Saturday, October 24, 2009

Sirkit Kijang Mas 2009

sirkit00 Hari ini… Team olahraga MSS Kelantan mengakhiri musim dengan menganjurkan Sirkit Olahraga Kijang Mas ke-2. Sirkit Olahraga ini merupakan pertandingan ‘luar musim’ bagi budak-budak olahraga di semua daerah. sirkit10Antara matlamatnya ialah untuk mencungkil dan memberi peluang atlit baru merasai suasana kejohanan olahraga. Sekurang-kurangnya mereka akan mendapat pengalaman sebelum bertanding di kejohanan yang lebih mencabar tahun depan.
sirkit02Selain daripada mencungkil bakat baru…. sirkit ini juga penting sebagai kayu ukur bagi mengetahui tahap prestasi atlit-atlit yang sedia ada…. yang telah mewakili daerah. Selepas berakhirnya MSSM… tentunya mereka perlukan pertandingan, tak kan nak berlatih je sehingga musim akan datang. Sekurang-kurangnya mereka ada sasaran dan matlamat untuk berlatih. Mereka juga tentunya mengidam untuk layak menyertai ‘skuad elit’. A tlit-atlit ‘skuad elit’ dalam bulan ni sedang menyertai beberapa pertandingan….. minggu ni kat ‘Pahang Open’ sebelum ke ‘Melaka Open’.
sirkit06Tahun ini juga…. semua kejohanan olahraga terpaksa diadakan di atas padang kerana satu-satunya trek di Kelantan yang terletak di Kompleks Belia dan Sukan sedang dalam pembaikkan. Trek MSS Kelantan pula masih dalam pembinaan…. kalau tengok gaya… tahun depan pun tak siap lagi.
sirkit09Bagi kami Team Bachok… macam biasa relex je….. maklumlah kami hanyalah pasukan kerdil yang semakin pupus. Sudah lebih 10 tahun aku bergelumang dengan kejurulatihan olahraga…. selama tempoh itu…. hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi jurulatih yang terus ‘menghambakan’ diri dengan pasukan ini. Hanya 4 buah sekolah sahaja di Bachok yang masih bertahan….. jurulatih yang ada pun tetap muka-muka yang sama…. malahan tahun ini sudah kehilangan beberapa jurulatih senior setelah bertukar ke daerah lain. Namun kerana sukan ini dah jadi darah daging…. kami tetap meneruskannya, selagi terdaya.

sirkit01 antara rakan jurulatih yang sudah semakin senja

10 Comments:

  1. joegrimjow said...
    menang dan terus menang
    Cik Cookie said...
    aleh lari.PID
    Yunus Badawi said...
    Berapa banyak pasukan kerdil dpt mengalahkan pasukan gergasi. Caiyok Shifu caiyok!
    LiNda said...
    GO TEAM BACHOK GO !!
    ONE ZABA said...
    yang dah senja tu biarkan la ianya berlabuh...
    sonata anak kancil said...
    mana2 yang rasa dah tak ro' tu...buii la kat oreng mudo pulok....
    kalu aku dah tak ro' wehhh....
    Shifu67 said...
    joe
    menang la jugakkk...

    cik cookie
    PID.. ghapo tu

    YB
    wahhh penyokong tegar ni

    Linda
    go go pom pom girl go go
    (kalau ko jadi pom pom girl team aku... mesti sohor laaa)

    OneZ
    nak berlabuh ke mana weiiii... dah serba labuh ni

    sonata
    masalahnye hok mudo2 tu hampeh belako... kena panas sikit pun dah bising... nak ganti hok tuo ni guano
    xiiinam said...
    Nak tulis apa ya...

    Teringat lagu masa budak-budak dulu

    malam sudah datang..
    Asar sudah pergi...
    sekarang kita pulang..
    esok datang lagi...
    senja kala
    senja kala
    mari kita pulang...

    ...dahlah, nanti kena simbah air pelimbah pulak!!!
    faiz said...
    teringat la plak zaman2 sekolah dulu.. sgt menggelinjang kat tgh padang..hehe...
    Shifu67 said...
    ciklah
    sedap lagu cikgu... saya tak penah nyanyi lagu ni masa budak2 dulu... saya nyanyi lagu 'hidup ini bagai lampu dinding'

    faiz-
    errr... cam mana mengelinjang tu.... siapa coachnya

Post a Comment