Thursday, September 11, 2008

Berbudi Kepada Tanah

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Sejak aku bersara sebagai Jurulatih Olahraga ni, waktu petang aku memang terasa panjang. Kalau dulu setiap petang aku akan berada di trek, tapi sekarang ni.... 'aku dah tak dok kijoan'

Sebagai menggantikan aktiviti petang aku, maka aku mulakan 'Projek Mini' kebun sayur di belakang rumah.

Tambahan pula aku memang jenis yang 'tangan sejuk'.... hehehe! Sebagai anak kampung, bab tanam menanam ni memang dah sebati dengan aku. Tambahan pula aku dulu bekas pelajar 'Sains Pertanian' (Tingkatan 2 & 3 selepas aku berpindah dari 'sekolah arab')

Skil lama aku dalam hal pertanian ni masih ada. Sekarang ni setiap petang, lepas asar aku akan beraktiviti di kebun. Oh ya.... nanti aku akan bagi tips dalam hal bercucuk tanam ni. Bermula dengan persediaan tanah, persediaan benih, penjagaan tanaman dan lain-lain.

Hasil berbudi kepada tanah..... memang tidak sia-sia!

Tanaman pertama ialah... pokok felatokkk.... eh bukan.... pokok petola. Tanaman ini senang di tanam. Cuma kita perlu sediakan 'junjung' untuknya memanjat. Apabila mula berbuah, kita mesti semburnya dengan racun ulat... kerana buahnya sangat disukai oleh serangga yang dinamakan 'peringat'. Kalau tidak disembur racun, jangan harap la buah petola ni nak jadi panjang macam ni. Oleh kerana kita perlu sembur dengan racun... maka kita mesti tau peraturan penggunaan racun..... maksudnya... bila nak sembur, kena tau sukatan & jangka hayat racun, supaya bila waktu nak petik.... tak de la kita makan dengan racun tu sekali.

Ini tanaman kedua.... orang kelantan panggilnya timun batang. Timun juga jenis pokok memanjat dan perlukan 'junjung'. Buah timun juga perlukan semburan racun ulat semasa mula berputik. Tapi untuk kali ini aku tidak menggunakan apa-apa racun... kerana anak aku suka makan timun ni. Dia petik kat pokok dan terus makan macam tu je. Lagipun sepanjang pemerhatian aku.... 'peringat' tidaklah terlalu kuat menyerang buah timun ni. Maka tak kisahlah kalau rosak sebiji dua, kerana masih banyak yang akan menjadi. Tu kira berkongsi dengan makhluk lain le tu!

Yang ini pula kacang bendi... atau kacang lendir. Ini merupakan tanaman kegemaran aku sejak kecil lagi. Kerana senang di tanam dan tahan lasak. Lagi pun inilah antara sayur yang aku suka makan. Ambil kacang bendi ni... kukus bersama nasi yang sudah masak (masukkan dlm periuk nasi tu la) lepas tu makan la cicah sambal belacan. Yang paling penting... kita tak perlukan apa-apa racun untuk menjaga buahnya. Tips penjagaan lain... potong daun bawahnya... yang biasanya lebar-lebar tu... supaya tak la dia makan baja banyak sangat, baru la buahnya yang dapat baja.

Aku sebenarnya tak suka makan sawi... tetapi sawi merupakan antara sayur yang paling senang di tanam dan cepat membesar. Sepeket benih sawi yang dibeli di kedai tu sebenarnya sudah cukup banyak kalau untuk satu keluarga. Sawi yang aku tanam ni tidak disembur dengan sebarang racun serangga... dan nampaknya tidaklah ada apa-apa yang menyerangnya... cuma sesekali kena tengok dipangkalnya takut ada siput babi. Sawi perlukan air yang banyak.... maka jangan lupa untuk menyiramnya 2 kali sehari. Siram sampai tanah betul-betul basah. Penjagaan lain ialah.... kita perlu 'takai' anak benihnya semasa kecil supaya ada ruang untuk membesar. Maksudnya... kita kena buang la separuh (pindahkan) supaya jangan rapat sangat pokok sawi tu.

Ini pula kangkung.... satu lagi sayur kegemaran aku... goreng belacan... fuyooo! Kangkung juga merupakan sayur yang paling senang ditanam. Contohnya kangkung yang aku tanam ni.... tak pakai benih pun. Aku beli kangkung di pasar (biasanya diorang jual sekali dengan akar kan) Bahagian akarnya tu aku tanam semula... seminggu lepas tu... sah akan merimbun semula la kangkung tu. Bayangkan.... masa memasak... potong2 bawang.. lepas tu petik kangkung kat belakang terus goreng.... waaa tu baru betul segar... manis je rasanya. Yang penting lagi... tak ada racun. Tips aku... kepada yang tak ada kawasan luas, tanam saja kangkung ni dalam pasu. Kalau ada 4-5 biji pasu/rumpun kangkung... memang sah tak habis makan punya. Seminggu sekali boleh dipetik.

