Thursday, September 18, 2008

Makan Cholek Ramadhan

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Ramadhan bulan ibadat.... semua orang akan cuba merebut setiap kesempatan untuk melipat gandakan ibadat dibulan ini. Maklumlah... setiap ibadat yang dilakukan dibulan ini, ganjaran pahalanya juga berlipat ganda.Antara aktiviti yang hanya kita jumpa di bulan Ramadhan ialah sembahyang Taraweh. Walaupun hanya bersifat ibadat sunat.... tetapi sembahyang Taraweh sangat istimewa kerana kita tidak boleh melakukannya pada waktu-waktu lain.

Maka semasa Ramadhan, malam berseri-seri dengan aktiviti Taraweh. Dalam bulan Ramadhan juga bilangan jemaah surau dan masjid akan bertambah... sekurang-kurangnya untuk sepanjang bulan Ramadhan ini!

Sepanjang Ramadhan juga.... selepas menunaikan sembahyang Taraweh, sudah menjadi kebiasaan di Kelate untuk meneruskan pula 'ibadat' untuk mengeratkan silatulrahim dengan aktiviti 'makan colek'.

'Makan colek' ni kiranya sebagai 'pencuci perut' selepas sembahyang Taraweh... makan ringan-ringan la.... kerang bakar semangkuk ke.... ikan dan sotong seekor dua... popia sekeping dua atau pun semangkuk hirisan buah-buahan. Malahan ada yang lebih hebat dari waktu berbuka tadi! Pekena pula dengan teh beng, milo beng. Sembang-sembang sementara menunggu waktu yang sesuai untuk balik ke rumah dan tidur.

Sepanjang bulan Ramadhan ini juga hampir setiap hari aku menerima sms mengajak pergi 'makan colek' selepas Taraweh. Berkebetulan pula dengan musim 'memilih' dalam Bahagian, tentunya aktiviti 'makan colek' menjadi agenda dibulan ini.

Ramadhan tahun ini, aku tak pernah sekali pun pergi 'makan colek'. Walau bertalu-talu sms diterima mengajak ke sana ke sini, aku macam tak de selera je nak hadir.

Kemarin (malam tadi).... buat pertama kalinya aku pergi 'makan colek'. Sms Jemputan 'makan colek' ni diterima sejak hari isnin dari rakan-rakan di DUN. Seperti biasa akan ramai yang tolong sebarkan sms jemputan 'makan colek' di rumah Dato Ilias hari rabu nanti.

Pagi selasa Dato Ilias sendiri yang hantar sms, jemput sembahyang hajat dan 'makan colek' di rumahnya. Pagi Rabu, sekali lagi dia menghantar sms mengingatkan majlis di rumahnya itu. Emmm.... sekurang-kurangnya aku tau, nombor handset aku masih dalam senarainya bila menghantar sms... hehehe!

Majlis 'makan colek' yang diadakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga bekas wakil rakyat, tentunya akan dihadiri oleh ramai orang. Kalau aku tak hadir pun tak akan ada sesiapa yang tanya, kerana aku bukannya ada 'apa-apa', cuma sekadar ahli biasa yang hanya menjadi setiausaha Cawangan. Setiausaha Cawangan je.... apalah sangat!

Petang Rabu.... dalam duk berkira-kira nak berbuka dengan apa hari ni, Dato Ilias call....

"dapat tak sms saya?", tanyanya. . "Malam ni tuuu, di rumah", sambungnya lagi. "Ok... dapat... dapat... insyaAllah saya gi malam ni".

Emmm.... sekurang-kurangnya aku tau, aku masih dalam senarai bila dia membuat panggilan... hehehe!

Bagi seorang yang tak ada 'apa-apa' (dalam Bahagian) seperti aku.... bila dapat panggilan dari orang nombor 2 di Bahagian, tentunya akan berbesar hati. Tambahan pula bukannya dia ajak menyangkul tanah, dia ajak makan..... susah apa! Maka aku pun termakanlah sepinggan rojak mee. Mujur tak tambah dengan kerang bakar dengan rojak buah...... hehehe.

Pukul 12:00 balik.... kerana nak 'beribadat' di rumah pula. Sebelum aku tutup lampu, aku hantar sms kepada Dato Ilias.... "Selamat berangkat ke Tanah Suci... semoga dapat beribadat dengan tenang dan sihat sejahtera"

3 Comments:

  1. lukmanw@gmail.com said...
    Shifu

    Masa Form V di Izzuddin dulu, aku pernah balik posa hampir sebulan di rumah mek aku di Kuntan Hulu betul-betul sempadan Wakaf Baru dan Pasir Mas.

    Cholek kat sini kat gerai tepi jalan. Biasanya "ore jante" shj pergi makan cholek sbb yg dok jual ini anak dara Siam.

    Sbb tu boleh dok sampai tukar hari.

    Lukman
    Cikgooden said...
    salam shifu:

    colek politik memang sedat...tinggi citarasa dan rasa dia..aku kat sini, kdg2 lepas taraweh...pekena kerang rebus ngan teh o limau panas..borak2 sambil pekena rokok sapey puko 12.. kekadang lajak sampey puko 2. Tu pun kalau hat nak 'tanding'..tupang dok skali.. ha ha ha..selalu makan priiii..
    Unknown said...
    Kawe malas doh tubek male2 turut puok2 parti ni.... lagi pun kawe malas nok make male... nok jago body sikit.... hehehe!

    Yeeiii!.... kawe dah slim semula!

Post a Comment