Tuesday, September 23, 2008

(Entry ini dipost dengan menumpang line PPD Bachok.....)

Khabarnya lepas sembahyang subuh tadi... dah ramai yang 'masuk barisan'.....

Dalam banyak hal... kita ni lebih baik 'masuk barisan' berbanding 'masuk bulatan'.. hehehe! Kalau 'masuk barisan' senang untuk kita menuju ke hadapan, tapi kalau 'masuk bulatan' kita tak akan ke mana-mana, kita hanya akan berpusing di tempat yang sama jeee!

Siapa yang 'masuk barisan' lepas sembahyang subuh tadi.... sah jenis yang terdesak. Sebab tu aku tak berapa kisah sangat... maklumlah 'hero tak gaduhhh' (hero tak terburu-buru.... jangan salah tafsir ayat tu)

Hari ni aku ada mesyuarat di PPD, sebelum pegi opis singgah isi minyak..... lepas tu lalu kat 'mesin cocoh'.... kebetulan 'barisan' tak panjang, aku pun ambil la kesempatan 'masuk barisan' hari ni.

"yeee.... pokcik kayo.... pokcik kayooooo!

5 Comments:

  1. Cikgooden said...
    aku belum ambik lagi...ada ka? confirm ka?...
    Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...
    Tok Imam tak sah sembahyang 'dalam barisan'.

    Heee...heee Selamat Hari Raya
    lukmanw@gmail.com said...
    Nak sholat masuk BARISAN
    Nak lulus periksa kena PAS
    Nak kahwin lebih dari satu kena ADIL
    Nak umphhh kena bubuh minyak DAP
    MIC dan MCA tak tahu nak boh mana

    Radio pagi tadi siap buat cerita ada perhimpunan org gomen serata Malaysia.

    Hang jgn buat lawak lak Cikgooden. Member aku kerja kilang tayar beritahu pagi tadi masa nak dtg kerja shift pagi 7am - dia tengok ramai org gomen (rasany cikgu paling ramai) yg beratur kat mesin ATM tu.

    Lukman
    Cikgooden said...
    aisey bg lukman: betui aku tak tahu. gaji aku bulan lepas pun tak ambik lagi..ha ha ha (riak tahap tenuk nih...)
    Unknown said...
    Cikgooden jenis serupo dgn kawe la ni... "Hero tak gaduhhh!"

    Nik... dengar kato blogger kelate nak jumpo, jadi ko?

    Selamat hari raya la belako2

    Hari ni kawe nak gi shopping pulok dgn gaya riak tahap ghapo tak tau laa...hehehe

Post a Comment