Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Sekolah dah nak buka.... rambut dah gunting, kasut dah kiwi, baju dah gosok...
Emmmm.... apa lagi nak buat?
Ooooo... kena buat persediaan bahan mengajar la kot.
Macam biasa jadual aku mengajar BM.... kena ada koleksi peribahasa..... hehehe!
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...
Labels: Aku Versi Jenaka, Aku Versi Kerja, Aku Versi Lelaki
Tuesday, December 29, 2009
Intro.... Mem Besar dah balik dari Langkawi setelah bermeeting 3 hari 2 malam..... hari ni mereka sambung lagi meeting kat sekolah kerana ada agenda mesyuarat yang belum habis..... hehehe, berapa banyak meeting daaaa!
Emmm... Mem awal pagi dah keluar.... hari ni nak breakfast apa yee?
Oooo baru teringat..... mem ada belikan pan baru kat Langkawi.Ok.. jom layan menu breakfast sempoi aku hari ni.
Yang duk menanda kertas exam tu... jangan nak sengih-sengih, nanti menitik air liur kat kertas budak tu.... hehehe!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Sunday, December 27, 2009
Labels: Aku Versi Parti
Friday, December 25, 2009
Maaf..... kerana begitu lama menyepikan diri. Maaf..... kerana membuatkan kalian merindui ku. Maaf..... kalau intro ini macam orang perasan.... hahaha!
Hujung tahun yang semakin kalut.....
10 Disember-
Awal pagi lagi dah ada call.... "datang opis selalu.... ada keje ni, ambik surat hari ni".
Bagi orang yang sedang bercuti, pukul 8:00 pagi tu kira awal la untuk beraktiviti keluar rumah. Sampai di opis PPD, terus menerima taklimat (arahan) tugas... hehehe.
"Minggu ni ada kursus ICT untuk group ustad & ustazah..... mu uruskan kursus ni, semua pegawai kat PPD tak dok opis, aku serahkan kat mu la nak buat lagu mana".
"Ok boss, berehhh"
"Group ni peserta hok dipilih khas.... peserta yang dikenal pasti tak penah hadir ghapo-ghapo kursus ICT, jadi mu kena faham-faham la nak buat lagu mana"
"Haaaa, satu lagi.... aku nak mu stanby jugok buat video untuk show masa Majis Anugerah Gemilang PPD minggu depan"
"Ok.... ok... ok boss"
Lepas angguk sana.... angguk sini.... ambil barang-barang keperluan kursus. Balik rumah... terus buat persiapan bahan kursus. Bahan-bahan yang ada perlu diubahsuai dengan 'keadaan' perserta yang akan hadir. Tengok senarai nama... aku dah boleh agak 'setaro' mana peserta ni.
12 - 14 Disembar-
21 Disember-
Pukul 2:00 petang berkumpul di Sweet Beach Resort untuk kerja-kerja persiapan tempat dan rehearsal majlis. Macam biasa bila boss ada, semua pegawai nampak kalut dan bagi cadangan begitu begini. Bila dah ramai sangat yang nak tunjuk pandai... semuanya dah jadi cacamerba.
22 Disember-
Errr.... buat kerja-kerja rumah la pulak kannn! Malamnya ke KB Mall.... beli barang-barang dapur. Lepas tu terus selebret birthday puteri sulung kat pija hat Kubang Kerian.
23 Disember-
Pagi-pagi ke sekolah.... hari ni Mesyuarat Guru-Guru kali pertama.
Lepas habis mesyuarat.... aku terus berkejar ke Sweet Beach Resort. Pasang semua peralatan.
Ini antara kerja-kerja tak rasmi aku.
Kerja ni kita kena buat sebelum orang datang..... dan kemudian kita kena mengemas bila semua orang dah balik
Malamnya.... hantar mem naik bas kerana sekolah dia buat mesyuarat guru-guru di Langkawi..... dan aku ditinggal-tinggalkan lagi..... huhuhu!
Hari ini ke sekolah lagi kerana ada Mesyuarat Kurikulum pulak. Tak sempat nak temankan anak ambil keputusan PMR dia.
Alhamdulillah... anak aku yang nombor 3 ni, dan paling hero sekali ni mendapat keputusan 6A 2B.
bermalas-malasan!
Saturday, December 12, 2009
Aku kalau baca buku yang macam ni, jadi sakit kepala... apasal pun tak tau la... hehehe!
Pasal selalu pula mendengar... "jangan lihat saya, tetapi dengar apa yang saya kata"...... cehhhh!, hampehhh.
Baik layan 7 habit kat bawah ni..... renung-renungkannnn, selamat beramallll... (dengan gaya prof kat radio tu)
DON'T ACT THE 7 ACTIONS BELOW AFTER YOU HAVE A MEAL
Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).
Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.
Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.
Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.
Don't bathe - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.
Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99.. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.
Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.
Labels: Aku Versi Lelaki
Monday, December 7, 2009
Jom layan Secret Recipe aku hari ini..... Chicken With Italian Herb
Sebelum angkat, masukkan bawang besar dan potongan cili.... alahai cili merah tak de pulak.... cili hijau je yang ada.... hantam jelahh!
Emmmm..... hingga tak terkata!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
"Makan budakkkk... huwahahahaha!"
Bila komputer nampak 'semacam' je.... dengan cepat kita akan salahkan virus.... hehehe!.
Sedangkan, dalam banyak hal semua tu akibat perbuatan kita sendiri.... alaaa macam satu dua negeri tu la kan.... bila ada masalah, cepat-cepat kata... "Ni semua pasal kerajaan yang dulu tu la"
Walaupun dah dekat 20 tahun perintah negeri, tapi masih duk tunjuk kat orang lain, untuk tutup kelemahan sendiri..... muhahahaha!
