Wednesday, December 30, 2009

Koleksi peribahasa

Sekolah dah nak buka.... rambut dah gunting, kasut dah kiwi, baju dah gosok...
Emmmm.... apa lagi nak buat?
Ooooo... kena buat persediaan bahan mengajar la kot.

Macam biasa jadual aku mengajar BM.... kena ada koleksi peribahasa..... hehehe!




1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.


2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

13 Comments:

  1. Yunus Badawi said...
    Kapalterbang skrg bukan setakat takde gear reverse, enjin pun takde sbb dah kena curi hehehe
    Shifu67 said...
    hahaha... bijokkkk.... bijokkk
    Brahim Nyior said...
    Kekekekeke..

    Lawak lah. Peribahasa ni boleh dijadikan induksi set, tapi tak boleh digunakan untuk karangan atau dalam peperiksaan.

    Anyway, thanks bro, aku tersenyum sengsorang baca peribahasa ni..
    Shifu67 said...
    Brahim
    hehehe... ni persoalan yg boleh merangsang minda tauu...
    Cik Cookie said...
    Yang no 31 tuh Cik Cookie suka.
    ada berani ke?
    Shifu67 said...
    cik cookie
    kalau pakai no 31 tu... sia-sia je la beli bunga ros kat CH.... errr... nak try ke?... :)
    INNA AB said...
    Aduhai...peribahasa baru ka?? sudah tukar??...kalu pakai nescaya...bdk2 lbh pndai dr cikgu...uwa..uwa..
    juk said...
    sy rasa peribadi yg dulu2 tu sesuai utk masa dulu2 e.g. bbiar mati anak jgn mati adat...

    hok tu org yg x sygkan anak je berani buat.
    pakmat said...
    ..sifu, tambah sikit..

    ..hutang budi dibawah mati..
    ..hutang ceti dibawah lari..
    ..hutang girlfren hari hari..
    ..hutang bini..lain kali..

    ..selamat tahun baru..
    faiz said...
    x lari gunung dikejor..tp kita bukan kejor gunung la shifu..gunung x dak kaki..huhu..
    lukmanw@gmail.com said...
    Saiful

    Teringat seorg budak tabika org rumah aku yg hantar kad raya -

    tulisnya;

    Pecah Kaca Pecah Tong
    Selepas Baca Harap Gantung

    Lukmanw
    Shifu67 said...
    lukman
    ikss.... bukan ke lebih kurang dgn versi pantun surat ko utk anak tuan kantin izzuddin dulu... hehehe
    latifahgb said...
    banyak idea cikgu nak tulis..saya seronok membacanya..tapi nak tulis sendiri tak ada masa...

Post a Comment