Maaf..... kerana begitu lama menyepikan diri. Maaf..... kerana membuatkan kalian merindui ku. Maaf..... kalau intro ini macam orang perasan.... hahaha!
Hujung tahun yang semakin kalut.....
10 Disember-
Awal pagi lagi dah ada call.... "datang opis selalu.... ada keje ni, ambik surat hari ni".
Bagi orang yang sedang bercuti, pukul 8:00 pagi tu kira awal la untuk beraktiviti keluar rumah. Sampai di opis PPD, terus menerima taklimat (arahan) tugas... hehehe.
"Minggu ni ada kursus ICT untuk group ustad & ustazah..... mu uruskan kursus ni, semua pegawai kat PPD tak dok opis, aku serahkan kat mu la nak buat lagu mana".
"Ok boss, berehhh"
"Group ni peserta hok dipilih khas.... peserta yang dikenal pasti tak penah hadir ghapo-ghapo kursus ICT, jadi mu kena faham-faham la nak buat lagu mana"
"Haaaa, satu lagi.... aku nak mu stanby jugok buat video untuk show masa Majis Anugerah Gemilang PPD minggu depan"
"Ok.... ok... ok boss"
Lepas angguk sana.... angguk sini.... ambil barang-barang keperluan kursus. Balik rumah... terus buat persiapan bahan kursus. Bahan-bahan yang ada perlu diubahsuai dengan 'keadaan' perserta yang akan hadir. Tengok senarai nama... aku dah boleh agak 'setaro' mana peserta ni.
12 - 14 Disembar-
Sudara Beach Resort.... berhempas-pulas bersama dua orang lagi rakan jurulatih menguruskan Kursus ICT untuk kumpulan guru yang selama ini tercicir daripada sebarang kursus ICT, ada setengahnya tu sentiasa cuba melarikan diri.... tetapi kali ni semuanya dah tak boleh mengelakkan diri lagi
"Lagu mana ni.... tak gerak punnn"
"Pssttt... mouse tebalik tu, lagu mana nak gerak".... slowly aku bisik kat dia.
Bayangkanlah.... bila jurulatih menghadapi situasi ini.... dengan serta merta terpaksa memikirkan pendekatan yang sesuai. Malam tadi dah test.... nak test senang je, semua peserta diminta membuat folder dan beberapa subfolder, kemudian pindahkan folder tu ke drive D, lepas tu bagi bahan kursus softcopy dari CD dan pendrive, minta mereka copy... drag & drop atau copy & paste ke dalam folder. Tak lama kemudian... mula nampak kalut sana sini angkat tangan.... lepas tu kita boleh agak la kan..... hehehe!
14 - 16 Disember-
Masuk opis.... mengumpulkan bahan-bahan untuk buat video koprat PPD. Date line dah makin hampir, tarikh tetamu VIP pun dah konfemm.... majlis akan dibuat pada 23 Disember. Bayangkan.... aku hanya diberitahu hari khamis (10 Dis) baru ni supaya buat video tu... lepas tu 4 hari tu tak boleh nak buat apa-apa kerana mengendalikan kursus dan semua pegawai PPD berhore-hore kat Ipoh.
17 Disember-
Lepas membeli membelah segala macam bekalan makanan untuk anak-anak.... aku memandu seorang diri untuk balik ke kampung. Semua anak-anak tak nak ikut.... Pukul 2:00 petang start drive membelah Banjaran Titiwangsa. Pukul 8:00 sampai di rumah...malamnya dok berbual-bual saja dengan satu-satunya bapa saudara yang masih ada. aku tidur di rumahnya malam tu.
18 Disember-
Petangnya aku ke Ipoh (Lahat) ke rumah adik.... kerana ayah dan mak ada kat situ. Jadualnya aku akan berada di situ sampai esok. Hujan lebat sejak semalam tak henti-henti.
19 Disember-
Pukul 1:30 aku menuju Pulau Pinang..... dengan kelajuan biasa kat atas highway... pukul 3:00 sampai di USM. Mem Besar dah tunggu dengan beg-begnya... lepas berpeluk cium... simpan semua barang-barang dalam kereta dan hantar Mem kat Dewan Pelajar. Petang tu dia ada last exam.... sempat la aku tido dulu bawah pokok. Pukul 6:00 Mem habis exam.... kami terus je beromen meninggalkan pulau. Mujur sekarang ni jambatan dah 3 line... jadi kurang la sesak sikit. Pukul 8:00 malam sampai di Grik. Pekena dulu roti nan chese 2 keping di Salim Kari Kepala Ikan. Pebetul dulu urat-saraf..... lepas tu terus memulakan pendakian. Pukul 9:00 malam kami start menyusuri Banjaran Titiwangsa semula. Malam ni tak banyak lori, kerana semuanya tengah bersidai kat Hentian Sungai Perah.... tunggu JPJ balik la tu! Pukul 12:00 ..... alhamdulillah kami sampai di rumah.
20 Disember-
Pagi-pagi lagi aku sambung kerja-kerja akhir buat video PPD.... petangnya siap dan pratayang kat opis. Malamnya aku sambung lagi, finishing touch...... tak sedar dah pukul 4:00 pagi. Kesian mem tido sorang-sorang.... kena temankan mem sebelum matahari terbit..... kuang kuang kuang!
21 Disember-
Pukul 2:00 petang berkumpul di Sweet Beach Resort untuk kerja-kerja persiapan tempat dan rehearsal majlis. Macam biasa bila boss ada, semua pegawai nampak kalut dan bagi cadangan begitu begini. Bila dah ramai sangat yang nak tunjuk pandai... semuanya dah jadi cacamerba.
