Sunday, December 6, 2009

Hari ini nak ajak kekawan semua berlari-larian di checkdisk..... nak ajak lari laju-laju tu mintak mahap la, maklumlah aku ni hanyalah JU ICT pencen.

Dalam kita belasah komputer selama ini.... sudah tentulah semakin lama komputer kita akan semakin uzur. Longgar sana, longgar sini... bunyi sana, bunyi sini. Kurap, kayap dan panau pun dah tak larat nak garu. Kat dalam perut komputer kita apatah lagi... tentu dah banyak kerak, lemak dah sumbat saluran darah. Sekejap batuk, sekejap selesema.

Begitulah gambarannya dengan komputer kita ni. Jadi bila dah lama belasah tu, sesekali kita kena la pergi buat massage ke, refleksologi ke...... baru la segar sikit urat saraf.

Ikss.... apa punya intro daaa!...... dah... dah... jom terus je ke permainan kita hari ini.

Sebelum tu.... minta mahap la tuan hakim!... aku bukan nak tunjuk pandai pasal komputer ni.... kat luar sana ramai lagi yang pakar-pakar.... aku cuma nak kongsi beberapa perkara yang ramai orang dah tau, tapi mungkin juga ramai yang belum tau.

Hari ni nak cerita pasal aspek MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT lagi. Antara langkah pencegahan yang patut diamalkan ialah dengan memeriksa status disk komputer kita... kerana di situlah segala-galanya terkandung apa sahaja milik kita.... jadi jangan sampai kena buasir dulu baru nak perubat.

Jadi sebelum kena buasir.... mari kita periksa isi perut komputer kita dengan melakukan 'check disk'. Macam mana nak buat..... jom skodeng.... zassssss!

Mula-mula... korang klik 'start'.... lepas tu klik 'run'

Tetingkap berikut akan dipaparkan.... pada kota 'Open' sila taip arahan berikut...

chkdsk

lepas tu klik  'OK'






Sekarang perut..... ehhh!.... hard disk komputer  akan di periksa statusnya...


tunggu sampai habis dan lihat keputusannya nanti.





Arahan 'check disk' ini perlu dilakukan secara berkala..... seminggu sekali ke.... sebulan sekali ke.... supaya keadaan hard disk kita sentiasa segar.

Melalui arahan 'chkdsk' ini sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa yang 'berkarat' akan dicuci.... lebih kurang macam ganti minyak selendar kereta la ni.

"Minta mahap la duk merapu-rapu kat atas tu tadi.... aku sengaja buat begitu kerana apa yang nak aku tunjuk ni pendek sangat..... hahaha".

Apa-apa pun... segera larikan 'chkdsk' pada komputer anda.... jangan tunggu sampai kena buasir.... hehehe!

11 Comments:

  1. Cik Cookie said...
    Dah check pewot ikan siakap tadi.
    nasib baik xde yg sumbat.

    Many thank to info.
    ONE ZABA said...
    chkdsk sendi-sendi tak ada ke. dah 4 minggu aku tak lekat rumah ni. asyik main cameron kuantan je ni. esok ke KL pulak . seminggu makan nasi hotel. buak buasir, tapi naik sembelit.
    Unknown said...
    cookie
    siakap eiii.... masak kemsom besh tuu

    OneZ
    nnt gi kl ko gi chkdsk sendi2 kat downtown ceras... jgn ko gi sri petaling pulak.... hehehe
    Unknown said...
    Salam Sifu. Terima kasih-terima kasih. Saya akan cuci bersih hard disc saya. Bagi pemilik notebook yang ada banyak benda maksiat dalam notebook masing-masing, ada cara tak nak cuci benda-benda tu? Saje gurau...
    Unknown said...
    mybabah
    hahaha.... jgn amal simpan benda2gitu dlm laptop, kena sambar petir kang... hehehe
    Kamsiah yusoff said...
    biasa buat menda2 mcm ni...yalah anak2 donload mcm2 menda...check virus apa semua tu..
    Unknown said...
    kamsiah
    baguhhh..... baguhhh... bab mencegah ni selalu org buat dekk je... bila dah kena baru garu kepala
    Chenta said...
    ermmm... tq atas info yang amat berguna ini .

    pasni saya nak 'cuci' komputer en asben .. manalah tahukannnn.... ada benda2 yang karat . heheeeeee
    Unknown said...
    linda
    haah... kena tukar selendar tuuu... maklumlah duk redah banjir je kann
    Yunus Badawi said...
    benda2 ni aku swastakan kat anak2 hehehe
    Unknown said...
    amboiii... tender terbuka ke, tender rundingan terus tu

Post a Comment