Kalau nak elakkan komputer diserang virus.... perkara yang penting ialah.......
jangan masuk tempat terlarang,
jangan guna benda yang terlarang,
jangan tengok benda yang terlarang.
Malangnya.... orang yang tak boleh kawal nafsu ni, dalam masa yang sama akan menyusahkan orang lain. Kalau komputer dia je yang kena HIV tak pe la... ni dia sebar juga penyakit dia tu kat kita yang beriman ni..... tak de pasal-pasal kita pun susah jugak.... hehehe!
Duss... dusss... sekali lagi intro yang merapu!
Menyedari akan ancaman serangan virus terhadap komputer yang beroperasi dengan OS Windows.... maka beberapa bulan yang lalu.... Microsoft telah melancarkan perisian keselamatannya sendiri iaitu Microsoft Security Essentials (MSE). Perisian ini dibekalkan secara percuma. Perisian ini bolehlah menjadi pelengkap kepada sebarang perisian anti-virus yang da di pasaran.
Labels: Aku Versi ICT
Sunday, December 6, 2009
Hari ini nak ajak kekawan semua berlari-larian di checkdisk..... nak ajak lari laju-laju tu mintak mahap la, maklumlah aku ni hanyalah JU ICT pencen.
Dalam kita belasah komputer selama ini.... sudah tentulah semakin lama komputer kita akan semakin uzur. Longgar sana, longgar sini... bunyi sana, bunyi sini. Kurap, kayap dan panau pun dah tak larat nak garu. Kat dalam perut komputer kita apatah lagi... tentu dah banyak kerak, lemak dah sumbat saluran darah. Sekejap batuk, sekejap selesema.
Begitulah gambarannya dengan komputer kita ni. Jadi bila dah lama belasah tu, sesekali kita kena la pergi buat massage ke, refleksologi ke...... baru la segar sikit urat saraf.
Ikss.... apa punya intro daaa!...... dah... dah... jom terus je ke permainan kita hari ini.
Sebelum tu.... minta mahap la tuan hakim!... aku bukan nak tunjuk pandai pasal komputer ni.... kat luar sana ramai lagi yang pakar-pakar.... aku cuma nak kongsi beberapa perkara yang ramai orang dah tau, tapi mungkin juga ramai yang belum tau.
Hari ni nak cerita pasal aspek MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT lagi. Antara langkah pencegahan yang patut diamalkan ialah dengan memeriksa status disk komputer kita... kerana di situlah segala-galanya terkandung apa sahaja milik kita.... jadi jangan sampai kena buasir dulu baru nak perubat.
Jadi sebelum kena buasir.... mari kita periksa isi perut komputer kita dengan melakukan 'check disk'. Macam mana nak buat..... jom skodeng.... zassssss!
Mula-mula... korang klik 'start'.... lepas tu klik 'run'
Melalui arahan 'chkdsk' ini sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa yang 'berkarat' akan dicuci.... lebih kurang macam ganti minyak selendar kereta la ni.
Apa-apa pun... segera larikan 'chkdsk' pada komputer anda.... jangan tunggu sampai kena buasir.... hehehe!
Labels: Aku Versi Hobi, Aku Versi ICT
Saturday, December 5, 2009
Hari ini mari kita bermain-main dengan System Windows XP.... bukan main game la!
Sebagai pengguna komputer 'end-user' yang pakai belasah je selagi komputer boleh 'on'... tentu korang pernah menghadapi situasi begini.
Sewaktu membelasah komputer tu.... korang buat kerja sambil pasang lagu.... buka beberapa laman web, mendownload movie dan macam-macam lagi.... kemudian korang akan dapati komputer akan menjadi semakin perlahan dan lambat memberi respon. Akhirnya komputer akan 'keras' dan 'selok'..... lepas tu korang akan kata..... 'alamak dah hang la pulak!'
Ok... jom kita buat sesuatu untuk memulihkan keadaan ini!
Macam mana nak buat.... ok jom skodeng!
Mula-mula buka Notepad.... jangan korang buka notepad yang ada gambar tiga 5 tu pulak.
Bila dah buka notepad ni.... korang taip script ni...
FreeMem=Space(64000000)
Labels: Aku Versi Hobi, Aku Versi ICT
Thursday, December 3, 2009
Dah lama aku tak menulis pasal ICT ni..... maklumlah dah pencen jadi Jurulatih ICT. Hari ni aku nak kongsi perkara yang mungkin berguna untuk semua.... hanya sekadar ingin berkongsi sebagai end-user!
Sebagai end-user.... kita selalunya hanya on komputer dan guna sahaja. Selagi boleh guna kita belasah semahunya. Tambah-tambah pulak kalau komputer tu ada cop Hak Kerajaan Malaysia.... kita bedal je selagi ada.... bila monitor jadi jadi biru atau hitam.... kita letak tepi....... hehehe
Antara kata-kata hikmat yang selalu kita dengar ialah......
Tapi macam biasa la kan.... kata-kata hikmat ni sedap didengar....... dan selalunya kita akan jadi...... sudah terantuk baru terngadah!
Haaa.... hari ni aku nak kongsi sesuatu pasal part MENCEGAH tu..... semoga bila kena MERAWAT senang la sikit dokterrr nak mula cucuk kat mana!
Mula-mula download perisian percuma ini di sini........ http://www.belarc.com/
Labels: Aku Versi ICT
Tuesday, December 1, 2009
Day 2..... hari ni aku nak kongsi Secret Recipe santapan pagi aku... hehehe. Jom ke dapur!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki