segala-galanya. Plan nak puasa 6 minggu ni pun terpaksa ditangguhkan lagi.... banyak la pulak tangguhnya.

Seharian dalam perjalanan yang memenatkan, akhirnya kami sampai ke tempat penginapan di Pusat Kecemerlangan Sukan Wilayah di Jalan Cochrane. Jarang orang tau pasal tempat ni... alaa... dekat Kampung Pandan. Kalau Pusat Sukan Kampung Pandan, orang tau la kot... tempat ni ke depan sikit.

Dah dekat maghrib baru sampai... lepas tu gedebak-gedebuk menguruskan penginapan. Pukul 8:30 malam program dah bermula.

Malam tu meating pengurusan dan budak-budak tu diberi taklimat tentang apa yang akan mereka lalui selama di sini.

Aku menguruskan data budak-budak tu. Setiap negeri diberi kouta 40 orang, tetapi macam biasa la... bukan semuanya dapat hadir.

Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin menghantar paling sedikit... itu pun dah 300 orang yang akan menjalani ujian.

Hari pertama... budak-budak tu menjalani ujian umum sebelum ujian khusus mengikut jenis permainan yang mereka minati. Semua ujian dijalankan di stadium MSSN di Bukit Jalil.

Mereka bakal ahli sukan yang akan mewakili negara dalam tempoh 8 tahun akan datang

13 Comments:

  1. joegrimjow said...
    lama xberupdate ya
    harap sehat selaluu ;)

    minggu ni ada event kat kb, tempat sama. klu balik, join r.hehe

    5+5 = 10
    macam tak sempat
    Cikgooden (Selumbar Emas). said...
    pernah terlibat dgn TID daerah...mmmmm.....sepatutnya semua cikgu kena tahu ni.....kesan budak melalui fizikal..streeming...
    LiNda said...
    Bagus.
    kesan bakat sejak sekolah lagi.
    saya dulu aktif dlm sukan
    sekarang pun aktif .

    majulah sukan utk negara .
    azlanlin said...
    Tahniah..keletihan akan hilang dilitupi dengan kepuasan berganda apabila melihat bakat anak-anak didik tercungkil...

    itulah nikmatnya seorang yang bernama 'cikgu'...
    xiiinam said...
    Kursus selamat!
    Shifu67 said...
    joe
    berehh jeee

    COden
    sekarang ni dah tak ramai yg nak terlibat... tinggal la yg vateran2 macam aku ni... huhuhu

    Linda-
    dulu main sukan apa... kalau nak cari coach saya pun bolehh

    azlan
    seronok + panas + suka + letih =

    ciklah
    aku ingatkan ko mogok baca blog aku
    LiNda said...
    Wahh.. baik punya offer !

    Dulu time sekolah and Wakil U Negeri Johor dlm netball . Now sekadar mengisi masa lapang terutama futsal .
    xiiinam said...
    This comment has been removed by the author.
    Shifu67 said...
    Linda
    netball.... hehehe tak masuk dalam senarai sukan teras negara...

    miauuu... miauu... mana laaa kucinnn ni.... mehhh... mari makan tart nanas niii...
    arsaili said...
    salam eid saudara..temgok entry je dh penat..bukan mudah nak mengurus ni...tak pe bole kurus..ahaks
    Shifu67 said...
    errr... masih mentennn tau... hehehe
    ~ein~ said...
    ni TID untuk sek.ren ek?sblm p TID ni, ade saringan ke? adik sy pernah join kat KT..tp, die tu mulut senyap..x suke bercerita..bila tanye die, die just jwb "sukanlah"..so, smpai skrg x tahu pe end up die..huhu

    sy pun minat sukan jgk.tp, skrg ni dah x aktif mane coz terperap duk umah..xde geng yg aktif sukan..huhuhu..
    日月神教-任我行 said...

Post a Comment