22 Disember-
Errr.... buat kerja-kerja rumah la pulak kannn! Malamnya ke KB Mall.... beli barang-barang dapur. Lepas tu terus selebret birthday puteri sulung kat pija hat Kubang Kerian.
23 Disember-
Pagi-pagi ke sekolah.... hari ni Mesyuarat Guru-Guru kali pertama.
Lepas habis mesyuarat.... aku terus berkejar ke Sweet Beach Resort. Pasang semua peralatan.
Ini antara kerja-kerja tak rasmi aku.
Kerja ni kita kena buat sebelum orang datang..... dan kemudian kita kena mengemas bila semua orang dah balik
Tahniah kepada penerima anugerah untuk tahun ini.
Malamnya.... hantar mem naik bas kerana sekolah dia buat mesyuarat guru-guru di Langkawi..... dan aku ditinggal-tinggalkan lagi..... huhuhu!
24 Disember-
Hari ini ke sekolah lagi kerana ada Mesyuarat Kurikulum pulak. Tak sempat nak temankan anak ambil keputusan PMR dia.
Alhamdulillah... anak aku yang nombor 3 ni, dan paling hero sekali ni mendapat keputusan 6A 2B.
25 Disember-
Selamat Hari Krismas kepada yang menyambutnya. Bagi yang tidak menyambutnya inilah masa untuk.....
bermalas-malasan!
tergelak saya bila baca tang ustaz ustazah tu p kursus ICT pegang mouse terbalik...
kat sekolah cik abang saya pun banyak cikgu cikgi, ustaz ustazah yg buta ICT & komputer atau laptop ni...
sikit2 ustaz, sikit2 ustaz...
sepatutnya golongan pendidik nilah kena lagi advandce..
sibuk memanjang nampak. minggu depan sek saya ada meeting start ahad sampai rabu. khamis tu anak lapor diri di tahun 1 sek ren. mujur sek dia sebelah sek saya jer..x susah nak gi ngantar jauh2.
1. Awatlah pergi balik hari Penang tu. Kalau tak bolek lepak dgn aku perkena Nasi Kandar.
2. Jadual mu mcm aku juga penuh memanjang!
3. Teringat aku ajar amoi-amoi kilang program grafik - semua tak pernah pegang mouse. Jenuh jugalah "meramas" tangan mek-mek ni supaya nak bagi biasa. Nasib baik masa tu belum kahwin lagi.
Lukmanw
cuma tak sibuk nak masuk kelas aje...keje bukan ngajar memang sibuk memanjang! nak2 minggu depan...macam2 sebelum tiba 4 hb Jan.
ikss.. tak baik tau...
sebenarnya dlm bab ni tak kira siapa, cuma kebetulan je group ni ustad & ustazah. Hebatnya ialah unit pendidikan islam & moral menganjurkan kursus khas utk mereka, itu tandanya SPIM amat prihatin dgn kumpulan guru mereka.
pstttt.. saya gelak dlm hati je!
juk
selamat bermesyuarat...
lukman
aku tau hang sibuk dgn mat rempit tu.
Aku tak pegang la tangan ustazah tu, terpaksa la tunjuk cam mana nak klik pakai pen je.. hehehe
1Z
tu belum lagi yg habis 1 meja nak gerakkan mouse
Tergelak saya awak tido bawah pokok . Nasib baik tak kena hempap buah kelapa . Kalau tidak, melepaslah awak nak beromen sekejap .
eh eh.. ustaz and ustazah now dah advance tauuu... mereka pun dah celik IT . Contoh terbaik , anak-anak saya boleh ber YM dengan mereka bila-bila masa .
sebab tu bila org kata... "sedap aaa cikgu, cuti banyak" aku senyum je... diorang tak tau, ada sekolah dah start kelas tahun 6 sejak 1 disember lagi
Cik pit
amboii... ni baju merah dgn gaya perasan gak ke... hehehe
linda
mujur aku tak buh gambar lokasi tido bawah pokok... errr emaknye pula berym dgn siapa...
arsaili
betul tu... ict keperluan utk semua... tak kira siapa
pssst: Esok aku hadir re-union SeRaTa. Jom join.....oooops!
Salam good luck untuk mem!
seronok baca catatan cikgu..
orang yang ada kemahiran memang selalu kena panggil...tak apa cikgu..anggaplah kerja itu sebagai satu ibadah...
SeRaTa... macam bunyi bas ekspres je kann
Lgb
aminnnn...
bolehlah jadi follower ko.
ikss.... mem kata tak nak kurus, tak sedap peluk... hehehe
YB
ko gi tengok cup prix eiiii
diorang baru nak pebetui pegang mouse.. nak buat blog cam mana hehehe
amboiii... pakmat punya kiasan tak terfikir kat karam sing walia ni... mendalam sungguh...hehehe
biasa2 je... saja buat2 sibuk jee
kursus asas macam ni dah berakhir tahun 2007 dulu, mrk ni antara yg tercicir atau yg sentiasa mengelakkan diri hadir kursus... lepas tu bila org lain dah ok dgn pc, baru la mrk kalut nak kursus...
err.... ko tu kena ingat, buang batu tu satu2... jgn nak memandai2 pulak 3 biji sekali buang
kaki sakit?
sila ke rumah urut berdekatan.
tunggu turn Cik Cookie lak kena hentam dlm meeting department esk 29 December 2009.Hoyeahh...
meating eiii... yiba....yiba
sekolah DaHLia tatau laaa..rasanya takat nak tekan2 keyboard xde prob kut...tp yg citer mouse terbalik tu, sungguh ke?? alahai kesianya
emmm... kan dah namanya kumpulan yang tercicir dan yang sengaja mencicirkan diri