Thursday, December 3, 2009

Computer Profile Summary

Dah lama aku tak menulis pasal ICT ni..... maklumlah dah pencen jadi Jurulatih ICT. Hari ni aku nak kongsi perkara yang mungkin berguna untuk semua.... hanya sekadar ingin berkongsi sebagai end-user!

Sebagai end-user.... kita selalunya hanya on komputer dan guna sahaja. Selagi boleh guna kita belasah semahunya. Tambah-tambah pulak kalau komputer tu ada cop Hak Kerajaan Malaysia.... kita bedal je selagi ada.... bila monitor jadi jadi biru atau hitam.... kita letak tepi....... hehehe

Antara kata-kata hikmat yang selalu kita dengar ialah......

MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT

Tapi macam biasa la kan.... kata-kata hikmat ni sedap didengar....... dan selalunya kita akan jadi...... sudah terantuk baru terngadah!

Haaa.... hari ni aku nak kongsi sesuatu pasal part MENCEGAH tu..... semoga bila kena MERAWAT senang la sikit dokterrr nak mula cucuk kat mana!

Mula-mula download perisian percuma ini di sini........ http://www.belarc.com/



Sila klik pada FREE DOWNLOAD.....

Perisian ini akan mengdiagnos komputer kita secara online...... oleh itu pastikan anda dalam status online pada ketika ini.

Bagaimana hasilnya?..... Belarc akan memaparkan profile komputer kita secara terperinci seperti berikut.



Ini adalah status komputer aku bulan lepas...... lihat, ada 28 missing file. Berdasarkan maklumat itu senanglah kita nak perubat.... dengan cepat kita akan tahu apa masalah komputer kita dan tak akan jadi kes dokterr cucuk sana.... cucuk tang sini.... cucuk tang situ..... cucuk tang sinunnnn!




Sekarang lihat status terkini..... haaa, sekarang semuanya sudah Up-to-date dan dalam keadaan sihat walafiat!

Selain itu.... Belarc juga akan memaparkan segala apa yang ada di dalam sistem komputer kita. Jadi sila save laporan ini dan print..... supaya apabila komputer kita menghadapi masalah, laporan itu boleh dirujuk terutamanya bila perisian kita hilang.



Perkara penting dalam laporan ini ialah senarai perisian yang kita gunakan dan juga nombor lesen..... tu yang penting tuuu.... kalau korang gunakan perisian cap ayam tu tak kisahlah..... kalau yang ori.... lepas tu dah tak ingat key number.... haaa, boleh meraung dibuatnya. Dengan adanya laporan ini, lain kali bila kita install baru perisian, kita hanya masukkan sahaja nombor tu. Install perisian cap ayam pun tak apa..... asalkan nombor lesen tu ori.


Pendek kata.... segala DNA sistem komputer kita dapat dilihat dan dapat kita gunakan apabila perlu. Selamat mencuba


14 Comments:

  1. Cik Cookie said...
    terkedu....
    sebab rs byk yg hilang.
    Unknown said...
    errr.... ko nak mencegah ke nak merawat ni... meh dokter cocokk
    Cikgooden said...
    terima kasih share..



    aku angguk laju2..pura2 paham...nanti aku try slo2...
    Unknown said...
    errr... install je bro... tak de apa2, cuma sekadar senarai DNA komputer kita je.... kalau ko tak nak tau DNA ko, tak tau la... hehehe
    ckLah @xiiinam said...
    Esok ckLah baca lagi dan try ya...intresting ni!






    Mlm ni dah ngantuk sesangat!
    Che' Pit said...
    hmm mata dah kuyu nak tdo.. nantilah esok baru nak cuba try test..
    Unknown said...
    ciklah
    mengantuk eiii.. tak de maknanyeee.... hehehe

    che pit
    aikkk... mengantuk jugak...
    Che' Pit said...
    hmm install dah, scan pun dah.. ada 9 file missing.. pastu? dah x reti nak repair lak yg missing.. click2 kat tempat sepatutnya, makin pening kepala, huhu
    Brahim Nyior said...
    Salam Bro Shifu,

    Hebatlah knowledge ttg benda alah ni.

    Saya mengaku, sekadar jadi pengguna laptop dan belasah selagi mampu, (tapi bukan Hak Kerajaan, tau.. beli sendiri, lagi puas)

    Kalau ada file missing, tak tau nak wat apa lah.

    Kalau GPRS, boleh gak ke rawat laptop by online?

    Lembab giler kat area saya ni.
    Unknown said...
    che pit
    klik je kat file yg missing tu... nanti dia akan terus pegi ke wabsite Windows/Microsoft.... then dload la fail yang missing tu....

    Brahim Nyior
    tak de hebat mananyee... benda tu dah ada kat internet, cuma aku yg terjumpa dulu itu je. Belarc tu bukan utk baiki com kita, dia cuma buat report pasal sistem com kita je, utk rujukan... kalau pakai berokban slow la sikit kot

    errr.... kena kongsi cam mana nak lajukan signal berokban ni kot... tungguuuuuu.... hehehe
    en_me said...
    feninng me tengok banyak nomor tewww.. uhuhu
    Mak Su said...
    bagus gaks ilmu ni, tapi saya kiv dulu ler, pc pun tak dok, kalkulator ada ler... :)
    kirana said...
    Kirana pong KIV dulu. Bukan ape, laptop baru je ambik di kedai service. Nape? Ape lagi... akibat kene men belasah je la tuh. Nasib bek abg shifu kita nih terer. Bagus, bagus, bagus... nanti Kirana cuba. Nanti la... Kirana nak belasah roti canai nih dulu.
    Unknown said...
    en_me
    err... aku pun buat2 tak tau je nombor banyak2 tu

    Mak su
    ikss... ko try la scan DNA kalkulator ko tu

    kirana
    emmm... aku duk belasah roti bersalut telur secret recipe ni dah seminggu ni

Post a Comment