Ini pula antara ulam yang paling aku suka. Pegaga.... senang ditanam dan tak perlukan apa-apa penjagaan. Kalau malas sangat.... lempar je tepi pagar... gerenti hidup punya. Tapi yang ni aku tanam dalam besen.... sedikit tanah dan aku isi dengan air. Sebulan sekali aku bubuh baja kapsul (baja untuk tanaman dalam air) Menu ulam pegaga.... buat sambal belacan macam biasa... belacan kena bakar tau... potong halus2 pegaga ni, gaul dengan sambal belacan tu dan juga dengan nyiur kukur.... fuhh!... makan tengahari anda akan tambah nikmat.

Ini pula tanaman aku yang paling baru.... terung. Terung ni jenis yang lambat tumbuh dan lambat membesar. Kalau sayur-yaur lain akan mula tumbuh selepas 3 hari ditanam dan kemudian akan nampak jelas membesar. Terung tidak macam tu.... pertumbuhannya agak lambat. Yang ini sudah berumur 3 minggu. Pertumbuhan yang lambat bermakna pokok terung jenis yang lambat mati. Jadi terung tidak boleh ditanam terlalu rapat kerana akarnya perlukan kawasan yang agak luas.

Aku juga ada tanam jagung..... kerana anak-anak memang suka makan jagung. Sofia selalu tanya.... abah... jagung ni abah nak buat sayur ke nak ambil buah? Dia selalu kata... tunggu sampai jadi buah la... bimbang sangat dia takut aku hanya nak makan sayur 'ketiak jagung' saja. Jagung sangat suka dengan tanah bakar... maka kalau boleh, sediakanlah tanah bakar terutamanya semasa dia nak tumbuh. Yang sebenarnya semua tanaman sukakan tanah bakar. Tambah cantik lagi kalau tanah bakar tu di campur dengan tahi kambing atau ayam. Kira baja organik le tu!

Jeng....jeng.... aku juga ada tanam tembikai... orang kelantan panggilnya 'timun cina' Aku tanam dalam 10 pokok je... sekurang-kurangnya dah ada 10 biji tu... hehehe. Tapi korang jangan mimpi la kalau nak tanam tembikai yang jenis tak de biji.. kerana selain benihnya mahal... penjagaannya pun susah... tembikai tak de biji perlukan tembikan sepesis lain untuk dapatkan 'bunga jantan' kalau tak de 'bunga jantan' tu jangan harap la nak berbuah. Maka tanamlah tembikai yang biasa saja


Aku juga ada tanam 'labu madu'. Setakat ni masih lagi belum berbuah. Yang dalam 'kerek' tu pulak ialah lada burung.... Pendek kata kat belakang rumah aku ni memang macam-macam ada. Memang seronok melihat pokok-pokok ni membesar. Setiap hari kita akan dapat lihat perubahan/pembesaran pokok-pokok ni.... sejuk mata memandang.

Antara hasil tanaman yang kami tak habis makan. Percayalah.... kalau ada 7-8 pokok pun memang tak habis makan punya. Yang ini untuk dikongsi bersama jiran-jiran. Lagi pun memang ramai yang tertanya-tanya.... bila nak petik sayur tuuuu.... hehehe!

Memang tak rugi kalau kita berbudi kepada tanah.... pendek kata, sayur tak payah beli. Lepas tu boleh pula kongsi dengan jiran-jiran.

Sekarang ni, kalau ada sesiapa yang datang ke rumah... sebelum balik aku akan petikkan sayur-sayur yang ada kat belakang sebagai buah tangan.

Mem aku sewaktu hendak menghantar / berkongsi hasil tanaman dengan jiran-jiran. Tambah pula dalam bulan puasa ni.... seronok berkongsi hasil titik peluh kita dengan orang lain. Bertambahlah berkat hendaknya.

Ok.... macam mana.... jom mulakan projek anda di sekeliling rumah. InsyaAllah anda juga akan dapat menikmati 'keseronokkannya' seperti saya.

Kepada yang hobinya menunggang motorsikal atau pun yang mengetuk gendang...... apa kata kalau tukar hobi tu dengan berkebun pulak (Lukman & Cikgu Oden jangan marahhh.... hehehe)

pssttt....
Gambar aku masa berkebun tak boleh letak kat sini.... kerana biasanya aku tak pakai baju... takut nampak seksi sangat... hahaha!

3 Comments:

  1. IES Agencies said...
    Waah nice vege garden bang,

    saya baru nak start dengan sawi, tapi macam tak menjadi pulak, mungkin tanam dalam sangat or rapat sangat kot

    anyway congrats
    Unknown said...
    ooo... ada gak peminat 'bumi hijau'... :)

    Ok la tu.... tanam sawi. Tips tanam sawi, bila dah mula tumbuh ( daun dlm 2-3 helai) kena buang, selang seli, bagi ruang membesar.

    Masalahnya... selalunya kita ni rasa sayang nak buang kan... maklumlah semua nampak cantik. Kalau sayang... pindahkan le tempat lain. lain kali masa tanam... tabur benih dan kena sediakan tempat utk pindahkan anak sawi yg banyak tu

    Jgn lupa kena siram banyak air... kalau tak kurus la sawi kou... hehehe

    Apasal blog kou tak leh buka ni?
    eanaaziz1234 said...
    baja nak kne letak bape kali seminggu??..nk letak baje ape ye?...ish ish..nervous ni nk tggu sawi membesar

Post a Comment